11-End🍼

5K 534 81
                                        

Keesokannya,selepas tamat waktu persekolahan,Seonho dan Jieun pergi ke hospital. Mereka ke sana dengan bantuan eomma Jieun. Nasiblah Puan Lee bersetuju untuk menghantar mereka.

"Kamsahamnida eomma,balik nanti saya ngan Seonho naik bas je. Eomma tak payah ambik.." Kata Jieun selepas menutup pintu kereta. "Betul ni?" Tanya Puan Lee. Jieun mengangguk. "Jangan risau ahjumma,saya akan jaga Jieun heheh.." Celah Seonho sambil tersengih. "Okay! Jangan balik lambat tau!"

"Okay eomma!"
"Dae arasseo eomma!"

Kereta Puan Lee terus memecut di jalan raya. Jieun memandang Seonho dengan pelik. "Waeyo? Asal pandang saya macam tu?"

"Awak panggil eomma saya eomma.." Kata Jieun. Seonho sedar. "Err tersasul heheh jomlah masuk!" Seonho terus masuk ke dalam hospital. Kalau lama² kat situ, obviously nampak sangat dia suka Jieun.

"Jisung hyung cakap hari ni Daehwi hyung ngan Guanlin hyung yang jaga Bibi.." Ujar Seonho. "Awak rasa diaorang nak percaya tak cakap kita?" Tanya Jieun yang kurang berkeyakinan.

"Nak. Kot.." Seonho sendiri pun tak pasti. "Yah!" Bahu Seonho ditepuk lembut. "Kalau diaorang tak percaya,saya ada untuk pertahankan awak.." Ujar Seonho sambil tersenyum. Macam pernah dengar je ayat tu?

"Awak kata Daehwi hyung ngan Guanlin hyung yang jumpa awak hari tu.. Awak ingat tak kat mana dorang jumpa awak?"

Jieun menggelengkan kepala. "Yang saya ingat,kat bawah pokok je.."

"So,nanti kita tanya dua orang baboon tu mana dorang jumpa Bibi. Mana tahu,kita boleh dapat clue mana nak cari eomma Bibi?"

"Ooo... Pandai juga awak eih?" Hidung Seonho kembang kempis apabila dipuji. Pandai apanya kalau bagi baby makan ramyeon pedas??

"Jomlah masuk!" Sedar tak sedar,mereka berdua dah sampai di hadapan ward Bibi. Pintu dibuka. Kelihatan Daehwi dan Guanlin sedang berbual. "Byeongari Seonho.. Datang jugak kau eih? Siapa ni? Girlfriend ?" Tanya Daehwi yang banyak mulut.

"Heheh soon to be" bisik Seonho pada Daehwi. "Er macam pernah jumpa je awak ni.. Awak yang langgar saya hari tu kan?" Tanya Guanlin pada Jieun. "Er.. Sayalah tu.."

"Oo.. Kawan Seonho rupanya.." Guanlin senyum. "Macam mana dengan Bibi?" Seonho pergi ke arah katil Bibi. Pucatnya! Macam mayat.

"Macam tu lah.. Langsung tak berganjak.." Keluh Daehwi. Jieun pun pergi menghampiri Bibi. Lama dia perhatikan wajah Bibi. Tiba-tiba mata Bibi terbuka luas. Jieun terkejut. "Argh!!" Lengan Seonho dipautnya.

Semua orang pun terkejut dibuatnya. "Waeyo?" Tanya Seonho. "Seonho.. Cakaplah sekarang.. Saya dah tak tahan lagi kena kacau!" Kata Jieun separuh berbisik.

"Gwenchanayo?" Guanlin menanya Jieun. "Hmm okay.." Balas Jieun.

"Hyung... Ada benda yang Seonho nak cakap ni.. Tapi,tolonglah percaya okay? Ni pasal Bibi.." Serius je muka Seonho.

Guanlin dan Daehwi memandang antara satu sama lain. "Apa?"

Mulalah Seonho menceritakan semua yang diberitahu oleh Jieun tempoh hari. Roh Bibi juga ada bersama dengan mereka. Jieun pula menenangkan dirinya agar tidak cuak apabila melihat Bibi. Lebih-lebih lagi apabila Bibi merenungnya.

"Kau biar betul?!"

"Kau jangan main-main.."

"Ada nampak saya main-main ke ni?"

"Daehwi,Guanlin.. Tolonglah percaya.. Kita mesti tolong Bibi supaya dia tak terseksa macam tu lagi.. Saya pun tak sanggup nak kena kacau lagi dengan roh dia.." Rayu Jieun.

"Kami nak bukti." Kata Daehwi. Guanlin pun mengangguk.

"Baiklah,kau ngan Guanlin jumpa aku kat bawah pokok besar pastu korang bawa aku balik rumah.. Pastu datang je kat rumah,Jihoon ambik aku pastu aku nangis sebab nak susu. Jinyoung dan Daehwi pergi beli susu bla bla bla bla.........."

Appa | Wanna OneTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang