"Mana susu?" Tanya Minhyun sebaik sahaja Daehwi masuk ke rumah. "Ada tu hah.. Jinyoung hyung yang angkat.." Kata Daehwi sambil membuka masknya.
"Angkat? Asal pulak kena angkat... MAK AI!! Yang korang beli sampai satu kotak ni apasal?!!" Jerit Minhyun apabila Jinyoung masuk sambil mengangkat satu kotak susu tepung dutch lady.
"Alaaa ilek aa baby kan kuat minum susu..." Celah Jinyoung. "Mana kau tahu?" Tanya Minhyun lagi. "Alaaa aku kecik-kecik dulu kuat minum susu..." Jawab Jinyoung. Minhyun menjeling tajam.
"Dahlah tu bertekak! Minhyun! Cepat bancuh susu!" Teriak Jisung sambil mengendong baby yang menangis itu. Ahli-ahli yang lain pula di sisi Jisung sambil membuat pelbagai aksi untuk menceriakan baby itu.
Seongwoo menjulingkan matanya sambil menjelirkan lidah. Baby itu pula takut lalu menangis dengan kuat lagi. Kepalanya diketuk oleh Jisung. "Ish kau ni!!"
"Apa pulak aku?" Tanya Seongwoo tanpa rasa bersalah. Seketika kemudian, datanglah Minhyun yang berlari pecut dari arah dapur. "Nah! Susu!!" Disuakan Minhyun gelas itu kepada Jisung.
"Eiii!! Baby mana reti minum pakai gelas!! Korang takde beli botol susu ke tadi?!" Tanya Jisung ke arah Jinyoung dan Daehwi. Kedua-duanya memandang sesama sendiri sebelum menggeleng tanda tidak ada.
Hampir sahaja Jisung hendak pengsan. Jangankan nak jaga baby ni,nak jaga 10 orang kanak-kanak tua ni pun susah.
"Cepat pergi beli sekarang!" Arah Jisung. Daehwi dan Jinyoung segera berlari ke kedai. Hampir sahaja Jinyoung hendak tergelincir sebab tergesa-gesa.
Manakala baby itu pula masih menangis.
"Shhhss Uncle Daehwi ngan Uncle Jinyoung dah pergi beli botol susu.. Kejap ye.."
20 minit kemudian...
"Nah!!" Botol susu itu disuakan kepada Minhyun. Minhyun lantas mengisi botol susu itu dengan susu yang dibancuhnya tadi lalu diberikan kepada Jisung.
Jisung melepaskan nafas lega.. Akhirnya baby itu berhenti menangis. Lama-kelamaan,dia tertidur..
"Dia nak tidur ngan sapa?" Tanya Woojin. "Malam ni biarlah dia tido kat bilik aku,Niel ngan Ong.."kata Jisung. Dia berlalu ke bilik untuk meletakkan baby itu di atas katilnya. Selepas itu dia kembali ke ruang tamu.
"Dia dah tidur?" Tanya Jihoon. "Dah.." Jawab Jisung. "So,sekarang ni macam mana?" Semua orang memandang ke arah Jisung termasuklah Jaehwan yang menanyakan soalan itu tadi.
"Entahlah.. Aku pun tak tahu.." Jisung meraup mukanya. "Buat masa sekarang,aku rasa kita jagalah dia dahulu.." Cadang Sungwoon. Rata-rata mengangguk setuju.
"Lagipun,kita taklah sibuk mana buat masa sekarang.." Sampuk Guanlin. "Sure?" Tanya Jisung untuk mendapatkan kepastian. Semua ahli menggangguk. Semuanya melepaskan keluhan..
"Tapikan.. Dia baby girl atau baby boy?" Tiba-tiba Woojin menanya. Semua mata memandang antara satu sama lain. "Ha'ahlah.. Dia baby girl ke baby boy?"
"Aku rasa dia baby boy lah.." Kata Seongwoo. "Baby Girl!" Kata Jihoon pulak. "Hanya satu cara je kita boleh pastikan dia baby girl atau boy.." Akhirnya Jisung berkata-kata.
"Tengok tu ke?" Minhyun menelan air liur. Jisung mengangguk perlahan.
"Hmm esok je lah kita periksa.. Sekarang ni kita nak panggil dia apa?" Tanya Jaehwan. "Oh ye lah..Nama dia belum lagi.."
"Erm!! Kita pangil dia Bibi!!" Cadang Guanlin yang terover excited. "Mana kau dapat idea ni?" Tanya Daehwi pulak. "Kalau aku dah ada anak,aku angan-angan nak panggil anak aku Bibi heheh" Guanlin tersengih.
