Part 14 - Hospital II

4.5K 374 18
                                    

Aku berlari anak menuju ke wad Taehyung dengan perasaan gembira sambil membawa sebuah permainan catur.

Catur ni aku curi dari atok wad sebelah masa dia tengah syok tidur.

Actually tak curi pun, just pinjam je.

Sebelum tangan aku sempat membuka pintu, aku terdengar Taehyung bercakap dengan seseorang. Aku mengintip disebalik tingkap kaca kecil pada pintu.

Dia bercakap dengan seseorang melalui telefon. Aku lekapkan telinga pada pintu.

"Tak payah lah risau sangat, aku okey je. Maybe esok aku dah boleh discharged. Ye, aku pun rindu kau juga Jimin. Okey, nanti aku call kau balik. Muahh."

Yuckss, aku di sini dah nak termuntah dengar perbualan dia. Mamat ni tak insaf-insaf lagi ke? Geli aku.

Lepas yakin dia dah tamatkan call, aku membuka pintu. Senyuman paling manis ku pamerkan.

"Taehyungie oppa~" ujarku riang. Aku mengambil tempat duduk di sebelah dia. Ku letakkan papan catur atas meja makan. (korang pun tahu kan katil hospital tu macam mana, meja makan dia tersedia kat hujung katil).

"Apa ni?" soal Taehyung.

"Makanan." tanya lagi, dah terang lagi bersuluh catur.

Taehyung hanya diam.

"Mesti awak bosan kan? Jom lawan." kataku.

"Ugh benda macam ni aku dah pro." ujarnya berlagak.

Aku me'rolling-eyes'.

"Eleh, belum lawan belum tau. Mungkin saya dapat kalahkan awak." aku smirk, dia pun smirk juga.

Kami pun memulakan permainan. Aku gerakkan 'askar-askar' aku dengan yakin. Taehyung pula hanya releks jalankan 'tentera-tentera' dia.

Pada akhirnya, 'askar-askar' aku betukar menjadi 'askar' sahaja.

"Tak nak lah saya main." aku tolak papan catur tu ke tepi. Aku muncungkan bibir.

Taehyung ketawa kecil melihat tingkah aku.

Aku pandang Taehyung, tak pernah aku tengok dia ketawa sebab aku. Hati dia dah terbuka ke?

"Asal awak ketawa? Tak lucu lah." aku buat-buat merajuk.

"Aku dah cakap kan aku ni pro." dia smirk. Ish bengang pula aku.

"Takpelah kalau macam tu. Saya mengaku awak memang pro." aku berdiri nak kemaskan balik catur tu. Nak pulangkan kat atok wad sebelah.

"Aku keluar dulu, nak balikkan catur ni, mesti atuk kat wad sebelah tu tengah cari."

"Kau curi ke?"

"Kalau aku curi, aku takkan pulangkan balik, okey?" ujarku lalu meninggalkan Taehyung.

Aku tersenyum kecil, dia dah mula berkomunikasi dengan aku. Ceh.

***

"Kamsahabnida." aku senyum dan bow kepada jururawat yang bawa masuk makanan Taehyung. Sudah tiba waktu makan malam.

Usai jururawat tu keluar, aku mendekati Taehyung.

Dia memandang kosong ke arah makanan hospital. Huh tak suka lah tu. Tapi muka dia ni nampak kelaparan.

"Makan cepat sebelum sejuk, nanti kalau dah sejuk tak sedap." ujarku.

Belum sempat Taehyung mencapai sudu, aku terlebih dahulu merebut.

Married To Mr. G?! [ KTH ] ✔Where stories live. Discover now