Cuaca agak baik pada malam itu memberikan suasana yang tenang untuk mereka tidur. Tetapi, Tim telah dikejutkan dengan suatu bunyi yang kedengaran seperti satu suara aneh sedang memanggilnya perlahan-lahan. Pada mulanya, dia menganggap suara itu hanyalah imaginasinya sahaja tetapi apabila dia cuba untuk tidur semula, bunyi itu masih kedengaran.
Dia memandang skeliling, mencari punca datangnya bunyi itu. Rupa-rupanya, bunyi aneh tersebut datang dari luar gua. Patutkah dia keluar seorang diri untuk menyiasat bunyi itu ? Nampaknya begitulah kerana rakan-rakannya yang lain sedang lena dibuai mimpi dan dia tidak mahu mengganggu mereka.
Tim mengatur langkah keluar dari gua tersebut, mengikut jejak bunyi misteri itu. Di luar gua, cahaya bula menerangi kawasan sekeliling memberi peluang kepadanya untuk menjejak punca bunyi aneh itu. Kemudian, dia ternampak cahaya putih, sama seperti cahaya yang menyedut mereka masuk ke dunia tersebut sebelum ini. Mungkinkah itu jalan keluar untuk mereka kembali ke dunia asal ? Tim meneruskan langkah menuju ke arah cahaya tersebut sehinggalah...
Lelaki misteri: Wah.. Tengok la siapa yang datang.. Seorang diri je ke ?
Sapaan itu menyebabkan Tim tersentak. Bunyi aneh yang menarik perhatiannya tadi merupakan suara seorang lelaki berjubah hitam; gayanya seperti Lord Voldemort, memegang sebiji bola kristal bercahaya. Wajahnya terselindung di sebalik hoodie jubah tersebut. Namun, Tim mula perasan akan sesuatu. Suara ni, kenapa macam pernah dengar sebelum ni ?
Lelaki misteri: Ya, betul.. Kau pernah dengar suara aku.. Dan kita pernah berjumpa sebelum ni..
Ha ? Dia boleh baca minda aku ? Tim menarik dirinya beberapa langkah ke belakang, bersedia untuk sebarang serangan yang mungkin akan dihadapinya nanti.
Lelaki misteri: Jangan la takut.. Aku datang sini pun sebab nak tolong kau dan kawan-kawan kau yang lain.. *mengambil beberapa langkah menghampiri Tim*
Tim memandang bola kristal tersebut membuatkan dia teringat akan mimpinya di mana bola kristal itulah yang mengawal dia dan rakan-rakannya untuk saling berbunuhan.
Tim: Haha.. Tolong ? Maksud kau, tolong bunuh kawan-kawan aku ? Weh, aku ingatlah mimpi tu.. Kau la yang kawal kitorang supaya kitorang bertarung sesama sendiri..
Lelaki misteri: Ohoho tak.. Tak.. Aku memang betul-betul nak bantu korang.. Lagipun, apa yang berlaku dalam mimpi tu, tak semuanya sama kan ?
Tim: Tapi, mesti ada balasannya kan ? Kau takkan senang-senang bagi bantuan macam ni la..
Lelaki misteri: Ha.. Pandai pun.. Balasan yang aku nak, kau tak usah risau.. Aku akan bagitahu nanti.. Yang penting sekarang kau setuju atau tak ?
Tim: Terima kasih je la.. Aku tak nak ada kawan aku yang terkorban sebelum sempat keluar dari tempat ni..
Lelaki misteri: Ouh.. So, aku rasa kau patut lihat apa 'hadiah istimewa' yang aku sediakan berhampiran gua tu..
Pereasaan bimbang menyelubungi dirinya setelah kata-kata itu keluar dari mulut lelaki tersebut. Tim melihat di sebalik semak samun dan mendapati beberapa ekor makhluk buas sedang memerhatikan gua tersebut, menunggu arahan untuk menyerang.
Tim: Jangan apa-apakan kawan-kawan aku la !!!
Lelaki misteri: Jawab soalan aku dulu.. Setuju atau tak ?
