28 : Kim Jong Dae

136 7 5
                                    

On the way to final. Fuhh..

***

Kim Jong Dae POV

AKU menyimbah sebaldi air terhadap sekujur tubuh yang tidur di atas kerusi kayu bersama ikatan kaki dan tangannya. Luka muka yang teruk. Kasihan. Itulah padahnya bagi orang yang sudah merampas hak milik aku. Terjaga lelaki itu apabila tersedar dirinya disiram air. Aku tersenyum sinis.

“Bangun!!!” Jeritku dengan kuat. Di dalam bilik yang gelap dan terkunci. Aku yakin dia hendak menutup kedua-dua telinganya. Biar telinga itu berdarah. Dia memandangku dengan tajam bersama luka dibibir dan darah mengalir di kepalanya. Juga perutnya turut luka akibat tikaman pisau yang diciptakan khas untuk cedera atau membunuh puak werewolf oleh puak vampire.

“Kau nak apa?! Tak cukup kau tawan Werewolf Mansion, kaum kau rogol dan bunuh kaum kami. Kau fikir kau siapa?!” Tengkingnya. Aku ketawa sinis.

“Dulu aku dah bunuh abang kau, Jae Chan. Lepastu aku bunuh Sowon, sebab kau rampas dia dari aku. Sekarang, aku nak Sojung. Mana dia? Kenapa kau hanya balik dengan kumpulan kau?” Tanyaku sambil menarik rambutnya dan berhadapan dengannya sekarang. Tiba-tiba mukaku diludah.

“Aku takkan sesekali menyerahkan dia kepada kau walaupun kau bunuh aku.” Tekadnya. Aku ketawa lagi. Dengan lebih sinis.

“Kesian kau, Chanyeol. Dia dah balik ke tempat asal dia. Walaupun kau takkan lepaskan dia, aku akan buat dia datang menyerahkan diri dia kepada aku dan bunuh kau dengan tangan aku sendiri.” Tekadku lantas aku ketawa besar dan keluar dari bilik kurungan itu. Chanyeol menjerit.

“Kau akan mati, Jong Dae! Kau akan mati!!!!!”

***

“Macam mana? Ada khabar tentang devil tu?” Tanyaku kepada orang setiaku. Daniel.

“Tak ada, tuan. Nampaknya mereka semua telah keluar dari dunia manusia.” Jawab Daniel.

“Macam mana dengan rumah tu? Ada sesiapa duduki sekarang?” Tanyaku lagi kepada Daniel.

“Tiada siapa pun tinggal disitu. Rumah yang mereka duduki tu telah menjadi usang. Perabot di dalam rumah tu dipenuhi dengan habuk.” Jawab Daniel sambil menunduk hormat.

“Sial! Nampaknya mereka dah lebih merancang semua ni. Aku ingatkan hanya devil tu saja yang pergi, tapi kesemuanya sekali?! Tak guna! Kau, boleh pergi.” Sumpahku. Daniel terus berlalu pergi. Aku memandang kota Lista di Mansion Werewolf. Aku menumbuk dinding dengan tidak berpuas hati. Tak guna.

“Daniel!!!” Jeritku. Daniel muncul di hadapanku sekelip mata. Vampire pasti ada keistimewaan tersendiri.

“Ya, tuan.” Katanya dengan hormat.

“Kurung kesemua keluarga Werewolf Diraja didalam bilik kurungan bersama Chanyeol. Seksa mereka secukupnya.” Arahku. Aku pasti Sojung akan datang menyerahkan dirinya kepada aku.

“Baik, tuan.” Akur Daniel dan terus berlalu.

***

Byun Baekhyun POV

“Terseksalah korang disini!” Sumpah seranah daripada lelaki bernama Daniel, pengikut setia Jong Dae. Pintu ditutup.

“Sial!!” Jeritku sambil menyumpah. Aku melihat saudaraku yang lain, mereka lemah. Lebih-lebih lagi, di hadapanku yang terlemah. Chanyeol. Aku merangkak mendapatkannya. Kerana disitu, aku yang satu-satunya masih bertenaga. Aku menepuk lembut pipi Chanyeol.

“Chanyeol. Bangun. Bangun, Chanyeol.” Aku mengejut tubuh Chanyeol. Matanya terbuka layu. Bibirnya bergerak-gerak mengucapkan sesuatu. Aku mendekatkan telingaku di bibirnya.

『COMPLETE√√』《 MANSION DESTINY 》 ♡ EXO FT GFRIEND ♡Where stories live. Discover now