6 : She Never Exist

344 23 0
                                    

Hello? Menanti bab 6? Okay, ini khas utk si dan si pembaca. Tq for read. 🙂 Jasa anda amat dihargai.

Bab kali ni sambungan dari bab 4 selepas Umji kiss Baekhyun dan kisah klishe Sehun. Lol. Merepek. Haha. Maaf. Selamat membaca.

***

Sehun's POV

"Mengarutlah Sehun! Dauntless tak mungkin wujud. Kau lupa Demon Octavia mati dibunuh di depan mata Mendiang Raja Kim?" Kata Umji dengan bersungguh. Oh ya, Baekhyun? Sebelum kami ponteng kelas, Baekhyun telah dihantar ke ruang rehat. Baru dipukul Jungkook dah lembik. Back to the topic.

"Mungkin dia masih hidup, Umji." Kataku yang mula bosan dengan sikap Umji yang suka melawan kata aku.

"Sehun, she never exist! The Dauntless is never exist." Kata Umji dengan bersungguh. Minah ni kan ~ 😑

"Nampaknya kau lupa apa kelebihan aku, Umji. Jadi, kau lebih percayakan siapa?" Tanyaku. Saja ingin tahu.

"The One White Diamond. The Legend. Pemegang khazanah terbesar dalam Mansion World. Do Kyungsoo." Jawab Umji serius. Okey, aku akuinya. Tapi bukankah dia hanya kisah legenda sahaja. Kalau lelaki itu masih wujud, mesti sekarang ni dia sudah tua ataupun dia sudah tiada.

"Tapi kau hanya baca kisah dia di dalam buku, Umji. Buku yang sudah berusia 1500 tahun lepas." Kataku. Okey, sebenarnya aku cemburu dengan Do Kyungsoo. Dia hebat sehingga mempunyai naga yang sangat besar dan sangat hebat dalam pertempuran.

"Ya, ianya memang sebuah buku. Kau kan Vampire Witch? Kau tak percaya dengan Legenda sedangkan kau salah satu keturunannya? Peliklah kau ni. Mula-mula kau kata Sowon tu ada pengganti dan dia adalah Dauntless juga merupakan mate kepada Chanyeol. Lepas tu kau tak percayakan Legenda sedangkan dia adalah moyang kau. Huh!" Sindir Umji.

"Ha ha ha.. Buku yang kau baca tu pun kau curi dari perpustakaan Witch yang merupakan milik aku. Ada hati pula nak sindir aku? Kalau Vampire Judge tahu, apa akan terjadi kat kau agaknya ya? Itu pun aku yang tolong kau." Sindir aku pula. Padan muka kau Umji. Nak sangat kan?

"Yelah, terima kasih sebab kau tolong aku. Tapi kan, buku tu milik siapa sebenarnya? Kenapa pelik sangat cara dia menulis? Beribu kali aku baca, ianya tak menunjukkan ianya tentang diri Do Kyungsoo. Tapi tentang seseorang yang sangat kenal dengan Do Kyungsoo. Aku tak rasa ianya kepunyaan mendiang Raja Kim, Sehun. Boleh kau tengok visi buku tu? Aku teringin nak tahu siapa yang tulis." Kata Umji dengan serius.

"Aku cuba dulu, Umji." Kataku lantas aku melihat visi masa lampau buku itu. Kesakitan tiba-tiba menyapa lantas aku membuka mata semula. Nafasku berderu laju.

"Sehun, kau okey? Apa yang kau nampak?" Tanya Umji.

"Umji, buku tu bukan milik Raja Kim. Aku dapat rasa sesuatu kesakitan, ianya petanda amaran. Buku tu milik Demon Octavia. Memang betul cakap kau, Do Kyungsoo adalah The Legend. Dauntless memang wujud, Umji." Kataku bersungguh. Umji berkerut muka.

"Sehun. Dauntless never exist. Kalau dia wujud, di mana dia sekarang? Tak mungkin dia mate Chanyeol!" Bentak Umji. Aku terpandang satu figura berdekatan. Lelaki yang aku baru kenali seharian ini. Chanyeol. Mulut Umji yang bising aku tutup dengan telapak tangan.

"Au..uat..me..ni!!" Jerit Umji. Minah ni mulut dh kena tutup pun masih boleh menjerit.

"Diam Umji. Chanyeol is here, pabo!" Jeritku perlahan di telinga Umji. Walaupun menjerit di telinga, aku tahu Chanyeol boleh dengar kata-kata aku. Dia pun werewolf seperti Baekhyun.

Okey, sekarang lelaki tinggi macam galah ni memandang pelik ke arah kami lantas bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. Dia terus memandang kami yang berdiri tercegat seperti tiang bendera.

『COMPLETE√√』《 MANSION DESTINY 》 ♡ EXO FT GFRIEND ♡Where stories live. Discover now