Hai! Rindu tak ngan appa² wanna one kita nih? Hahah
"Kau jaga dia betul² tau!" Guanlin mengingatkan Seonho. "Iye iye! Ni dah masuk ke 159 kali hyung cakap benda yang sama..." Seonho mengelengkan kepalanya.
"Manalah tahu kau tak dengar.. Ye lah kau ni spesis manusia yang bebal sikit.." Sempat Guanlin mengutuk Seonho. "Kang aku bawa lari Bibi pergi Siam baru hyung tahu.." Ugut Seonho. Dia menerima sepakan di bontotnya dari Guanlin.
"Bibi!!!!!!" Jihoon mengambil Bibi dari dakapan Seonho. "Uncle nak kiss jap.. Nanti rindu" pipi Bibi akhirnya dicium oleh 11 orang perogol bersiri.
Hehe joke joke
"Nanti kalau dia nangis,kau bagi dia makan. Dia nangis maksudnya dia lapar lah tu" kata Jisung. Di tangannya ada senarai apa yang Seonho perlu buat.
"Jam makan kena tepat. Pukul 9 breakfast, pukul 12 lunch, pastu pukul 7 malam dinner. Okay????" Kali ni Minhyun pula yang mengingatkan Seonho. "Okay hyung hehhe" Lembut pula Seonho menjawab pertanyaan Minhyun.
"Jangan lupa bagi dia mandi tau!" Guanlin yang merupakan tukang beri Bibi mandi risau kalau Bibi tak diberi oleh Seonho mandi. Yelah masa jadi trainee dulu, Seonho tu mandi sekali sehari je.
"Oh ya! Kalau powder dia dah habis,kau ambik kat bilik aku. Kat bawah katil ada sekotak powder Johnson Baby" sempat pula Jinyoung.
"Kau jaga dia betul-betul tau!" Seorang demi seorang daripada mereka meningalkan amanah masing-masing.
"Dah dah!! Pergi sana!" Seonho menghalau abang-abangnya. "Jangan lupa bawa makanan,ole-ole,cenderamata dari busan tau!" Setelah selesai membuat pesanan,pintu rumah terus ditutup dan dikunci.
Bibi yang digendongnya ditenung seketika. Tepi bibirnya terangkat.
"Hyung! Hyung rasa Seonho tu boleh dipercayai ke hyung?" Tanya Daniel kepada Seongwoo sebaik selesai sahaja mengambil tempat duduk di dalam kapal terbang. "Boleh.. Kot"
"Lepas kita balik kita buat birthday parti untuk Bibi nak tak?" Cadang Guanlin. "Birthday parti? Hmm masalahnya kita tak tahupun birthday dia bila.." Keluh Woojin.
"Kita anggap je lah hari kita buat tu hari birthday dia.." Sampuk Daehwi. "Ha'ah!" Sokong Guanlin.
"Hmm kita nak buat bila-- aik hyung? Kenapa ngan hyung?" Tatkala Woojin hendak menanya Guanlin,tumpuannya terganggu ke arah Jaehwan yang duduk di sebelahnya.
"Hyung takutlah.. Hyung tak pernah naik kapal terbang wuuuuuu!!!!" Hampir sahaja Jaehwan buat highnote apabila kapal terbang itu berangkat. "Hyung! Tali pinggang keselamatan hyung belum pasang lagi!" Nak ketawa pun kesian pula Woojin tengok Jaehwan.
"Hmmm apalah agaknya Bibi buat sekarang.." Jisung mengeluh. Langit yang membiru ditenungnya.
"Cewahhh macam tengah buat music video pulak " sempat kau Jisung.
Meanwhile...
"Okay! Sekarang ni kita nak buat apa?" Tanya Seonho tapi tak diendahkan oleh Bibi yang asyik main ngan patung Barbie. "Bibi... Uncle tanya ni.." Bibi pula terus merangkak ke tempat lain.
"Babi eh! Bini eh! Bibi!!!!!!" Terus dikejarnya Bibi itu lalu digendongnya. Jam tangannya dilihat seketika. "Pukul 9! Jom breakfast!!!"
Ke dapurlah dua orang manusia itu."Nak makan apa eih? Hmmm.. Hah!!"
Seketika kemudian...
"Okay!!"
Dua mangkuk besar spicy ramyeon diletakkan di depannya dan Bibi.
"Bibi! Kita buat challenge okay?" Bibi yang tak tahu apa-apa hanya mengangguk. "Bibi nak uncle suapkan? Meh uncle suap!"
Setelah menyuapkan ramyeon pada Bibi,giliran Seonho pula yang memakan ramyeon.
"Ack!!!!!!!!!!!!" Bibi menarik rambut Seonho.
"Tak guna punya manusia!! Boleh dia bagi aku makan mee pedas ni! Argh nak nangislah!"-Bibi"Janganlah nangis!! Huarghhh pedas betul!" Air mata Seonho kini berlinang. Nampaknya dia nak join Bibi menangis.
"Jap jap uncle ambik air.." Seonho berlari ke arah dapur. Dia mengambil tin minuman itu tanpa melihat labelnya dahulu.
"Nah minum!" Seonho menuangkan minuman itu ke dalam mulut Bibi. Bibi memuntahkan air itu kembali. Pipi Seonho ditampar.
"Alamak!!!!!!!! Beer?!!!!" Akhirnya Seonho dah sedar yang dia dah terberi beer kepada Bibi.
"Argh!!! Jom ikut uncle! Kita minum air paip!" Bibi terus digendong ke arah sinki. Bibi pula menangis. Kepala Seonho dipukul bertalu-talu.
Walaupun Bibi tak nak minum tapi dia terpaksa meminumnya. Selepas Bibi,Seonho pula minum air paip itu.
"Aku benci kau"
Sabarlah Bibi. Dua hari je dia jaga kau.
Sorry,short update😁 author busy dengan applyfic kebelakangan ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Appa | Wanna One
FanfictionApabila 11 orang Baby Tua jaga seorang Baby girl 🌸 "Macam mana kita nak jaga dia kalau diri kita sendiri pun tak boleh nak jaga?" Start: 11 Nov 2k17 End: 31 Dec 2k17