27 : Zhang Yixing

174 6 2
                                    

Maafkan, hamba wahai semua pembaca alam. Terima kasih, novel dah pun mencapai 1K viewers. Tq.

***

Sojung's POV

Wife?”

Aku memandang Chanyeol yang duduk disebelahku. Aku tak tahu kenapa, aku sangat takut kehilangannya pada hari ini. Aku dapat rasakan akan ada sesuatu yang akan berlaku. Malah badanku juga mula rasa sangat berlainan. Ianya bermula selepas aku dan Chanyeol melakukannya bersama pada seminggu lalu. Aku memeluk Chanyeol dan mendaratkan kepalaku di dadanya. Aku akan merindukannya.

“Hei, kenapa ni?” Tanya Chanyeol yang mula mengusap rambutku.

“Tak ada apa-apa, rindu je.” Aku menggeleng lantas mengangkat kepala dan tersengih padanya. Aku demon yang agak istimewa. Mampu menipu dari segi reaksi wajah malah juga dari mata. Chanyeol takkan menyedarinya. Chanyeol memegang kedua-dua pipiku.

“Chan nak kena balik ke Werewolf Mansion. Ayahanda dah memanggil. Chan ada urusan disana. Chan harap wife dekat sini menjaga diri.” Kata Chanyeol. Aku mengeluh. Ini dia yang aku takutkan. Salah satunya. Ada sesuatu kekuatan yang buatkan aku jadi lebih takut, entah kenapa.

“Lama ke?” Tanyaku.

“Ya, lama. Sangat lama. 1 bulan. Ayahanda mahu Chan bersiap sedia untuk memegang takhta. Chan akan rindukan wife kat sini.” Kata Chanyeol dengan nada agak sedikit sedih.

Baby, tak perlu risaukan wife. Wife boleh jaga diri. Pergilah, disini akan ada yang menjaga.” Kataku dengan yakin kepadanya. Supaya tiada syak wasangka darinya.

“Chanyeol, cepatlah. Kerabat Diraja perlu sampai disana dengan segera.” Kata Baekhyun dengan menyampah. Aku senyum kecil. Orang menunggu dia, tak apa. Jangan sesekali dia menunggu orang lain. Aku menjelingnya dan pura-pura menghalau.

“Okey, kalau macam tu. Pergilah, buat apa tunggu lagi? Pergi.” Kataku sambil menolak Chanyeol dan Baekhyun supaya pergi. Aku berlagak serius. Yang jelas Yuju menahan ketawa.

“Kau menghalau eh..” Jeling tajam Baekhyun kepadaku. Tak gerun langsung.

“Apa? Kata nak pergi sangat? Pergilah!” Marahku kepada Baekhyun lantas menolak sekali lagi tubuhnya. Aku memandang Chanyeol.

“Bye, wife.” Chanyeol melambaikan tangannya ke arahku dan melangkah pergi. Aku melihat mereka pergi. Sedih tapi aku perlu terima.

“Pergilah berehat. Nanti kamu akan kepenatan.” Nasihat SinB ahjumma kepadaku. Lantas aku menaiki tangga menuju ke arah kamarku.

Baru saja melabuhkan punggung di atas katil, aku melihat seseorang yang sedang duduk di kerusi melindungi wajahnya dariku sambil membaca sebuah buku.

“Kau siapa?” Tanyaku dengan dingin. Lantas aku berdiri dan cuba mendekatinya. Aku cuba menyerangnya tetapi lantas tangannya menahanku. Lantas mataku terbuntang.

“Ni aku lah.”

“Zhang Yixing.” Sebut dengan senafas.

“Baguslah, kau masih ingat aku. Jom, balik.” Yixing menarik tanganku tapi mengeraskan diriku. Dia mengeluh.

“Kenapa aku perlu ikut kau balik?” Tanyaku dengan lebih dingin.

