Part 17 - Meet Oh Sehun

4.4K 365 18
                                    

Aku, Jisoo dan Jihyo melepak di cafe tempat biasa kami pergi. Memandangkan hari ni kami free jadi enjoy lah sekejap. Taehyung pula sibuk siapkan assignment dia yang berlambak dekat library.

"Jadi macam mana life kau sebagai isteri kepada seorang lelaki gay?" soal Jihyo sambil menghirup jus oren.

"Agak rumit. Mula-mula tu dia sombong nak mampus tapi sejak dia keluar hospital dia dah mula tegur aku." ujarku tersenyum bila teringat kembali hubungan aku dengan Taehyung yang semakin rapat.

"Bagus lah tu, aku rasa dia dah berubah." kata Jisoo.

"Hm aku tak rasa yang dia tu gay. Ye lah memang lah dia tak rapat dengan perempuan dan hanya layan lelaki tapi aku rasa ada sesuatu yang membuatkan dia jadi macam tu." ujarku, memang ada sesuatu yang tak kena dengan Taehyung.

Sepanjang aku mengkaji tentang lelaki gay ni, salah satu faktor kenapa lelaki jadi gay ialah dikecewakan oleh gadis yang mereka sangat sayangi.

"Maksud kau sesuatu yang berkaitan kisah lama dia?" kata Jihyo.

Aku mengangguk.

"Mungkin dulu dia terlalu sayangkan bekas kekasih dia, lepas bekas kekasih dia tinggalkan dia, dia kecewa dan tak percaya lagi dengan perempuan." jelasku, itu apa yang aku dapat daripada kajian aku.

"Macam mana kau tau?" soal Jisoo.

"Aku agak je."

"Kenapa kau tak tanya dia je?"

Aku menunduk, sudah sekali aku tanya tapi Taehyung tak nak jawab. Hmm.

Mungkin semua ni ada kaitan dengan Yerin?

Aku biarkan teka teki tu terus bermain dalam fikiranku. Aku mesti korek juga rahsia Taehyung.

Tak kira dengan cara apa sekalipun.

***

Aku berjalan mundar mandir menunggu seseorang. Sesekali ku toleh jam tanganku.

Beberapa minit selepas itu, kelibat orang yang ku cari muncul.

"Park Jimin!" panggilku seraya mendekati dia.

"Hai Yoona." sapa Jimin sambil tersenyum.

"Kau free ke?" soalku.

"Ya, kelas saya dah habis untuk hari ni." ujarnya, bagus. Lalu aku tarik dia menuju ke kafe.

Sampai di kafe, kami duduk bertentangan.

"Ada apa-apa yang awak nak bincang ke?" soal Jimin, dia pandang aku pelik.

"It's about Taehyung."

Dia mengerutkan dahi.

"Kenapa dengan Taehyung?"

"Tell me more about him."

"But why? Don't tell me yang awak ada pera-"

"Ah lupakan perasaan. Bagitau je apa hubungan kau dengan dia, korang pernah berkiss ke belom and else, cepat." arahku, terdesak sangat dah aku ni.

Jimin ketawa selepas mendengar soalan aku.

"kenapa kau ketawa?"

"Okey maaf. Jadi awak percaya khabar angin yang mengatakan Taehyung tu gay?" soal Jimin. Eleh mamat ni, aku tanya dia, dia tanya balik.

"Macam mana tak percaya kalau dah jelas depan mata kemesraan korang berdua." ujarku.

"Takkan lah sebab tu je awak ingat dia gay?"

"Kau ni tak membantu lah." aku menyilangkan tangan.

"Hahaha ye lah saya bagitau." ujar Jimin. Aku mula fokus pada dia.

"Sebenarnya-"

"Jimin!"

Tiba-tiba seseorang memanggil Jimin.

Aduhhhh gantung betul lah! Aku mengetap gigi geram.

Taehyung mendekati kami. Kenapa kau muncul time-time macam ni?

Dia pandang aku tajam.

"Kenapa korang berdua kat sini?" soalnya serius.

Ahh dia jeles lah tu sebab aku rapat dengan Jimin dia.

"Tak boleh ke?" soalku balik.

"Berdiri." arah Taehyung. Sukati dia je mengarah aku -.-

Aku masih duduk seperti tadi.

Tiba-tiba dia menarik tangan aku untuk berdiri, aku sedikit terkejut.

"Aku pergi dulu Jimin." ujarnya lalu menarik aku jalan bersamanya.

Dia membawa aku keluar dari kafe.

"Lepaslah, awak nak bawa saya pergi mana?" kataku sambil cuba melepaskan tangan dari genggaman dia yang kuat.

"Sakitlah!" aku menarik tanganku sekali lagi, kali ini dia lepaskan. Dia menghadap aku.

"Aku tak nak kau rapat dengan Jimin lagi." dia bagi amaran. Wajahnya tegang.

Aku smirk,

"Awak takut saya rampas Jimin dari awak ke?"

Dia diam seketika..

"Sampai bila awak nak jadi macam ni? Kenapa nak terus jadi gay? Awak tahu tak saya ni isteri awak? Tolong lah buka hati awak tu untuk mencintai yang sepatutnya dan bukan lelaki tu." kataku dengan nada sedikit tinggi. Aku harap dia makan lah nasihat aku ni.

Dia pandang aku tajam,

"Sebab kau isteri aku lah aku tak nak kau rapat dengan dia!" jeritnya, aku tersentak. Apa maksud dia?

Belum sempat aku membuka mulut, dia berlalu meninggalkan aku.

"Taehyung oppa!" panggilku tetapi dia hanya abaikan aku.

Aku berlari mengejar dia yang semakin jauh di hadapan,

"Tae-"

Bukk

Aku terlanggar seorang lelaki yang berbadan agak sasa membuatkan aku terjatuh.

Bontot aku tercium tanah, auch sakit woo.

"Mianhae, saya tak nampak awak tadi." ujar lelaki yang terlanggar dengan aku.

Suara tu macam kenal, O.O

Aku mendongak,

"Oh Sehun?!"

"Min Yoona?!"

Kami berkata serentak. Masing-masing terkejut seperti terkena renjatan elektrik.

-----

TBC

Jeng jeng jeng ...

Married To Mr. G?! [ KTH ] ✔Where stories live. Discover now