7 : Sweet Bad Memories 💕

296 14 0
                                    

Fenomena While You Were Sleeping 💕 my fav actor, jong suk oppa! 😍 Tertanya siapa Putera Park Jae Chan? Teranglah dia orangnya.

Pram pam pam!

Park Jae Chan. King Of Werewolf Mansion. 😌

Jangan marah dulu, actually selain dunia kpop menjadi dunia aku, kdrama adalah kontrolnya. Tak best kalau tak tgk kdrama. Ahahaha. Okey, melalut.

Sowon & Jae Chan
💘 Sweet & Bad Memories

***

Sowon's POV

Hidup aku dah berubah sekarang. Hala tujuan hidup aku bukan lagi arah yang sama. Aku menempah maut. Tapi aku dah bersedia. Secara jujurnya, aku tak cintakan Park Chanyeol. Tapi entah kenapa ada sesuatu yang menjelma dalam diri aku apabila dia mencium aku. Bibir aku ketap. Tidak, aku tidak curang terhadap Jae Chan. Sejak dari mula, dia adalah mate aku. Dan dia mati dibunuh. Bererti di masa akan datang, aku akan mati dengan cara yang sama. Aku dah bersedia. Aku memandang kubur di hadapanku. Makam bagi kaum serigala jadian. Aku menangis.

"Park Jae Chan. Wait for me. I will come to you. Tunggu saya, Jaejae-ah." Kataku sendiri. Tiba-tiba terimbas kenangan bagaimana kami mula bertemu. Juga kenangan amat mengerikan dalam hidup aku. Pengalaman di mana Jae Chan mati kerana melindungi aku dari terpanah mata panah emas yang mampu membunuh makhluk di antara dua Mansion. Aku pejam mata.

***

* flashback * | Author POV

Seorang gadis vampire berlari di dalam hutan. Gadis yang masih muda bertubuh kecil berumur 15 tahun. Gadis vampire muda itu menangis. Kerana dimarahi oleh Raja Kim yang merupakan ayah kandungnya. Dia terus berlari sehingga tanpa dia sedar dirinya menghampiri gaung besar. Oleh kerana dia cuai, kakinya tergelincir jatuh ke dalam gaung. Gadis vampire muda itu memejamkan matanya dan menerima takdirnya. Namun tangannya direntap seseorang. Namja dewasa yang tidak dikenali.

"Kim Sowon!" Jerit namja itu. Gadis bernama Sowon itu membulatkan matanya bagai terkejut namja itu mengetahui akan namanya. Dengan hanya sebelah tangan namja itu menarik Sowon ke atas dengan mudah. Sesudah Sowon diselamatkan, namja itu memeluk erat tubuh Sowon.

"Mujur awak tidak apa-apa." Kata namja itu menguatkan lagi pelukan. Sowon terpempan. Siapa lelaki itu?

#

Namja itu berjalan di sekitar sebuah kota yang Sowon tidak pernah dikenalinya sambil memegang erat tangan Sowon sehinggakan jari-jari mereka bersatu. Orang sekeliling menunduk hormat namja itu. Sowon hanya tidak berhenti memikirkan siapa lelaki itu.

'Siapa dia? Bagaimana dia tahu nama aku? Kenapa jantung aku berdegup kencang?'

Kata-kata di dalam hati Sowon dapat didengari namja itu. Lantas namja itu tersenyum manis tanpa memandang gadis itu dan hanya terus memegang erat tangan gadis itu sehingga di suatu tempat dimana sebuah istana berada. Sowon melihatnya kagum. Penduduk di sekeliling hanya melihat mereka dan menunduk hormat. Sowon terlihat seorang budak lelaki lebih kurang tua setahun darinya berdiri di pintu gerbang istana. *anggap je mcm tu*

"Sowon, saya kenalkan ini adik lelaki saya. Putera Yeol. Kerana disini dialah paling bi'yeol'." Gurau namja itu mendapat sambutan dari Sowon. Manakala Putera bernama Yeol itu memasamkan muka dan memandang serius terhadap Sowon.

"Vampire Virgin. Dia buat apa kat sini?" Dingin Putera Yeol bertanya kepada namja itu yang masih memegang erat tangan Sowon.

"She is my mate, little brother." Jawab namja itu.

『COMPLETE√√』《 MANSION DESTINY 》 ♡ EXO FT GFRIEND ♡Where stories live. Discover now