Hari ni dah tiba, pejam celik pejam celik, tak sangka sekejap je masa berlalu. Tak sampai sejam lagi aku bakal jadi isteri orang.
Aku sedang berdandan di hadapan cermin. Simple je sebab kalau lawa pun, Taehyung tu bukannya terpikat pun. Dia kan gay.
"Fighting!" sorak ku kepada diri sendiri.
***
Aku berjalan di sepanjang aisle, appa berada di sebelah untuk mengiringi aku. Aku boleh nampak Kim Taehyung sedang memandang aku dengan tajam. Takde senyuman langsung.
Perkahwinan ni hanya ahli keluarga terdekat je yang tahu, aku tak jemput kawan-kawan aku begitu juga dengan kawan-kawan Taehyung. Kalau boleh kami nak rahsia kan perkahwinan ni.
Malu lah aku bila orang dapat tahu aku kahwin dengan gay. Huh.
[skip]
"I do." ujar Taehyung,
"You may kiss the bride."
Gulp aku telan air liur.
Tanpa ragu-ragu Taehyung mengucup bibir aku. Aku tersentak, cara dia kiss ni macam ada pengalaman lah pula. Macam bukan gay ahh tapi dia memang gay pun.
Ciuman ditamatkan. Aku melihat muka dia yang sememangnya takde reaksi. Aku pula yang malu.
Arghhhhh aku dah kahwin!!!
***
Kim's mansion
Hari ni aku kena tidur kat rumah dia. Malam pertama dekat rumah dia? Huh aku akan buat supaya dia sentuh aku malam ni. Hahaha.
Aku berjalan menaiki tangga untuk ke bilik Taehyung, maksud aku bilik kami.
Sampai sahaja di tingkat atas, aku tertarik untuk melihat gambar-gambar yang tersangkut pada dinding ruang tamu.
Gambar Taehyung dan parents dia.
Mak ai, comel nya Taehyung masa dia kecik. Aku rasa mak dia mesti menyesal lahirkan dia bila dapat tahu dia membesar menjadi gay. Huhu kejam nya kau Yoona.
Tiba-tiba pintu bilik sebelah aku terbuka.
Aku terkejut sedikit,
Terpancar wajah Taehyung yang serius tu.
"Taehyung!" ujar ku riang.
"Kau nak masuk?" soal Taehyung
"Ya, awak dah nak tidur ke?" soalku balik.
Taehyung hanya menggeleng.
"Masuk lah."
Tanpa sebarang kata, aku masuk dalam bilik dia.
Besar juga bilik dia ni, lebih besar dari bilik aku tapi takde pun ciri-ciri yang menunjukkan dia gay. Bilik dia macam bilik lelaki biasa.
Aku duduk atas katil, dia menuju ke almari, entah apa dia buat.
"So, lepas ni kita akan tidur sebilik lah kan?" soalku.
"Hmm."
Tu je dia balas?
"Kenapa awak ni sombong sangat? Cakap lah dengan saya." aku berdiri mendekati dia.
"Nothing to say." balasnya. Aku mendengus geram.
Aku menolak dia ke dinding dan mengunci dia.
"Saya akan pastikan yang awak akan layan saya macam yang sepatutnya awak layan." aku smirk.
Dia tolak aku ke belakang, aku terundur sedikit.
"Kalau kau ada niat nak goda aku, buang je lah niat tu sebab aku memang tak ada selera dengan gadis macam kau ni." dia jeling aku lepastu keluar dari bilik.
Aku berdiri kaku, tak percaya dengan apa yang dia cakap. Hahhh dia tolak aku mentah-mentah? Heyy takde siapa pernah tolak aku macam tu lah. Ini Min Yoona lah, kau tunggu je lah Taehyung.
Aku tersenyum penuh makna.
***
Jam menunjukkan pukul 10 , aku yakin lepas ni Taehyung akan masuk bilik. Aku dah sedia berpakaian seksi berharap Taehyung akan tergoda dengan aku.
Beberapa minit kemudian, pintu dibuka dari luar. Aku pura-pura sedang berhias depan cermin.
Dia menuju ke katil dan terus baring tanpa menoleh sedikitpun ke arah aku.
Aku berdiri dan duduk di sebelah dia.
"Taehyung oppaa~" kataku dengan gedik, ew aku tak dapat bayangkan betapa gediknya aku sekarang ni.
"Oppaa yaa ~" ujar ku lagi, suaraku sengaja ku lembutkan.
Aku menggerakkan tubuh Taehyung. Dia terbangun dan memandang aku.
"Kau kenapa?" soalnya dingin.
"Marilah teman saya bercerita." pujukku lembut.
"Aku ada kelas awal pagi esok." dia terus pejamkan mata dan naikkan selimut hingga menutup muka.
Aku menggulingkan bola mata, kenapa lah susah sangat nak tarik perhatian lelaki gay. Cuba kalau aku ni lelaki, dah lama kut dia pergi peluk aku.
Aku baring disebelah dia, aku sengaja peluk pinggang dia.
Dia tolak tangan aku, pelukan aku terlerai.
Tapi aku tak mengalah, aku peluk dia sekali lagi.
Sekali lagi dia tolak kasar tangan aku.
Sebelum sempat aku nak peluk buat kali ketiga, dia berdiri.
"Kau jangan harap boleh goda aku dengan buat macam ni. Kalau kau tak nak tidur luar, baik kau jangan ganggu aku." usai dia berkata dia menuju ke arah sofa besar, dia baring atas sofa tu.
Aku menjeling, ugh boleh pula dia cakap macam tu.
Rasa diri aku ni terhegeh lah pula, hahhh lantak lah, memang tujuan asal aku nak pikat dia pun.
Aku menarik selimut untuk tidur. Dia ingat dia sorang je ke ada kelas pagi? Aku pun ada lah ngokk.
-----
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/128512285-288-k570649.jpg)
YOU ARE READING
Married To Mr. G?! [ KTH ] ✔
Hayran Kurgu[COMPLETED] [RE-EDIT] Aku gelar dia Mr.G, Gila? Gemuk? Tak! Tapi Mr ... Ini kisah aku yang dipaksa kahwin dengan seorang lelaki sombong, kaya, berlagak, takde perasaan dan paling penting G** ! Highest ranking #5 in fanfiction