3 : Si Nakal Eunha

428 24 1
                                    

To readers, tq sudi baca. Even baru je nak mula ada readers, rasa nak menangis. 😢 tq sangat2. 😢

***

KAI POV

"Neo Kim Jong In? Student baru?" Aku yang sedang leka beristirahat sambil melihat para manusia makan makanan mereka tiba-tiba rasa terganggu dengan seseorang yang menegurku.

"Ya. Saya Kim Jong In. Ada apa?" Tanyaku seraya berdiri menghadap pelajar itu. Okey, dia kelihatan seperti ketua pengawas sekolah.

"Surat ni kau yang tulis ke?" Tanya ketua pengawas sekolah itu seraya menghulurkan kertas mempunyai tulisan. Aku membaca serta-merta mataku terbeliak. Aku memandang pelajar itu. Lelaki.

"Chinguya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Chinguya. Kalau kau sukakan sesama kaum sekalipun, jangan aku yang kau nak. Aku bukan gay." Sindir namja itu. Aku melihat tag namanya, Ketua Pengawas Kim Tae Hyung.

"Kim Tae Hyung - ssi, siapa yang berikan surat kepada kau?" Tanyaku. Jelas terlihat keningnya menaik sebelah.

"Haa.. aku rasa kau tak nak mengaku yang ini kerja kau. Tak apalah, chinguya. Kalau kau suka kaum sejenis, bukannya ada yang kisah. Tapi jangan aku yang kau suka, okey. By the way, Eunha satu kelas dengan kau yang sampaikan surat ni kepada aku. Bye." Kata Taehyung selamba pergi. Eunha? Aku dah agak. Patutlah dia tersenyum sengih semasa menulis sesuatu dalam buku catatan pengawas kepunyaannya. Surat itu aku renyuk. Tiba-tiba bunyi kekecohan kedengaran.

"Hankuk High School! Look at us!" Aku menoleh seperti pelajar yang lainnya. Kim Tae Hyung?

"Hari ini oppa ada cerita nak ceritakan pada para yeoja kesayangan oppa." Kata Taehyung sambil memegang microphone. Para yeoja bersorak.

"Hari ini oppa dapat surat cinta dari seorang lelaki gay. Ya ~" Para yeoja jelas gelak besar. Rakan-rakan Taehyung mula bersorak.

"Lelaki itu adalah pelajar baru, Kim Jong In!!" Laung Taehyung dan rakan-rakannya serentak. Para yeoja melihatku dengan ketawa besar. Aku dapat rasakan maruah aku dicalar mudah. Siap kau Eunha. Aku berlalu. Mereka yang digelar "Firaun Sekolah" iaitu BTS bersorak memanggil namaku. Okey, kerana kau satu sekolah kecoh. Memandangkan waktu rehat masih ada lagi setengah jam, aku akan mencari kau. Aku menghidu bau tubuh manusia yang aku ingin cari. Aku tersenyum sinis. Kelas A-1 aku tuju. Pintu kelas aku tutup rapat. Jelas Eunha terkejut.

"Surat apa yang kau bagi pada Kim Taehyung?" Tanyaku dingin terhadap Eunha.

"Err.." Lidah Eunha terkelu. Anak mataku mulai bertukar menjadi merah gelap. Marah. Aku mara ke arah Eunha.

"Jawablah bodoh! Apasal kau diam?!" Tengkingku. Eunha menapak ke belakang dan akhirnya belakang tubuhnya tersandar di dinding.

『COMPLETE√√』《 MANSION DESTINY 》 ♡ EXO FT GFRIEND ♡Where stories live. Discover now