Aku berdiri di bus stop hadapan U, tengah tunggu ahjussi Lim untuk ambil aku.
Bunyi telefon menandakan mesej masuk mengalihkan perhatian aku.
From : Omma ♡
Yoonaya, jangan balik lewat. Malam ni omma dan appa nak bawa yoona dinner. Omma nak kenalkan kamu dengan seseorang.Aku mengerutkan dahi.
Macam tau-tau je lepas ni aku nak melancong kat shopping mall.
Tapi apa maksud omma nak kenal kan aku dengan seseorang?
Huh kawan dia kut.
Aku simpan telefon bimbit balik dalam beg.
Semasa aku mendongak, aku tak sengaja terlihat 2 orang namja sedang berjalan sambil berpegangan tangan. Muka diorang bukan main happy lagi.
Bila aku perhatikan betul-betul,
Hahhhh,
Itu Kim Taehyung dan siapa rambut blonde? Err Park Ji..min? Hah yakin je dia lah tu.
Rasa nak muntah lah pula tengok kemesraan diorang.
Betul lah khabar angin tu cakap yang diorang tu gay.
Yucksss.
***
Aku membelek penampilan aku di hadapan cermin. Aku just pakai dress merah paras paha. Tak ketat sangat dan tak mendedahkan bahu.
Dah cukup cantik dah ni, bukan cukup tapi lebih sangat cantik. Wuahahaha.
Aku ambil tas tangan dan meluru keluar dari bilik selepas memakai mekap simple.
"Wah adik oppa cantik macam ni nak ke mana?"
Yoongi oppa yang baru keluar dari dapur memandang aku dari atas ke bawah. Dasar abang byuntae -.-
"Kau tak payah sibuk lah, tepi!" aku tolak dia pergi tangga.
"Yelah yelah, by the way oppa just nak cakap good luck." dia smirk sebelum naik ke bilik.
Aku buat muka tertanya-tanya.
Good luck apa? Setahu aku exam lama lagi. Huh abaikan je lah.
"Yoona dah siap ke?" muncul wajah omma dari ruang tamu.
Aku hanya mengangguk.
"Wah cantiknya anak appa." appa memuji, aku tersipu-sipu malu ceh.
"Jom jalan." omma dan appa berlalu keluar dari rumah, aku ikut mereka dari belakang.
***
Golden Star Restaurant
Aku memandang wajah yang tak ku kenal di hadapanku. Kedua-duanya sebaya omma dan appa.
"Yoona, ni kawan omma masa sekolah menengah dulu, panggil aunty Kim." omma memulakan perbualan, aku memberi senyuman manis kepada aunty Kim serta suaminya di sebelah.
"Aunty dan uncle Kim ni sebenarnya ada hajat nak jumpa Yoona." kata omma, dia memandang aunty Kim, menunggu aunty Kim untuk menyambung selanjutnya.
Dah agak dah, tiba-tiba nak kenalkan aku dengan kawan omma, memang sah lah bersebab. Hmm.
Aku pandang aunty Kim, wajahnya kelihatan ragu-ragu untuk bercakap.
YOU ARE READING
Married To Mr. G?! [ KTH ] ✔
Fanfiction[COMPLETED] [RE-EDIT] Aku gelar dia Mr.G, Gila? Gemuk? Tak! Tapi Mr ... Ini kisah aku yang dipaksa kahwin dengan seorang lelaki sombong, kaya, berlagak, takde perasaan dan paling penting G** ! Highest ranking #5 in fanfiction