"Nah! Pakaikan kat Bibi.." Jaehwan menyerahkan gaun berwarna pink kat Sungwoon yang bertugas untuk memakaikan pakaian Bibi.
"Mana kau dapat ni?"Tanya Sungwoon. "Aku pinjam kat jiran sebelah.." Jawab Jaehwan selamba setelah balik dari bilik sebelah untuk mengambil powder Johnson Baby milik Guanlin.
"Kau biar betul?" Sungwoon speechless. "Apa yang tak betulnya? Betullah! Kan Bibi?" Pipi Bibi dicium.
"Yelah!" Sungwoon mula memakaikan powder dan kemudiannya gaun itu tadi kepada tubuh Bibi. Jaehwan pula mengambil handkerchief pink milik Jihoon lalu diikat di kepala Bibi. Habis barang orang kau nak rembat eih?
"Ok Ok!! Cantiknya Bibi!!" Jerit Jaehwan. Kepalanya ditampar. "Ish kau ni menjerit mengalahkan perempuan tengah beranak.. Kang Bibi nangis cam mana?" Tegur Sungwoon. Jaehwan tidak menghiraukan teguran Sungwoon terus mengendong Bibi ke ruang tamu. Mereka bersiap-siap untuk pergi ke shopping mall.
"Hye Bibi! Kiss uncle dulu,cepat!" Guanlin duduk di sebelah Bibi sambil memberikan pipinya pada Bibi untuk dicium.
"Miang betul!"-Bibi
"Argh!!!!!!" Guanlin menjerit kesakitan. "Kau asal?" Tanya Woojin yang terkejut mendengar suara pondan Guanlin.
"Bibi gigit pipi aku.." Kata Guanlin sambil menggosok-gosok pipinya. "Hahah padan muka!!" Celah Daniel. "Kelmarin Bibi sepak muka uncle pastu hari ni Bibi gigit pulak... Takpelah.. Uncle tetap sayang Bibi.. Meh sini uncle gendong pergi kereta.." Guanlin menepuk-nepuk punggung Bibi sebelum mengangkatnya lalu mereka semua berangkat untuk ke shopping mall.
Dalam kereta..
Bibi duduk di paha Daniel di tempat duduk depan manakala Seongwoo memandu. Yang lain di mereput di belakang.
"Hyung! Turn on the radio yeah!!!" Jerit Daehwi dari belakang. "Korang nak lagu apa?" Tanya Daniel. "Lelaki teragung!!" Entah siapalah gerangan manusia yang jerit tajuk lagu tu.
"Kasih!!!! Pabila bersama!!!! Dunia terasa sempurna!!!!!" Startlah 11 bunyi katak-katak menyanyi. Bibi mula menangis tanda tak suka akan nyanyian mereka.
"Dia tak sukalah.." Seongwoo memperlahankan volume radio kerana Bibi makin galak menangis. "Hah! Aku tahu! Bibi ! Tengok uncle jap!" Kata yang Woojin cuba menenangkan Bibi.
"Tepuk anai anai ack!!" Belum sempat Woojin habis menyanyi. Kepalanya diketuk oleh Jinyoung. "Tepuk amai amai lah ngok!"
"Oh ye! Tepuk amai amai belalang kupu kupu tepuk Bibi pandai uncle upah susu susu lemak manis dari lembu tua.."
"Kalau aku buang kau dari kereta ni..kau jangan tanya kenapa.." Minhyun speechless dengan nyanyian Woojin.
"Baby shark doo doo doo doo doo kku kka!!" Jihoon mula mempamerkan aegyonya. Bibi merenung ke arah Jihoon.
Semua katak-katak kembali menyanyi. Kali ni lagu Baby shark pulak.
"Baby shark doo doo doo baby shark doo doo doo baby shark doo doo doo baby shark!!"
Sedar tak sedar,diaorang dah sampai di shopping mall. "Okay,semua orang berjalan berpasangan. Ong ngan Niel, Daehwi ngan Jinyoung,Guanlin ngan Jihoon,Jaehwan ngan Minhyun,Woojin ngan Sungwoon pastu aku ngan Bibi.." Kata Jisung memberi arahan. Semua orang mengganguk faham. Setelah memakai mask,satu persatu pasangan keluar dari kenderaan dan paling last sekali ialah Bibi dan Jisung.
Ong dan Niel ditugaskan untuk membeli makanan dan susu Bibi. Walaupun masih ada sekotak lagi susu kat rumah, mereka tetap membelinya supaya tak kehabisan stok.
"Bibi makan apa ye hyung?" Tanya Daniel kepada Ong ketika mereka berdua di bahagian makanan. "Aku rasa Bibi dah boleh makan nasilah.."
