"Appa..."
"Jieun? Jieun!!!!" Puan Lee segera menerpa ke arah Jieun lalu memeluknya. Jieun tergamam. Dia rasa lain macam. "Jieun-ah! Eomma minta maaf sangat-sangat.. Eomma menyesal.. Eomma taknak kehilangan kamu.. Kamulah satu-satunya yang eomma ada dalam dunia ni.. Maafkan eomma Jieun.." Puan Lee menangis semahunya.
"Eomma.." Jieun memanggil eommanya. "Wae aegiya?" Tanya Puan Lee. "Appa mana?"
"Apa yang Jieun cakap ni? Appa kan dah lama meninggal.." Terang Puan Lee. Jieun diam. Bukan itu maksudnya,apa yang dia maksudkan ialah dimana Jisung,Sungwoon, Minhyun,Seongwoo, Jaehwan, Daniel, Jihoon,Woojin,Jinyoung, Daehwi dan Guanlin?
"Jieun,kamu nak makan? Eomma boleh belikan.. "Puan Lee membelai wajah anaknya yang pucat itu. "Erm..takpelah eomma.. Jieun nak pergi tandas dulu.."
"Biar eomma temankan,tandas tu jauh dari ward ni.." Namun tawaran eommanya ditolak oleh Jieun. "Takpe eomma.. Jieun boleh pergi sendiri.. Eomma pergilah beli makanan dulu.."
"Hmm baiklah.. Hati-hati tau.." Puan Lee membantu anaknya itu bangun dari katil. Badan Jieun terasa kebas. Maklumlah,dah baring kat katil hampir sebulan.
Jieun berjalan perlahan-lahan di koridor hospital. "Nampaknya aku dah balik pada diri aku yang sebenar.. Habis tu? Macam mana dengan budak tu? Bibi.."
Secara tak sengaja dia terlanggar seseorang. "Ack!" Jieun terjatuh. Orang itu menghulurkan tangannya. "Gwenchana?"
Saat Jieun memalingkan wajahnya pada orang itu,dia terkejut. "Guanlin?"
Guanlin senyum sikit. "Ya,saya Guanlin.. Awak ni pasti kpoppers.. Btw,get well soon.." Guanlin terus meninggalkan Jieun yang kaku di situ. Dia perasan yang mata Guanlin agak bengkak. Mungkinkah dia baru habis menangis? Ada apa dengan Bibi? Kenapa Guanlin ada kat hospital? Kalau Guanlin ada kat hospital,pasti member lain pun ada kan?
Banyak persoalan timbul di benak fikiran Jieun. Dia bercadang untuk mengekori Guanlin. Di sebalik dinding,dia memerhatikan 11 orang lelaki sedang duduk di luar ward.
"Hyung...dah dahlah tu menangis..Dari tadi hyung nangis.."risau pulak Jinyoung melihat Jisung yang asyik tersedu-sedu dari tadi."Bi..bi... Huarghhhh!!!!!!"Makin galak pulak Jisung menangis. Macam orang mati bini pula.
"Jomlah kita balik dulu hyung.. Esok kita pergi sini lagi.." Kata Daniel pula. "Hyung taknak balik.. Nanti tiada orang nak jaga Bibi.."esak Jisung. "Macam ni lah hyung.. Kami balik dulu,lepas dah mandi apa semua..Kami pergi sini lagi pastu hyung pulak yang balik. Okay?" Cadang Seongwoo. Jisung hanya mengangguk lemah. Dia terus melangkah ke dalam ward dimana Bibi dirawat.
"Jihoon.. Jom balik" ajak si Woojin kepada rakannya yang duduk sendirian di bangku yang paling hujung. Air mata Jihoon masih lagi mengalir. "Aku tak nak balik.."
"Laaa... Kenapa pula? Nanti kan kita pergi sini lagi..jomlah balik.." Pujuk Woojin lagi. "Aku nak temankan Jisung hyung.. Korang balik lah dulu.." Kata Jihoon sambil mengelap airmatanya. Woojin pun mengalah. Dia terus berjalan meninggalkan Jihoon sendirian.
"Jihoon cakap dia nak temankan Jisung hyung.. Kita baliklah dulu.." Kata Woojin kepada member lain. "Kau macam mana pula? Pakaian kau masih ada kat dorm kitaorang kan?" Tanya Daehwi kepada Seonho. Seonho hanya mengangguk. "Macam ni lah.. Kau tidur jelah kat dorm kitaorang buat sementara waktu ni.. Lepas Bibi dah sihat,baru kau balik.." Cadang Jaehwan. Semua orang pun bersetuju. "Okay hyung.."
Lalu mereka bersepuluh terus meninggalkan hospital itu dengan langkah yang sedih. Tinggallah Jisung dan Jihoon je yang tak nak balik.
Selepas memastikan tiada siapa berada di situ,Jieun pun melangkah mendekati pintu ward. Mujurlah,pintu itu ada ruang sedikit untuk mengintai pesakit di dalam. Kelihatan Jisung sedang bercakap dengan Bibi sambil menangis. "Ini kan ICU? Maksudnya Bibi koma? Tak fahamlah aku.." Jieun mengaru kepalanya tak gatal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Appa | Wanna One
FanfictionApabila 11 orang Baby Tua jaga seorang Baby girl 🌸 "Macam mana kita nak jaga dia kalau diri kita sendiri pun tak boleh nak jaga?" Start: 11 Nov 2k17 End: 31 Dec 2k17