Kumpulan Alpha...
Mereka bergerak ke arah utara dari tempat mereka berkumpul, bergerak merentasi semak samun, pokok-pokok besar dan sebagainya. Selama hampir 30 minit mencari, masih tiada tanda-tanda yang menunjukkan Fik ataupun Qoy berada di situ.
Ema: Aku rasa macam tak ada harapan la nak jumpa diorang.. Nak call pun takde line.. Nak guna GPS pun, macam la tempat ni wujud dalam app tu.. Haishh..
Fiz: Tak payah la putus asa lagi.. Kalau Tim boleh jumpa dalam masa 20 minit, diorang pun macmtu jugak.. Mesti diorang tak jauhnya dari sini..
Nick: Apa kata kalau kita jerit panggil nama diorang?
Fisya: Macam mana kalau lepas kita jerit nama diorang, 'benda' lain yang datang?? *satu kening ternagkat*
Izz: No worry.. Aku kan ada.. *tersengih sambil tunjuk pedangnya*
Mereka akhirnya bersetuju untuk menjerit, memanggil nama Fik dan Qoy. Namun, tiada siapa yang menyahut kembali.
Fisya: Aku harap diorang okay..
Fiz: Semua orang pun harap macam tu..
Sesuatu tiba-tiba melintas di hadapan mereka, sepantas kilat. Mereka tidak dapat meneka apa yang cuba untuk menyerang mereka. Izz bersedia dengan pedangnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Terdapat sesuatu melintas di hadapan mereka sekali lagi. Izz tidak sempat bertindak kerana makhluk itu terlalu pantas. Semua orang cuba untuk tidak panik.
Izz: Okay, semua duduk dalam bulatan.. Jangan berjauhan dari aku.. *pedangnya digenggam erat*
Entah dari mana, Fik tiba-tiba muncul.
Semua: FIK ?!!
Fik: Yes ! Akhirnya, jumpa pun korang..
Mereka semua was-was dengan Fik. Adakah lelaki yang berdiri di hadapan mereka itu ialah Fik, sebenarnya?
Nick: Dari mana kau datang ni?
Fik: Dari mana-mana je la.. Aku kan teleporter..
Ema: *berbisik kepada fisya* Aku rasa dia ni da sesat lama sangat dalam hutan ni.. Sebab tu la cara dia cakap pun da macam orang yang tak betul..
Fik: Ehem.. Aku dengar okay.. Kenapa dengan korang ni?? Korang semua pun ada kuasa masing-masing la.. Alaa sama macam dalam mimpi tu.. *yang lain saling berpandangan antara satu sama lain*
Izz: okay.. Kita bincang pasal ni nanti.. Tak payah nak gaduh sekarang.. Jom, kita balik dulu..
Fiz: Qoy macam mana?
Fisya: Kita hantar Fik balik dulu la.. Kau tak kesiankan dia ke? Cara dia cakap pun dah mengarut..
Fik: Guys ??! *tidak berpuas hati dianggap sedemikian*
* * * * *
Kumpulan Bravo...
Mereka pula bergerak ke arah selatan dari tempat mereka berkumpul. Suasana laluan yang dilalui mereka tidak jauh bezanya daripada kumpulan pertama. Tetapi, selepas 30 minit mencari, mereka terjumpa jejak, iaitu darah !
Fatin: Ohh.. Tak mungkin !
Copi: Tak mungkin apa ? Mati ?
Mira: Kau ni kan, memang selalu cakap lepas je ea ? Tak pandai nak tapis sikit ke ?
CRRAAACCKKKK ! Bunyi seperti ranting pata kedengaran menyebabkan mereka terdiam. Nis mengambil tindakan berani dengan bersuara.
Nis: Siapa tu?
Tiada suara yang menjawab. Perasaan cemas mulai menguasai diri setiap daripada mereka.
Fatin: Ingat tak yang Mr X cakap hutan ni keras? Baik kita patah balik..
Alif: Yang keras tu hutan kat dunia sebenar.. Sekarang ni bukan hutan tu lagi dah..
Keem: SHHH.. Cuba korang dengar.. *masing-masing memasang telinga*
Tiada apa-apa bunyi aneh melainkan desiran angin yang melalui celahan dedaun. Tiba-tiba sesuatu jatuh di belakang mereka menyebabkan semua berpaling ke belakang. Namun, tiada susuk tubuh wujud di situ.
Mira: Okay, aku setuju dengan cadangan Fatin.. Jom, patah balik..
Keem enggan berbuat demikian. Sebaliknya, dia terus mengikut jejak darah yang membawanya ke senuah lubang, 10 meter di hadapan mereka. Apa yang dijumpainya di dalam lubang itu amat mengerikan !
Qoy: WAAARRRGGGHHHH ! *muka zombie*
Keem amat terkejut sehingga dia melibaskan pedangnya ke arah Qoy. Tetapi tindakannya itu berjaya dielak oleh Qoy dengan pantas dan licik membuatkan sahabatnya yang lain ternganga.
Qoy: Wow.. Kau nak bunuh aku ke?
Keem: Memang aku nak bunuh kau pun sebab kejutkan aku macam tu ! Nak bergurau pun agak-agak la.. *nada mara*
Qoy: HAHAHAHAHAHA ! Sorry la weh..
Nis: Macam mana kau boleh jumpa kitorang ?
Qoy: Entah.. Aku nampak apa yang Shapa nampak.. *semua kehairanan*
Fatin: Jangan nak mengarutlah Qoy.. Mana ada orang boleh nampak macam tu..
Qoy terdiam. Dia sebenarnya tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Fatin. Bukankah semua orang ada kuasa masing-masing? Persoalan itu timbul di dalam mindanya.
Keem: Satu lagi, yang ni pun kau punya kerja ke ? *mengacukan pedangnya ke arah lubang tadi*
Benda yang terdapat dalam lubang itu ialah bangkai makhluk kecil yang pelbagai jenis, dikoyakkan kulit serta usus dan perut yang tersembur keluar. Fatin dan Mira muntah setelah melihat bangkai-bangkai tersebut.
Qoy: Eww.. Aku tak ada masa la nak buat semua tu, okay..
Mira: Dah la tu.. Aku rasa nak pitam la.. Jom la patah balik.. Kita pun dah jumpa Qoy..
Nis: Harap kumpulan satu lagi dah jumpa Fik..
YOU ARE READING
Buddy Fight II
Teen FictionPerkara yang dialami dalam mimpi benar-benar berlaku dalam dunia sebenar. Namun, terdapat beberapa perkara ganjil yang turut berlaku. Mampukah pelajar 3 Hipster menghadapi cabaran yang mendatang ketika mengikuti sebuah lawatan sempena tamat ujian PT...