"Kalau macam tu kita beli beraslah.." Sampuk Daniel. "Beras? Hmm boleh gak.. Beras kita dah nak habis kat rumah.." Kata Seongwoo. Seterusnya mereka membeli banyak bahan makanan.
Daehwi dan Jinyoung pula ditugaskan untuk membeli baju Bibi. Mereka kini berada di bahagian baju kanak-kanak.
"Wow cantiknya!!" Daehwi pulak yang terlebih excited. Jinyoung pula hanya mengikut dari belakang. "Hyung! Yang ni cukup tak untuk Bibi?" Tanya Daehwi sambil menunjukkan baju gaun warna pink yang ada gambar minnie mouse .
"Hmm cute.. Belilah!"kata Jinyoung. Jinyoung kemudianya pergi ke bahagian untuk shampoo kanak-kanak. Tinggalah Daehwi yang memilih baju untuk Bibi. Satu bakul tu dah hampir penuh dengan baju dan seluar.
"Carry Junior atau Johnson Baby? Hmm heheh macam shopping barang untuk anak sendiri pulak hahah agak-agaknya apalah yang future wife aku tengah buat sekarang ni ...." Sempat kau berangan eih Baejin?
Manakala...
"Pilih betul-betul.. Anggap je ni hidup dan mati kau.."serius je Jihoon bercakap dengan Guanlin yang dah mati akal.
"Aku tak tahu lah hyung.. Susah.." Kata Guanlin pula. Dahinya berkerut.Dua kotak Barbie doll itu direnung Guanlin dengan tajam. "Alaa hyung.. Pink Barbie atau Purple Barbie???"
"Tu lah susah nak pilih sebab dua-dua cantik.." Jihoon menggaru kepalanya yang tak gatal. "Argh! Senang cerita kita beli dua-dua!' Guanlin terus menyimpan dua kotak patung itu di dalam trolley. Ada juga satu kotak playdough di dalam trolley. Kau ingat baby umur 1 tahun dah pandai main playdough ke? -_-
Jaehwan dengan Minhyun pula ke kedai CD untuk membeli movie. "Spongebob squarepants,Didi and Friends, Pororo, Pingu,Teletubbies,Upin Ipin,Boboiboy, Boboiboy Galaxy,Boboiboy the movie, Boboiboy Beraya... Ish tak cukup ni hyung.. Kita kena beli banyak lagi.." Kata Jaehwan. Matanya tak lekang daripada memandang cd-cd kartun di dalam kedai itu.
"Hah! Beli yang ni!" Minhyun mengambil cd lalu diletakkan di dalam bakul. Jaehwan mengambil cd itu dan..
"50 Shades of Grey!!" Mulut Jaehwan segera ditutup oleh Minhyun. "Ish tutuplah mulut tu! Ni rahsia kita berdua je,okay?"
"Okay hyung! Kalau hyung tengok movie ni jangan lupa ajak ye?" Maka dua orang lelaki sejati itu berjanji di dalam kedai cd.
Woojin dan Sungwoon pula diarahkan Jisung untuk membeli minyak angin. Budak-budak kan senang masuk angin.
"Hyung nak beli jenis yang macam mana?" Tanya Woojin. "Hmm aku tengok kat tv tu hmm apa nama dia eih hmm... Minyak limau?"
"Minyak limau kasturi?" Sampuk Woojin. "Bukan tu! "
"Minyak Seri Murni!" Sampuk Woojin lagi. "Tu minyak masaklah banggang!" Woojin akhirnya diam apabila Sungwoon memarahinya.
"Hah!! Minyak Yuyi Cap Limau!" Akhirnya Sungwoon teringat. Dia segera meminta pekerja kedai itu memberikannya sebanyak 10 botol besar minyak yuyi cap limau tersebut kepada mereka.
Setelah selesai menguruskan pembayaran. Mereka semua kembali ke dalam kereta. Kelihatan Jisung dan Bibi sedang memakan yogurt.
"Amboi amboi amboi...amboi amboi amboi.. Amboi amboi amboi amboi amboi!" Jeleslah Jinyoung tu sebenarnya.
"Asal pulak nyanyi lagu Altimet ni?" Tanya Jisung. "Heheh takde.."
Akhirnya semua member dah berkumpul dan mereka pulang ke rumah.
Last update for today 😂

ANDA SEDANG MEMBACA
Appa | Wanna One
FanfictionApabila 11 orang Baby Tua jaga seorang Baby girl 🌸 "Macam mana kita nak jaga dia kalau diri kita sendiri pun tak boleh nak jaga?" Start: 11 Nov 2k17 End: 31 Dec 2k17