Tim: Adoii.. kepala aku..
Tim menghidupkan lampu tidur di sebelah katilnya.. sinar mentari sudahpun menembusi celahan langsir di biliknya. Perkara yang dialaminya semalam, adakah perkara tersebut benar-benar berlaku? Setiap serangan yang dilemparkan kepada dirinya dirasakan betul. Dia menarik lengan bajunya dan mendapati terdapat kesan lebam. Mungkinkah itu adalah kesan torehan pedang Keem semasa perlawanan di gelanggang? Apa makna mimpi tu? persoalan itu timbul di mindanya. Namun dia mengambil keputusan dengan menganggap mimpi yang dialaminya semalam hanyalah mainan tidur sahaja. Dia segera bangn dari tempat tidurnya menuju ke tandas untuk memcuci muka. Tiba-tiba kakinya tersadung sesuatu lalu tersembam ke lantai.
Tim: Adoii ! Apa benda pulaknya ni ?!
Dia berpaling lalu mendapati sesuatu... sesuatu yang terbaring kaku di atas lantai. Dia tiba-tiba teringat akan mimpinya di mana Ema, mati diterkam oleh Yuni the Vampire. Tim menghampiri Ema perlahan-lahan.
Tim: Er.. Ema..Ema, bangunlah.. Kau hidup lagi kan?
Tiada respon. Ema hanya terbaring kaku. Tim mula berasa cemas.
Tim: EMA ! BANGUN LA WEI.. PLEASE ! TAK MUNGKIN KAU BETUL-BETUL DA MATI.. EMA !
DUSSHHHH ! Sebiji bantal menghentam mukanya.
Ema: Kau ni dah kenapa memekak pagi-pagi buta ni ha ?! Aku hidup lagi okay.. hish kau ni..
Ema cuba menenangkan sahabatnya daripada terus menjerit seperti orang gila. Tim agak lega kerana perkara yang berlaku semalam hanyalah mimpi ngeri sahaja.
* * * * *
Fik tersedar dari tidurnya setelah mendengar suara yang mendengus kesakitan. Dia memandang sekeliling. Izz berada di sofa, meringkuk kesakitan.
Fik: Eh.. Izz, kau ni dah kenapa? Senggugut ea..
Izz: Kau ni pun agak-agak la.. Tak tau la Fik, aku mimpi aku tikam diri aku dengan pedang.. Ada orang yang kawal aku.. paksa aku tikam diri sendiri.. Bila aku sedar je dari tidur, rasa tikaman tu menyengat tau..
Fik terkejut. Dia mula teringat akan perkara yang dilihat di dalam mimpinya semalam. Adakah Izz juga mengalami mimpi yang sama? Dia tidak mahu terlalu memikirkan hal itu. Baginya, perkara seperti itu adalah mustahil.
Fik: Dah la.. Nanti okay la tu.. Jom la bersiap.. Kita kene berkumpul kat kafe sebelum trip tu nanti..
Kebanyakan mereka tidak begitu memngingati mimpi aneh yang dialami semalam. Mereka juga akhirnya terlupa tentang mimpi tersebut kerana terlalu teruja untuk aktivit jungle trekking di sebuah hutan berhampiran resort mereka.
YOU ARE READING
Buddy Fight II
Teen FictionPerkara yang dialami dalam mimpi benar-benar berlaku dalam dunia sebenar. Namun, terdapat beberapa perkara ganjil yang turut berlaku. Mampukah pelajar 3 Hipster menghadapi cabaran yang mendatang ketika mengikuti sebuah lawatan sempena tamat ujian PT...