8 : Prince Yeol Or Park Chanyeol?

224 10 3
                                    

Prince Yeol
Or
Park Chanyeol

Choose who I am

***

Mempersembah Chapter 8. Okey, ada yg komen "bila nak update". So, saya rasa readers yg tak komen pun tunggu next chapter. 😌 saya akan sambung sebaik mungkin. Tq for read.

***

Tempat : Istana Werewolf Mansion
Sowon's POV

Aku akhirnya menjejakkan kakiku disini. 150 tahun telah berlalu lamanya aku tinggalkan tempat ini. Bagaimana Putera Yeol? Sudah dewasakah dia? Ataupun sudah tuakah dia sekarang? Aku mara memasuki ke dalam istana. Suasana disini masih sama. Tiada apa yg berubah. Walaupun Park Jae Chan tiada disini, tradisi istana masih dikekalkan. Aku hanya berdiri memadang sekelilingku sehingga aku tidak sedar akan kehadiran seseorang menghampiriku.

"Permaisuri Park?" Tegur seseorang serta-merta membuatkan aku berpaling memandangnya dengan wajah bingung.

"Kamu permaisuri Park. Akhirnya, tuanku sudah pulang ke istana." Kata seorang lelaki yang menegurku sebentar tadi. Kelihatan dia seseorang yang sudah lama tinggal di istana ini.  Aku seperti mengenalinya.

"Maafkan saya, ahjussi ni siapa? Kita pernah berjumpa?" Tanyaku. Lelaki tua itu anggukkan kepalanya perlahan.

"Saya ahli sihir yang selalu bersama Raja Park. Sayalah yang mengetahui segala tentang tuanku dan ceritakannya kepada Raja Park." Jelas lelaki tua itu.

"Tapi ahjussi sudah tua. Sedangkan kenapa yang lain begitu masih muda? Termasuk istana ni?" Tanyaku lagi.

"Saya adalah ahli sihir, sudah semestinya setiap 'serigala jadian' yang menjadi ahli sihir, tenaga mereka akan disedut sehingga memamah usia." Jelas lelaki tua itu lagi.

"Istana ni masih kelihatan sama seperti dulu. Banyak kenangan. Dimana Putera Yeol sekarang ni, ahjussi?" Tanyaku menanyakan tentang Putera Yeol.

"Putera Yeol? Dia telah meninggalkan istana sejak 150 tahun lalu selepas tuanku diambil oleh penjaga tuanku sendiri. Bendehara Xiumin." Jelas lelaki tua itu lantas aku terkejut apa yang aku dengar.

"Dia pernah pulang ke sini atau pernah melawat?" Tanyaku ingin tahu.

"Tidak pernah. Selepas dia pergi, dia masih belum kembali. Melihat bayangnya di Werewolf Mansion juga tiada."  Jelas lagi lelaki tua itu. Aku menjadi hiba. Tiba-tiba terlintas di fikiranku untuk menanyakan sesuatu kepada lelaki tua itu.

"Ahjussi, boleh saya tanya beberapa perkara? Ianya sangat penting." Pintaku dengan berhati-hati.

"Tanyakan saja kepada saya, tuanku. Tapi sebelum itu, kita duduk dahulu dan kita sambung berbincang." Pelawa lelaki tua itu. Aku menganggukkan kepala dan duduk perlahan di sofa yang telah disediakan di bahagian kiriku. Dimana berada tempat memanaskan diri.

"Ahjussi, pasangan semula jadi bagi vampire adalah sama rata. Jika salah seorangnya mati akibat dibunuh atau bunuh diri, pasangannya itu akan melakukan perkara yang sama dan tak akan ada istilah 'patah tumbuh hilang berganti'. Tapi bagaimana pula dengan pasangan werewolf? Adakah ianya sama?" Tanyaku panjang lebar kepada Ahjussi.

『COMPLETE√√』《 MANSION DESTINY 》 ♡ EXO FT GFRIEND ♡Where stories live. Discover now