5🍼

7K 615 192
                                        

Byeongari's Day Care 1

"Bukak bukak!! Yeoleojwo yeoleojwo yeoleojwoyo!!!! Kalau aku potong pintu ni pakai chainsaw jangan merana pulak lepas ni!!!"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Bukak bukak!! Yeoleojwo yeoleojwo yeoleojwoyo!!!! Kalau aku potong pintu ni pakai chainsaw jangan merana pulak lepas ni!!!"

Meanwhile....

"Hyung.. Hyung ada dengar suara ayam memekak tak?" Daehwi dengan muka mamainya membangunkan Sungwoon yang masih berdengkur. Kelihatan dua hiris timun di sisi bantalnya. Air liur basi membasahi pipi.

"Hyung...."

"Krrrkkkerukkkkhaaapiuuuuu" nampaknya Sungwoon masih lagi enak dibuai mimpi. Mimpi apa agaknya ye?

"Ish.. Budak pendek ni.. Tidur mampus ke?" Akhirnya Daehwi kembali semula ke katilnya dan menutup telinganya dengan bantal kerana dengkuran Sungwoon dan Jinyoung dah macam bunyi engin kapal pengangkut kayu balak.

Di bilik sebelah pula,Guanlin ialah orang pertama yang bangun dek terdengar bunyi ketukan pintu. Dia memerhatikan ahli lain yang masih tido mati. Guanlin mengeluh. "Ready?"

1







2







3!!






"BANGUN!!! BANGUN!!! API!!! API!!! HYUNG!!!!!!! RUMAH KITA TERBAKAR!!!!! HUARGHH!!!! HYUNG!!! JIHOON HYUNG JOM KAHWIN LARI EH! JOM LARI!!! JAEHWAN HYUNG!!! MINHYUN HYUNG!! WOOJIN HYUNG!!!!!!!!! BANGUNNN!!!!!!!!!!"

Dengan itulah maka 4 orang lelaki itu mula bergegas bangun. Angkat sahaja dari katil, Jaehwan dan Minhyun terus mengemas beg pakaian mereka. Manakala Jihoon pula masih tercari-cari spender pink Gucci limited edition yang baru dibelinya semalam. Woojin pula berdoa di tengah-tengah bilik.

"Guanlin!! Cepat lari!!" Jaehwan terus mengendong Guanlin ke ruang tamu. Tetiba pula kuasa superhero muncul pada keadaan yang mencemaskan.

"Spender aku!!! Huargh!!!! Mana dia???!!!! " Jihoon terpaksa meninggalkan niatnya untuk mencari spendernya kerana ditarik oleh Minhyun. "Kau ingat dengan spender kau boleh hidup ke? Tak pakai spender pun kau masih boleh hidup!!Cepat lari!! Banyak lagi spender pink kat pasar malam yang harga lima ringgit tu! Cepat lari!" Kata Minhyun sambil dua belah tangannya sibuk memegang beg pakaian dan Jihoon.

"Ya Tuhan selamatkanlah kami!! Aku tak nak mati muda!! Aku masih belum kahwin lagi!! Ya tuhan!!! Selamatkanlah aku dari api nerakamu!! Aku mengaku yang haritu aku letak garam kat kopi jisung hyung pastu aku yang gunting spender jaehwan hyung sampai berlubang kat tengah pastu aku ngaku yang aku ceroboh bilik mandi masa Guanlin tengah syok mandi!! Maafkan aku!!!!!" Woojin menangis. Sampailah telinganya ditarik oleh Minhyun.

Appa | Wanna OneTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang