Part 24 - Birthday!

4.3K 369 13
                                    

Aku meluruskan rambutku yang kusut. Kemudian aku membelek-belek penampilanku di hadapan cermin.

Cantik, mekap ni pun menyerlahkan kecantikan aku. Ceh perasan. Aku melirik ke arah jam,

Sudah pukul 8 malam, tapi Taehyung belum balik.

Aku mendail nombor Taehyung, tetapi dia tidak mengangkat. Busy sangat sampai tak angkat call orang hmm.

Tiba-tiba panggilan masuk, aku punyalah excited ingat Taehyung yang call rupanya omma.

"Annyeong omma."

"Annyeong, Yoona dekat mana?" soal omma

"Rumah. Kejap lagi jalan. Tengah tunggu ahjussi Lim ambil Yoona."

"Ehh Taehyung mana?"

"Dia belum balik lagi hmm." ujarku dengan nada sedih.

"Sabar lah ye."

"Omma kat mana?"

"Kat restaurant, semua orang dah ada ni, birthday girl je takde." aku tersenyum. Ya, omma yang rancang buat majlis birthday aku kat restaurant, tapi majlis kecil je. Hanya keluarga dan teman terdekat yang datang.

"Nae, Yoona letak telefon dulu. Sarangahe." aku letak panggilan sebelum omma sempat membalas. Setelah panggilan dimatikan, satu mesej dari Taehyung masuk,

Aku tersenyum dan egera aku membaca isi mesej tersebut,

From Tae Oppa ♡
Saya tak dapat balik malam ni, banyak kerja nak kena buat. Jangan tunggu saya. Good night Kim Yoona, ILY.

Senyuman ku hilang, aku mengeluh berat. Dia ni berkerja pun belum, sibuk mengalahkan orang yang dah ada kerja pula.

Air mata aku terasa hendak mengalir tetapi aku tahan semampu yang boleh. Ku pandang pantulan wajah ku pada cermin.

"You are strong Yoona, be happy!" aku bersorak untuk diriku. Serentak itu loceng rumah dibunyikan.

Hah ahjussi Lim dah sampai.

Aku melangkah keluar dari rumah dan menaiki kereta yang dipandu ahjussi Lim menuju ke restaurant yang telah ditetapkan.

***

Bulletproof Restaurant

Dengan langkah yang berdebar aku masuk ke dalam restaurant, keadaan agak sunyi dan malap.

Kaki ku mencecah pada suatu ruang khas yang ditempah oleh keluargaku. Sebaik sahaja aku tiba di ruang itu.

Lampu terbuka lalu nyanyian happy birthday dinyanyikan,

Aku tersentak,

"Happy Birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Yoona, happy birthday to you~"

Semasa mereka menyanyi, air mataku serta merta mengalir, terharu melihat mereka yang datang untuk menyambut birthday aku.

Wajah omma, appa, Yoongi oppa jelas kelihatan, omma dan appa Kim turut ada bersama, begitu juga dengan Jisoo, Jihyo dan beberapa orang sepupuku, Eunji, Naeun, Ilhoon dan Sungjae.

Setelah lagu tamat, mereka semua menepuk tangan dengan kuat. Kejap macam ada yang kurang,

Kek mana? Kenapa takde kek?

Mataku melilau atas meja mencari kek namun kelibat benda tu takde.

"Happy birthday to you ~ happy birthday to you ~ happy birthday to Kim Yoona ~ happy birthday to you."

Aku tersentak setelah terdengar seseorang menyanyi di belakang ku.

Suara tu! Aku kenal suara deep tu. Aku pantas berpaling ke belakang,

Taehyung sedang memegang kek sambil tersenyum manis ke arah ku.

Air mataku semakin deras, aku kaku tak tau nak kata apa, bercampur baur perasaan yang aku rasa.

Marah sebab dia tipu aku kata ada kerja, sedih sebab dia kata tak dapat datang, happy sebab dia ada dekat sini.

Taehyung mendekati aku,

"Stop crying." ujar Taehyung, tangan kanannya menyeka air mataku.

"Oppa jahat." aku memukul dadanya.

"Wae? Oppa ada buat salah ke?" dia buat-buat tak tahu.

"Awak banyak buat salah dengan saya hari ni. First awak lupa birthday saya, second awak tinggalkan saya sorang-sorang dekat rumah, last sekali awak tipu saya. Awak jahat." aku memukul-mukul dada dia. Taehyung hanya tergelak. Dia memegang tanganku menyuruh berhenti.

Aku berhenti memukul dia,

"Mianhae, bukan niat saya nak abaikan awak. Saya tak lupa birthday awak, saya sengaja buat-buat lupa. Awak tak tau betapa terseksanya saya untuk bertahan supaya tak jumpa awak. Mianhae sebab tipu awak, semua tu hanya sebahagian dari rancangan saya." kata Taehyung, dia tersenyum kecil.

Oh jadi dia yang rancang semua ni?

"Jadi awak sengaja nak dera saya?" soalku,

"Saya pun terdera juga sebab menahan rindu." ujar Taehyung lembut. Aku tersipu malu.

"Sekarang make a wish, lilin-lilin ni dah nak terpadam." Taehyung menghalakan kek di hadapan aku.

Aku menutup mata,

Aku harap kebahagiaan ini akan kekal, dan aku mahu Taehyung sentiasa berada di sisi aku, sayangi dan mencintai aku selamanya.

Aku membuka mata semula dan ku tiup lilin-lilin tersebut. Aku pandang wajah Taehyung yang tersenyum dari tadi. Kek diletakkan di tepi.

"Gomawo Tae oppa ~" ujarku.

"Gomawo?"

"Sebab buat saya happy."

"I like to see you happy dear." Taehyung merangkul tubuhku.

"I love you Kim Yoona."

"I love you too Kim Taehyung."

Taehyung mengucup lembut bibir aku. Aku membalas balik kucupan dia.

Kedengaran bunyi-bunyi orang bertepuk tangan dan suara-suara gatal suruh aku dan Taehyung dapatkan bilik. Ceh.

-----

TBC

Married To Mr. G?! [ KTH ] ✔Where stories live. Discover now