Setibanya di mansion Min,
"Omma!!" jeritku girang apabila terlihat wajah omma. Aku peluk erat tubuh omma yang sememangnya aku sangat rindukan.
"Appa!!" aku beralih pula pada appa yang berada di sebelah omma.
Air mataku mengalir,
"Eh jangan lah nangis. Dah jadi isteri orang tak boleh lah manja lagi." kata omma sambil tersenyum.
Aku menyeka air mata, lama dah aku tahan rindu ni.
Kemudian aku peluk pula omma dan appa Kim, mereka pun aku rindu juga.
Yoongi oppa yang baru turun dari tangga ku peluk erat, dia ni pun aku rindu sekali, partner aku gaduh dulu dimana sekarang ni tugas dia dah diambil alih oleh Taehyung.
***
Makan malam riuh dengan gelak tawa kami, mana lagi dengan usikan Yoongi yang tak henti-henti, omma Kim yang tak henti-henti bercakap dari awal, appa dan appa Kim yang kuat ketawa dan omma yang memarahi Yoongi sebab gurauan over dia.
"Jadi Taehyung, macam mana hidup dengan adik aku? Kau dah jatuh cinta belom?" soal Yoongi oppa setelah keadaan senyap. Taehyung yang hanya mendiamkan diri dari tadi tersedak mendengar soalan Yoongi oppa.
Omma memukul lengan Yoongi oppa kerana menanya soalan seperti itu.
"Apa kamu mengarut ni Yoongi?" bisik omma, tapi aku masih dapat mendengar bisikan tu.
"Betul lah, dia tu ga-" belum sempat Yoongi menghabiskan ayatnya, omma memukul kepala Yoongi oppa menyebabkan dia mengadu kesakitan.
"Maaf atas pertanyaan Yoongi tadi, dia ni suka sangat bergurau." ujar omma lalu ketawa, yang lain juga ketawa kecuali aku dan Taehyung.
Aku memandang Taehyung, dia hanya tersenyum kelat.
Kau tunggu Yoongi!
***
Setelah selesai makan, kami semua berkumpul di ruang tamu untuk meluangkan masa bersama.
Aku pergi ke dapur untuk mengambil buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Yoongi oppa melangkah ke dapur, selamba dia mengambil sebiji epal tanpa kebenaranku.
Aku ketuk kepala dia,
"Aduh sakitlah!" adu Yoongi.
"Sukati je oppa ambil." aku mencekak pinggang.
"Yelah, garang betul adik oppa ni, dari dulu tak pernah tak garang."
Aku hanya menjeling,
"Btw adik nak tanya sesuatu."
"Apa?"
"Kenapa oppa bagitau Jisoo dan Jihyo yang adik kahwin dengan Taehyung?" aku pandang dia tajam.
"Er pasal tu, oppa terlepas cakap lah. Lagipun biarlah diorang tau, apa masalahnya?"
"Eee kan hari tu oppa dah janji tak bagitau sesiapa pasal perkahwinan adik. Eei geramnya. Dah lah, tepi sikit." aku mendengus, kalau cakap pun bukannya dia faham. Aku membawa mangkuk berisi buah ke ruang tamu,
![](https://img.wattpad.com/cover/128512285-288-k570649.jpg)
YOU ARE READING
Married To Mr. G?! [ KTH ] ✔
Fanfic[COMPLETED] [RE-EDIT] Aku gelar dia Mr.G, Gila? Gemuk? Tak! Tapi Mr ... Ini kisah aku yang dipaksa kahwin dengan seorang lelaki sombong, kaya, berlagak, takde perasaan dan paling penting G** ! Highest ranking #5 in fanfiction