19 : Werewolf Tears

187 8 0
                                    

Hello readers? Apa khabar? Maaf baru selang beberapa hari author post bab seterusnya. Agak busy sedikit tapi masih ada masa utk full kan saving draft.

Pembaca, ada sesiapa peminat Kim Taehyung BTS? ada berita baik. Author akan post di penghujung chapter 19 - Mansion Destiny okey. Enjoy dulu baru baca berita.

***

Kim SoJung POV

"Neo? Kim Sowon?" Tanya Chanyeol kepadaku. Kemarahanku tiba-tiba saja pergi. Aku tahu Chanyeol berharap.

"You're wrong people, mian." Jawabku lantas menjeling ke arah D.O ahjussi dan SinB ahjumma. Kelihatan amaran diberikan melalui mata mereka. Aku memandang Chanyeol kembali.

"Then, who are you?" Tanya Chanyeol lagi. Matanya mula bergelinangan. Anak matanya bersinar melihat aku. Aku melepaskan keluhan dalam diam.

"Kim So Jung imnida." Jawabku lantas aku berpaling ingin pergi.

"Kim Sowon!" Panggil Chanyeol.

"Kim Sowon!!" Panggilnya lagi. Kedengaran tapak kasut mendekatiku dengan laju lantas lenganku ditarik kuat dan tubuhku dipeluk erat olehnya. Oh Tuhan, jantungku berdegup kencang. Maafkan aku,  Chanyeol.

"Lepaskan aku, sekarang." Kataku dengan mendatar dan dingin.

"Tidak. Aku tahu kau Sowon. Kim Sowon yang aku kenal." Kata Chanyeol dengan tersedu menangis.

'Let him go now, Sojung.'

"Aku bukan Sowon. Lepaskan aku." Kataku dengan nada lebih keras.

"No. I will not let you go again, Won." Kata Chanyeol yang masih teresak menangis. Sowon, begitu kau rapat dengan Chanyeol sehingga dia jadi sebegini. Aku rasa aku takkan dapat menandingi kau saat ini, Sowon. Aku menggunakan kekuatanku dan melepaskan Chanyeol dari terus memelukku. Dia terjatuh ke tanah.

"Aku Kim So Jung. Bukan Sowon yang kau kerap sebut itu. Ingat tu!" Jerkahku lantas mempercepatkan langkahku kembali masuk ke dalam kereta. D.O ahjussi dan SinB ahjumma turut memasuki ke perut kereta. Aku melihat Chanyeol dari dalam perut kereta. Jelas dia mengejarku. Aku memasang earphone kepunyaanku. Aku mendengarnya kerana aku juga adalah sebahagian dari Vampire dan Werewolf.

"Sowon!!!" Jerit Chanyeol. Aku tidak menoleh. D.O ahjussi memarkirkan kereta dan menarikku keluar dari perut kereta dengan segera. Maafkan aku, Chanyeol.

***

Chanyeol's POV

"Sowon!!!" Aku menjerit dan kakiku cuba mengejar kereta itu tetapi tubuhku ditarik dan dikepung.

"Chanyeol, bertenang. Chanyeol!" Baekhyun cuba menyedarkanku. Aku tetap memandang kereta itu. Kereta itu diparkir berdekatan koridor yang berhampiran pintu menuju ke kelas. Aku cuba melepaskan diri tetapi mereka lebih kuat berbanding diriku.

"Sowon!!!" Jeritku lagi. Aku tahu mereka merupakan pelajar sekolah manusia ini melihatku dengan penuh keanehan.

"Chanyeol! Bertenang okey." Kata Baekhyun cuba menenangkanku. Aku menangis.

"Sowon. Itu Sowon, Baekhyun." Kataku dengan tangisan yang tidak dapat ku hentikan.

"Chanyeol, kau kena kuat diri kau. Kau kena terima hakikat. Dia bukan Sowon." Kata Sehun. Aku seakan mahu menjerit tetapi Baekhyun terlebih dahulu menutup mulutku.

『COMPLETE√√』《 MANSION DESTINY 》 ♡ EXO FT GFRIEND ♡Where stories live. Discover now