Part 23 - The Flower

4.3K 323 8
                                    

"Happy Birthday Yoona!" ujar mereka yang hadir di party birthday ku.

Aku tersenyum gembira. Omma memeluk aku, begitu juga dengan appa. Yoongi oppa juga datang memeluk aku. Mereka melepaskan pelukan. Kemudian Jisoo dan Jihyo memeluk aku.

"Happy Birthday Yoona!" ujar mereka berdua.

"Terima kasih." ujarku.

Namun aku agak sedikit kecewa kerana kelibat orang yang aku inginkan sangat berada bersamaku tiada. Aku tercari-cari wajah tersebut,

Sehinggalah aku nampak seorang lelaki membelakangiku, aku tersenyum sambil mendekati lelaki itu.

"Taehyung!" laungku teruja. Lelaki itu berpaling,

Langkahku terhenti, terkejut dengan lelaki yang aku sangkakan Taehyung itu,

"Oh Sehun?"

"Hai Yoona. Happy birthday!" kata Sehun sambil memeluk aku. Aku masih kaku tidak tahu ingin berkata apa.

Semasa dalam pelukan Sehun,

Aku nampak Taehyung berada tidak jauh di belakang Sehun, dia memegang bunga, wajahnya kelihatan kecewa melihat aku dalam pelukan Sehun. Cepat-cepat aku menolak Sehun, pelukan terlerai. Namun sudah terlambat, Taehyung berlari meninggalkan kami.

"Taehyung!!" jeritku sambil mengejar dia.

"Taehyung tunggu, I can explain!!" dia langsung tidak menoleh, perlahan-lahan kelibatnya hilang dari pandanganku.

Aku terduduk dan menangis.

"Taehyung!!" aku terbangun dari tidur, aku pandang ke kiri dan kanan. Masih di bilik tidur.

Fuhh mimpi rupanya!! Aku mengurut dada. Gila punya mimpi, kenapa budak Sehun tu mesti muncul, dalam mimpi pun masih nak ganggu aku ke? Erghh.

Aku menoleh melihat jam loceng, jam 8AM, mataku tertancap pada sticky note terlekat atas meja kecil.

Aku mengambil sticky note tersebut,

'saya ada kelas awal, sorry tak kejutkan, awak lena sangat sampai berliur. ILY. -kth-'

Aku ketawa, dalam masa yang sama aku kecewa, kecewa kenapa? Sebab hari ni hari jadi aku, aku nak sangat Taehyung orang first yang wish aku.

Ku capai telefon bimbit,

On data, banyak mesej masuk.

Ku buka mesej dari Jisoo dan Jihyo.

Aku tersenyum sendiri membaca wish diorang. Terharu gak sebab diorang dua antara yang awal wish.

Perasaan kecewa muncul bila terbaca mesej dari omma yang mengatakan dia dan appa busy dan tak dapat datang rumah aku T^T

Lepas baca dan balas semua wish, aku keluar dari bilik. Sunyi pula aku rasa, selalunya masa birthday aku, omma, appa dan Yoongi akan buat kejutan sebaik sahaja aku bangun dari tidur. Heh rindu lah kat diorang.

Aku melangkah ke dapur untuk minum air.

Ting tongg!

Bunyi loceng rumah ditekan, aku punyalah excited ingatkan Taehyung yang datang, tapi hampa bila nampak Jisoo dan Jihyo berada dalam CCTV.

Aku buka pintu.

"Surprise!!" serentak Jisoo dan Jihyo menjerit. Mereka memeluk aku.

"Arghhh!" kami bertiga menjerit.

"Happy Birthday Yoonaaa!!" jerit mereka serentak.

"Thankyou babe!!" jeritku.

"Hah mari masuk, karang bangun jiran sebelah dengar kita teriak." sambungku, lalu menolak mereka masuk.

"Oh ya, nah bunga untuk kau, tadi aku nampak depan pintu sebelum kitaorang datang." ujar Jihyo lalu memberikan sejambak bunga besar kepada aku.