"Bibi? Hmm cam mana?" Jisung melihat muka ahlinya satu persatu. "Kami setuju!"
"Okay... Kita akan panggil dia Bibi.. Pastu hmmm hah! Pakaian! Kita takde pakaian baby.." Jisung menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
"Alaaa.. Apa susah? Kat pasar kan banyak baju.." Celah Daniel. "Esok kita pergi beli.." Sambung Daniel lagi. Jisung menggangguk setuju.
"Okay! Sekarang ni semua pergi tidur.. Esok kita nak shopping barang Bibi.." Semua ahli pun melangkah ke arah bilik masing-masing apabila diarah oleh Jisung.
Bibi Pov
Kenapa tiba-tiba badan aku jadi kecil macam ni? Perkara terakhir yang aku ingat ialah sebuah lori datang ke arah aku dan...
Sedar-sedar je aku dah jadi macam ni. Pastu dua orang lelaki mendekati aku apabila terdengar aku menangis. Aku tak tahu kenapa salah seorang daripada mereka mengambilku dan membawaku pulang ke rumah mereka.
Dalam perjalanan,barulah aku tahu yang lelaki yang sedang mengendongku bernama Guanlin manakala dia sebelahnya pula Daehwi.
Datang je di rumah,aku terkejut apabila ada seseorang menjerit apabila melihat kehadiran aku.
Pastu ada seorang yang cute-cute mengambil aku dari Guanlin. Seketika kemudian aku berasa lapar dan aku pasti yang aku hendakkan susu.
Terasa lucu jugak apabila melihat sekumpulan lelaki huru-hara hanya kerana susu sebotol je. Tapi aku tak ketawa,aku hanya menangis je..
Aku keliru,persoalannya ialah.. Siapa diri aku yang sebenar dan kenapa badan aku boleh jadi kembali seperti seorang bayi?
End of Bibi pov
Keesokan paginya...
Jisung dikejutkan dengan suara tangisan Bibi. "Ye sayang.. Bibi nak susu ke? Kejap eih..." Jisung melangkah ke dapur dengan mamai. Manakala Seongwoo yang terbangun tadi sedang mengendong Bibi daripada terus menangis.
Jisung datang seketika kemudian lalu memberikan botol susu itu kepada Bibi. Dia meneguknya dengan laju.
"Good morning Bibi!" Daniel yang baru bangun lantas mencium pipi mongel milik Bibi.
Kemudian mereka berempat keluar ke ruang tamu. Nampaknya semua ahli dah bangun disebabkan alarm tangisan Bibi.
"Bising betullah Bibi nangis,uncle nak tido pun tak boleh.." Kata Jihoon sambil mencubit pipi Bibi dengan lembut lalu menciumnya. Dia mengambil Bibi dari Jisung dan mengendongnya.
"Jom ikut uncle mandi.. Hyung! Biar Jihoon yang mandikan Bibi.. Okay?" Tanya Jihoon. Jisung hanya mengangguk.
Bibi pula sudah mula resah. "Biar betul mamat ni nak mandikan aku?! Nanti dia tengok tu tu tu aku macam mana?!" Bentak hati Bibi. Ingin sahaja dia menolak namun apakah daya.. Dia hanyalah seorang bayi yang masih belum boleh bercakap.
"Boleh ke kau bagi dia mandi macam tu je? Dia kan masih baby.. Apa kata kita semua bagi dia mandi.." Cadang Sungwoon.
"Apa?!! Tidak!!!"
Minhyun mengambil sebuah besen besar. Air suam panas pula dicurahkan ke dalam besen itu.
"Meh uncle bukakan baju.." Baru sahaja Guanlin ingin membuka baju, mukanya dah ditendang oleh Bibi.
"Ouch!! Sakitlah Bibi!" Guanlin mengerang kesakitan. "Ooo Bibi tak nak uncle Guanlin tolong bukakan baju yer? Takpe meh uncle Jinyoung tolong bukakan..." Jinyoung membuka baju Bibi dengan pantas dan seterusnya seluar.
Dengan itu,startlah 11 orang namja sibuk memandikan Bibi. Bibi pula terdiam tak terkata.
"Asal aku rasa yang aku dah kena rogol secara beramai-ramai ni?"
Sorrylah kalau cerita ni tak logik 😂😂
YOU ARE READING
Appa | Wanna One
FanfictionApabila 11 orang Baby Tua jaga seorang Baby girl 🌸 "Macam mana kita nak jaga dia kalau diri kita sendiri pun tak boleh nak jaga?" Start: 11 Nov 2k17 End: 31 Dec 2k17