3🍼

7.5K 715 299
                                        

Setelah seharian berbelanja,akhirnya mereka sampai di rumah pada pukul 6.30 petang. Bibi pula menangis kerana lapar. Mulalah Jisung menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah tunggal.

"Woojin! Bancuhkan susu untuk Bibi jap!" Woojin yang baru sahaja keluar dari tandas terkejut apabila dipanggil oleh Jisung. "Alaa hyung.. Hyung bagi je lah susu hyung sendiri.." Kata Woojin.

"Banggang abadi kau ni Woojin.. Sila pupus plislah.. Kau ingat aku ni perempuan ke?!!" Jerit Jisung pulak. "Heheh ye tak ye jugak.. Jangan marah eih..." Woojin tersengih. Dia akhirnya membancuhkan susu untuk Bibi.

"Nah!" Botol susu diserahkan kepada Jisung. Seketika kemudian,ada sesuatu yang membuatkan mereka tak senang.

"Hyung... Jangan cakap yang...." Woojin hendak mengatur langkah untuk lari tetapi bajunya ditarik oleh Jisung.

"Kau jangan nak lari ke mana-mana.." Ugut Jisung. "Ambik Bibi ni!" Bibi diserahkan kepada Woojin. Woojin menelan air liur.

Seketika kemudian Guanlin datang ke arah mereka dengan hanya bertuala di pinggang. Nak mandi lah tu.

"Bagi Bibi kat aku. Aku nak bawa dia mandi." Bibi kemudianya beralih ke Guanlin. Mereka berdua kemudiannya masuk ke dalam bilik mandi.

Jisung dan Woojin melepaskan nafas lega.

Dari arah bilik mandi......

"BIBI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! HYUNGGGGG!!!! BIBI BERAK!!!!!!!!!!!!!!"

RIP Lai Guanlin 23 September 2001- Date of today.

...

Mereka kemudianya makan malam setelah semua member dah habis mandi. Guanlin pula masih lagi trauma. Tak berselera dia nak makan.

I'm in trauma its got me sick *play seventeen trauma*

"Eh Guanlin? Kenapa nasi kau tu tak bergerak?"tanya Jinyoung. "Memanglah tak bergerak,nasi mana ada kaki.." Jawab Guanlin. "Oklah aku taknak cakap lagi.." Jinyoung kembali mengunyah nasinya.

Guanlin memandang ke arah Bibi yang sedang disuap oleh Seongwoo dan Daniel. Bibi pula memandang ke arah Guanlin sambil tersenyum.

"Haa... Muka kau yang cute tu buatkan aku tak sanggup nak marah kau..." Keluh Guanlin dalam hati. Kemudian dia hanya melupakan hal tadi dan menghabiskan nasinya.

"Hyung! Hari ni biar Bibi tido kat bilik aku,jinyoung ngan Daehwi.." Kata Sungwoon setelah mereka semua selesai makan malam.

"Okay. Lagipun aku dah tak larat nak jaga dia.." Kata Jisung lalu memberikan Bibi kepada Sungwoon. "Susu dia baik kau sediakan sebanyak 3 botol. Untuk pukul 11 malam,2 pagi dan 4.30 pagi.." Sambung Jisung lagi. Sungwoon mengangguk faham.

"Akhirnya! Bolehlah aku tidur lena malam ni.." Jisung dengan gembira masuk ke dalam biliknya.

Keesokkannya..

"Pftt asal mata korang berdua hitam?" Jaehwan hampir nak tergelak melihat dark circle Sungwoon dan Jinyoung. "Macam mayat hidup aku tengok hahahaha" sambung Jaehwan lagi.

Appa | Wanna OneCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang