29 : Passionate Jungkook

170 7 2
                                    

Hi there! Chapter akan tamat tak lama lagi. Excited nak tahu final? Enjoy dulu chapters terakhir sebelum final.

***

Kim So Jung POV

PERUT aku jadi kesakitan apabila mendengarkan berita tu. Aku tahu gadis dalam diri aku sekarang sangat marah. Aku mengusap lembut perutku yang membesar dan ketegangan. Sowon hanya memandang perutku ini. Jungkook pula sedang menampung beratku.

Jungkook, lelaki yang aku kenal melalui BTS. DEMONs yang teristimewa. Aku tersenyum bila mengingatkan kejadian lama. Dia sangat menggilai Umji sejak dari kali pertama melihatnya. Tapi Umji milik Baekhyun. Aku yakin, Baekhyun sampai disini tadi hatinya agak kecewa. Aku memaut lengan Jungkook dengan lembut.

“Jung, masa Jung akan habis dalam masa 36 jam. Jung perlu lahirkan dia sebelum terlambat.” Kata Sowon. Ada rasa sedih. Bagaimana kalau aku tak mahu lahirkannya? Aku tak mahu dia dilahirkan ibu yang lain. Ya, apa yang ibu pernah alami apabila melahirkan kami sedang berlaku sekarang ini. Aku mengalaminya. Aku menggeleng.

“Aku tak nak, Won. Aku tak nak lahirkan dia untuk dilahirkan oleh orang lain. Biar masa itu tamat. Kau boleh lahirkan dia selepas masa aku tamat. Tolong, jangan paksa aku.” Kataku dengan tenang.

“Jung, Jung tak kesiankan Jungkook? Jung nak Jungkook alaminya macam mana Chanyeol alaminya?” Tanya Sowon dengan nada mula hilang sabar. Aku mengangguk. Sowon hilang sabar.

“Sowon, tak guna kalau memaksa. Kalau Jung tak mahu, bererti anak dia juga tidak mahu. Kita ikut permintaan Jung. Lahirkan dia selepas masa Jung sudah tamat.” Tekad Jungkook. Ternyata dia bersungguh-sungguh. Aku boleh lihat, dia sayangkan gadis dalam perut ni. Jungkook mengangkat tubuhku Dan berehatkanku di atas katil berhampiran. Sowon berlalu. Aku tahu dia marah.

“Shh.. Jung jangan risau tentang Kook. Kook takkan sesekali akan memaksa Jung lakukannya. Kalau dia milik Kook, dia tetap akan jadi milik Kook.” Sabar Jungkook. Dia mengusap perutku. Terasa sejuk dan nyaman.

“Maafkan aku. Aku cuma tak nak berpisah dengan anak ni. Kau akan tanggungnya.” Kataku dengan serba salah. Jungkook tersenyum.

“Tak apa. Kook sedia menanggungnya.” Jujur Jungkook.

“Berehatlah. Esok, Kook ada kejutan untuk Jung dengan anak ni. Fikirkan nama dia, okey.” Kata Jungkook dan mengusap perutku sebelum meninggalkanku sendirian.

“Nama?” Aku tersenyum sendiri. Kalaulah Chanyeol ada.

***

Sowon POV

“Sojung degil. Susah betul nak dipujuk.” Marahku sendiri.

“Hey, kenapa ni?” Sapa seseorang. Raja Werewolf. Siapa lagi. Lay. Park Jae Chan. Tapi dah jadi orang baru. Lay. Nama manja.

Oppa, Jung tu degil sangat. Won Tak nak lah pujuk dia lagi.” Kataku sambil berpeluk tubuh.

“Kalau macam tu, biarkan je. Kita Tak berhak memaksa. Lagipun bukannya kita tahu ketentuan Sang Pencipta.” Akurnya. Mudah betul.

“Won tak nak kehilangan Jung.” Sebakku.

