12 : Her Charming ❤ Yuju

242 10 0
                                    

Your black eyes that only saw me
Your nose that held the sweetest breath
Your lips that whispered
'I love you, I love you'...

***

Suho's POV

Aku disini, tersenyum seorang diri. Siapa sangka selepas kejadian hitam bagi Sowon pada 150 tahun lalu sudahpun bertukar arah. Aku gembira untuknya. Terasa kami mulai boleh bernafas dengan selesa. Tiada lagi lakonan mesra antara kami dan tiada dingin di antara kami lagi. Aku suka keadaan selesa ini.

Hidup Sowon telah bertukar arah. Aku yakin kaum vampire sudahpun mengetahui tentang hubungan palsu kami telah diputuskan. Aku tidak peduli, aku akan lindungi yeoja itu yang aku sudah anggap adik kandungku sendiri. Aku tak akan biarkan mate kepunyaannya dihancurkan lagi oleh Kim Jong Dae. NEVER!

Aku melepaskan keluhan berat. Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang sejuk melekat dipipiku. Aku membuka mata untuk melihat apakah ia. Ternyata seorang yeoja yang menarik perwatakannya mendekatiku dengan melekatkan air tin coke yang sejuk dipipiku. Aku senyum tanpa menyambut air tin yang dihulurkan kepadaku.

"Panas kan? Angin pun kurang bertiupan. Ambillah, sejukkan diri." Kata selamba yeoja itu. Aku senyum dan capai air tin yang diberikan kepadaku. Aku meneguk air yang berisi dalam tin itu perlahan. Ya, terasa sedikit segar.

"Oh ya, saya Choi Yuna. Panggil je Yuju. Awak?" Yeoja itu memperkenalkan dirinya kepadaku sambil tangan dihulurkan kepadaku. Aku menyambutnya lembut.

"Kim Jun Myeon. Just call me Suho." Jawabku sambil tersenyum. Senyumannya mula bertukar terkejut.

"Sejuknya. Malah awak pun tidak berpeluh. Kulit awak pun kelihatan agak pucat. Tidak berdarah." Ujar yeoja itu sambil melihatku. Senyumanku pudar dan aku melepaskan tangannya dan aku menjauhkan diriku darinya. Kelihatan yeoja agak serba salah bagai tidak senang duduk.

"Maaflah, saya cuma berjujur sahaja. Awak pasti sakit. Tapi, walaupun awak sakit awak tetap kacak dimata saya." Katanya selamba. Mataku membesar. Aku melihatnya dia yang tersenyum bila aku memandangnya.

"Awak kata saya kacak?" Tanyaku. Serta merta darah menyerbu wajahnya. Got you! Jelas kelihatan dia cuba mengawal keadaan dengan menggaru kepalanya. Padahal tak gatal pun. Hati dia yang gatal ni ~

"Mian, mulut saya terlancang sangat berkata. Maafkan saya." Katanya sambil menekup mulutnya dengan telapak tangannya.

"Saya dah ingat awak. Awak yang berlari tiba-tiba langgar saya semalam kan?" Tekaku. Sengaja mahu mengusiknya, aku berpura-pura nak marah.

"Mana ada! Awak yang langgar saya tiba-tiba!" Jerkah yeoja ini tiba-tiba. Garang juga dia ni. "Bukan setakat langgar tapi peluk juga tu!" Katanya lagi. Mukanya merah.

"Oh nak tuduh saya buat sesuatu yang tak senonoh pada awak lah? Awak tu yang pandang saya tak berkelip lepastu siap sebut saya ni mate awak. Apa cerita?" Ujarku yang masih berpura-pura marah. Yuju terdiam seketika dan melihat anak mataku sedalam-dalamnya. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang berbeza pada tubuhnya. Sesuatu yang hangat tapi menyenangkan. Tidak tahu kenapa, aku sukakan rasa ini. Mataku juga tidak beralih dari terus menatap anak mata hitamnya yang bersinar. Bagai sesuatu magnet melekat pada diri kami.

『COMPLETE√√』《 MANSION DESTINY 》 ♡ EXO FT GFRIEND ♡Where stories live. Discover now