Malam itu Sehun mengajak aku keluar dinner. Dia kata ada sesuatu nak bagitau aku.
Sehun siap tempah meja khas untuk kami berdua.
Selepas mengambil order Sehun memandang aku.
"Banyak awak pesan. Patutlah oppa tengok awak dah makin chubby." usik Sehun. Aku tersengih.
Bukan sebab banyak makan tapi sebab manusia dalam kandungan aku ni semakin membesar.
"Btw apa oppa nak bagitau saya?" soalku.
"Nanti oppa bagitau lepas makan."
Aku hanya mengangguk faham.
***
Selesai sahaja makan, Sehun memandang aku.
Pandangan dia tu macam lain je. Takut pula aku nak lihat.
"Cepatlah bagitau, apa awak nak cakap?" soalku tidak sabar.
"Sebelum tu oppa nak tanya sesuatu."
"Tanya apa?"
"Awak anggap saya ni apa?" soal Sehun serius.
"Er kawan yang baik."
"Itu je?"
Aku mengangguk.
"Awak takde langsung perasaan kat saya?"
"Apa sebenarnya awak nak cakap ni Sehun?"
Aku sudah menyampah bila dia ungkit pasal perasaan ni. Aku dah tegaskan balik-balik yang kitaorang hanya kawan tapi dia tetap degil.
"Yoona, dengar sini. Saya dah buat segalanya untuk awak, macam ni awak balas saya?"
"Saya tak faham maksud awak. Kan saya dah cakap sebelum ni yang kita hanya kawan."
Keadaan sudah semakin tegang.
"Kenapa susah sangat awak nak terima saya balik? Yoona, saya nak jadikan awak isteri saya." ujar Sehun separuh mendesak.
"Saya tak boleh, saya masih isteri Taehyung."
"Kau masih sayang dia?"
Aku tersentak sebab Sehun yang lembut dah bertukar kasar. Aku menggeleng.
"Habis tu kenapa tak minta cerai je? Kalau kau dah tak sayang dia kau akan datang jumpa dia nak minta cerai!" Sehun sedikit menjerit. Aku tersentak. Air mata aku bertakung. Memang kalau mengandung ni cepat betul emosi.
Betul cakap Sehun, kalau aku dah tak sayang Taehyung, aku akan minta cerai, tapi kenapa berat betul hati aku nak tamatkan perkahwinan kami.
"Yoona, saya minta maaf sebab kasar dengan awak tadi. Saya tak dapat control kemarahan saya." ujar Sehun sambil berdiri mendekati aku.
"Tak jangan dekat saya." aku menjauhkan diri dari dia.
"Mianhae Yoona. Saya janji takkan marah awak lagi."
"Saya cuma nak awak berhenti berharap dengan saya, perasaan saya terhadap awak dah lama mati. Walaupun awak cuba sekalipun, awak takkan berjaya, Sehun." kataku dalam tangisan. Sehun menunduk seperti, entah apa yang bermain dalam fikiran dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/128512285-288-k570649.jpg)
YOU ARE READING
Married To Mr. G?! [ KTH ] ✔
Fanfiction[COMPLETED] [RE-EDIT] Aku gelar dia Mr.G, Gila? Gemuk? Tak! Tapi Mr ... Ini kisah aku yang dipaksa kahwin dengan seorang lelaki sombong, kaya, berlagak, takde perasaan dan paling penting G** ! Highest ranking #5 in fanfiction