Mak aii besar betul bunga ni, aku meletakkan bunga besar tersebut atas meja ruang tamu. Sementara Jihyo dan Jisoo telah pun pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk birthday girl ni.

"Siapa kasi?" soalku dengan nada sedikit tinggi agar manusia-manusia dekat dapur tu dapat dengar.

"Aku tak tahu, dah aku kata tadi kitaorang nampak depan pintu rumah kau." ujar Jihyo.

Hmm aku membelek-belek bunga tersebut. Aku terlihat sekeping kad terletak kemas disebalik bunga tu. Aku mencapai kad tersebut. Lantas ku buka dan ku baca isinya,

'Happy Birthday Min Yoona, oppa will always love you. You are mine forever. Love, Oh Sehun.'

Mataku membulat, memang lah aku terharu sebab dia ingat birthday aku tapi semua tu dah takde makna. Kalau dia tak wish pun aku tak kisah. Aish Sehun ni buat kacau je. Dan lagi satu, macam mana dia tau alamat rumah aku? Ni mesti kerja Yoongi oppa. Erghh dia tu memang nak kena.

Aku letak balik kad tu pada kedudukan asal dia. Bunga tu pula aku sembunyikan kat dalam bilik aku. Nak buang tak sampai hati jadi biarkan je dia layu terperap dalam almari.

Aku keluar semula untuk mendapatkan Jisoo dan Jihyo.

"Jadi kau dah tau siapa yang kasi bunga tu?" soal Jisoo,

"Kalau aku cakap, korang jangan bagitau Taehyung tau?" kataku, mereka berdua serentak memandang aku.

"Kami janji!" ujar mereka serentak. Masing-masing tak sabar.

"Oh Sehun." ujarku, mereka terkejut.

"Apesal mamat tu tiba-tiba bagi bunga?"

"Mana lah aku tau."

"Dia tau ke kau dah kahwin?"

"Sudah, tapi dia tak percaya."

"Macam mana dia tau?"

"Kitaorang terserempak kat U hari tu."

"Kau jumpa dia kau tak bagitau kitaorang pun." mereka muncung.

"Tak penting pun." balasku.

"Alah cakap sahabat, macam ni ke sahabat?" Jisoo kata sambil menyilangkan tangan. Dah mula dah -..-

"Okey lah, aku cerita kat korang." akhirnya aku terpaksa lah begitau diorang dari A ke Z pasal pertemuan aku dengan Sehun tempoh hari.

Memang lah kalau sama diorang berdua ni tak boleh berahsia lama-lama. Pasti diorang akan tahu juga -..-

"Jadi, kau macam mana?" soal Jihyo setelah cerita aku tamat.

"Macam mana apa?" soalku semula.

"Kau masih ada perasaan dekat Sehun ke?"

"Tak, perasaan aku dah lama mati untuk dia."

"Cewahh, ni mesti sebab mamat gay tu kan?" kata Jisoo, serentak itu dia dapat tamparan dari Jihyo.

"Kan Yoona kata dia tu tak gay, maknanya tak lah." kata Jihyo memarahi Jisoo.

"Yelah aku main-main jelah. Sakit lah kau tampar." Jisoo mengusap pipinya. Dia beri pandangan tidak puas hati kepada Jihyo.

"Apa? Kau nak mengadu dekat Jin oppa kau tu? Pergilah, aku tak kisah. Bluerk." Jihyo menjelirkan lidah. Jisoo memuncung.

"Dah lah korang, tak payah gaduh. Mari makan!!" ujarku, kalau nak biarkan diorang bertikam lidah, sampai esok pun tak habis.

Kami segera makan. Aku harap sangat kejadian dalam mimpi aku tadi tak jadi kenyataan. Aku tak nak hubungan aku dan Taehyung terjejas hanya kerana kehadiran lelaki bernama Oh Sehun tu. Fuhh jauh-jauh kan lahh.

-----

TBC

Married To Mr. G?! [ KTH ] ✔Where stories live. Discover now