“Sojung, kau dah makin lemah. Kau fikir kau tak mengandung selepas apa yang berlaku? Kau takkan mampu lawan Jongdae yang dah semakin menggila.” Ujarnya.

“Macam mana..” Percakapanku terpotong oleh Yixing.

“Kau tak perlu tahu!” Kerasnya.

“Park Jae Chan! Macam mana kau tahu semua ni?!” Jeritku. Aku mengeraskan diri.

“Ikut aku balik.” Tegasnya.

“Aku tak nak balik, Jaechan.” Tegasku pula.

“Tolong berhenti panggil aku dengan nama tu.” Dinginnya. Pintu bilik mula terkuak. Kami sama-sama memandang.

“Sojung, kita perlu pulang sekarang. Ada perkara yang sangat teruk akan berlaku.” Kata SinB ahjumma.

“Yixing datang ke sini untuk menjemput kamu pulang semula ke sana. Ada beberapa perkara perlu diselesaikan. Termasuk zuriat kamu dengan Chanyeol.” Kata D.O ahjussi pula. Aku mula terfikir.

“Bagaimana dengan mereka yang lain?” Tanyaku. Lantas aku memandang Yixing.

“Mereka akan ikut kita. Mereka dah bersiap. Cuma kau je yang belum.” Jawab Yixing.

“Sampai bila?” Tanyaku.

“Sampai kau melahirkan dia. Kita mesti bertolak sekarang. Sepenuhnya kau akan tahu apa yang bakal berlaku bila kau dah sampai di sana.” Kata Yixing. Yixing memegang tanganku.

“Aku akan jaga kau.” Katanya dengan serius.

“Sowon? Mana adik aku?” Tanyaku dengan dingin.

“Aku yakin, kau dah bersedia untuk berjumpa dengan dia.” Ujar Yixing.

“Sowon tak mati, Sojung. Sebab itulah punca kenapa perlu membina makam untuknya.” Jelas D.O ahjussi.

“Jadi, Sowon masih hidup? Baguslah. Bawa aku berjumpa dia.” Kataku lantas mengarahkan Yixing membawaku untuk berjumpa Sowon.

“Tapi ada syaratnya, ikut kami pulang. Bumi tengah mansion perlu dipulihkan.”

“Baiklah, aku ikut kau balik.”

"Chanyeol?” Fikirku.

"Aku boleh tinggal disini, tunggu sampai dia balik. Lepas memaklumkan kau dah balik ke Demon Forest, aku pun akan balik ke sana. Jangan risau.” Sampuk Namjoon. Aku memandang Namjoon dengan anak mata bergetaran.

“Aku menyusahkan kau ke selama ni, Namjoon?” Tanyaku.

“Tuan Puteri tak pernah menyusahkan sesiapa.” Jawabnya dan senyum manis kepadaku.

“Namjoon, bila mereka balik nanti terus bawa mereka ke Winter Forest. Ini satu arahan.” Tegas Yixing mengarah Namjoon.

“Baiklah, Raja PJC.” Jawab Namjoon.

Like seriously, Namjoon?!” Jengkel SinB ahjumma. Lantas memutarkan anak matanya.

“Habistu? Nak panggil nama penuh?” Marah Namjoon.

“Sudahlah tu.” Kataku dan D.O ahjussi serentak. Yixing tak berkata apa-apa. Hanya..

“Jom. Mereka dh sampai. Jadi kita perlu segera sampai di sana.” Tegas Yixing. Lantas menarik tanganku pergi. D.O ahjussi memakai pakaian asalnya dan SinB ahjumma berubah kepada bentuk Naga. Kami pun mulai pergi.

“Haih, aku jugak yang kena tinggal.” Keluh Namjoon.

TBC

Maaf agak pendek. MD dalam proses utk ke arah final chapter. Terima kasih kerana sudi membaca.

『COMPLETE√√』《 MANSION DESTINY 》 ♡ EXO FT GFRIEND ♡Where stories live. Discover now