Oppa tahu apa nak buat. Selepas ambil anak tu, oppa akan hantar dia ke White Lake. Selepas itu, kita akan berentap dengan Jong Dae. Itu yang akan berlaku, tiada siapa boleh tolak.” Tekad Lay. Aku jadi tidak tenang.

“Kenapa dengan cara tu? Kenapa kat sana?” Tanyaku dengan tidak puas hati.

Eomma yang suruh. Dah sampai masa Sojung untuk menjadi penakluk Mansion. Dia perlu dipulangkan ke White Lake. Eomma harap Won boleh faham.” Sampuk Eomma yang muncul tiba-tiba.

“Jung takkan tinggalkan kita kan, eomma?” Tanyaku dengan sebak.

“Tak.” Jawab eomma dengan senyuman. Aku lantas memeluk eomma.

***

Jungkook POV

Pagi. Hutan masih berkabus. Matahari yang mula terbit. Kejutan untuk Sojung? Dia berada di dalam dakapanku sekarang ini. Matahari yang mula terbit di hadapan kami. Melihatkan Matahari terbit membuatkan dia teringatkan kisahnya bersama Chanyeol. Hati Aku sakit? Tentulah tidak. Sojung jadi semakin selesa.

Aku masih ingat pada hari mula-mula dia kembali ke dalam hutannya. Dia memerlukan aku untuk berasa selesa. Bersikap pelik. Kami pun mula rasa pelik apabila perutnya membesar hari demi hari. Waktu demi Waktu ketegangan dia rasainya. Ternyata ada seorang gadis di dalamnya. Aku jadi teruja. Sangat teruja. Dia memilihku. Melihatkan matahari terbit, pelukan aku eratkan.

“Aku namakan dia, Tzuyu. Zhou Tzuyu. Penakluk Mansion yang seterusnya.” Kata Sojung. Aku jadi agak teruja bila mendengarnya.

“Dah tentu Kook akan sayang dia lebih dari Jung. Percayalah.” Tekadku menyakinkan dia.

“Aku percaya. Tapi ingat, jaga dia dengan baik. Jauhkan dia dari pertempuran tu nanti.” Pesannya. Aku perlu beritahu dia tentangnya.

“Kook nak ikut, tunggu Jung bersama Tzuyu di White Lake. Tolong jangan tak setuju. Ini permintaan Kook. Kook merayu.” Rayuku.

“Aku benarkan kau ikut. Ada syaratnya, pegang Tzuyu tak kira APA akan berlaku. Jangan lepaskan dia.” Pesan Sojung kepada ku. Aku teruja. Aku memeluk Sojung.

“Terima kasih, Jung.”

***

Hari yang ditunggu berkunjung tiba. Tzuyu akan dilahirkan. Tapi aku takut. Aku takut kalau ada sesuatu yang buruk akan terjadi. Bagaimana kalau Sojung tak dapat bangkit? Bagaimana kalau Tzuyu dirampas oleh Jong Dae? Tidak. Ini cuma perasaan buruk. Hanya satu perasaan yang buruk.

***

Kim Sojung POV

“Tinggalkan Tzuyu kepada Jungkook. Hantarkan mereka ke white lake bersama aku.” Pintaku sebelum terpisah dari jasadku.

Aku sudah terpisah dari jasadku. Aku melihat jasad itu, ini hanya sementara. Sowon mula menekup wajahnya. Jungkook melangkah masuk dan mendekati bayi Tzuyu. Lantas berada dalam pangkuannya.

“Kita perlu berangkat sekarang.” Muncul D.O ahjussi tiba-tiba dan juga turut menghilang secara tiba-tiba. Aku memandang semua yang berada dalan kamar itu. Penuh dengan satu pengharapan. Iaitu aku.

Aku akan kembali.

TBC

Next chapter? Final chapter. Hey guys! Tq for read!

『COMPLETE√√』《 MANSION DESTINY 》 ♡ EXO FT GFRIEND ♡Where stories live. Discover now