Tim tidak pasti apa dengan apa yang harus dia lakukan. Jika dia menolak tawaran lelaki tersebut, rakan-rakannya akan menjadi mangsa makhluk-makhluk buas yang sedang menunggu berhampiran gua itu. Tetapi, jika dia menerima tawaran tersebut, dia dan sahabatnya mungkin mempunyai peluang untuk kembali ke dunia asal.
Tim: Baiklah.. Aku terima tawaran kau..
Lelaki misteri itu kelihatan berpuas hati. Dia menghulurkan sebuah kompas antik kepada Tim. Kompas tersebut berlainan daripada kompas biasa yang wujud di dunia sebenar di mana kompas antik itu tidak mempunyai simbol yang menunjukkan arah utara, selatan, timur mahupun barat.
Lelaki misteri: Ikut sahaja arah yang ditunjukkan oleh jarum pada kompas itu.. Kau akan sampai ke suatu tempat.. Dan di situ akan ada sebuah omega gergasi yang akan membawa korang keluar dari sini..
Tim meneliti kompas antik yang aneh itu. Apabila dia mengangkat mukanya semula, lelaki misteri itu sudahpun menghilangkan diri, begitu juga dengan makhluk-makhluk buas yang menunggu berhampiran gua.
Keesokan harinya, kesemua mereka mempunyai tenaga pada tahap maksima kerana mendapat tidur yang cukup, kecuali Tim. Namun, dia berusaha sebaik mungkin untuk menyembunyikan keletihannya daripada rakan-rakannya yang lain. Semasa sedang bersarapan, dia bercadang untuk menceritakan perkara yang telah berlaku semalam kepada sahabatnya yang lain.
Fatin: WHHAATTT ??! Macam mana kau boleh setuju macam tu je ??!
Nis: Kalau dia ada niat jahat macam mana ?
Tim: Aku.. Aku tak boleh buat apa-apa.. Dia ugut aku macam tu.. Aku tak nak korang cedera.. *about to cry*
Alif: Yalah tu.. Tak cedera sekarang.. Tapi nanti dia akan cederakan kitorang jugak.. Bagus sangat la tu..
Fisya: Kenapa tak kejutkan kitorang ? Boleh kita bincang sama-sama sebelum buat keputusan untuk tawaran dia tu.. *Tim started to cry*
Fiz: Sudah-sudah la tu.. Mesti Tim tak nak ganggu korang tidur.. Kalau aku berada kat tempat Tim pun, aku akan buat benda yang sama.. *pujuk Tim*
Izz: Kau cakap dia ada bagi sesuatu kan ? Tunjukla kat kitorang..
Tim mengeluarkan kompas antik dari poket seluarnya. Izz mengambil kompas tersebut lalu menelitinya. Kompas itu kemudiannya beralih kepada tangan Fik.
Fik: Benda ni nampak macam tak berguna langsung la.. *mencampakkan kompas itu jauh ke dalam semak*
Tim: APA YANG KAU BUAT NI ??! Kompas tu la satu-satunya benda yang boleh bawak kita keluar dari tempat ni !
Tiba-tiba, terdapat sesuatu jatuh di hadapan Tim; kompas antik tadi. Kesemua mereka terkejut dengan apa yang mereka lihat.
Azi: Macam mana kau buat tu ?
Tim: Aku tak buat apa-apa pun la..
Fik melontarkan kompas itu ke luar gua sekali lagi. Hasilnya sama, kompas tersebut kembali semula kepada Tim.
Shapa: Aku rasa kompas tu akan sentiasa ikut Tim la..
Mereka tiada pilihan lain selain membawa diri mereka ke tempat yang akan ditunjukkan oleh kompas antik itu memandangkan kompas antik tersebut tidak dapat dipisahkan daripada Tim. Setelah itu, mereka mengemaskan barang masing-masing dan bersedia untuk satu lagi perjalanan jauh menjelajah hutan berdasarkan arah yang ditunjukkan oleh kompas antik itu. Sepanjang perjalanan, mereka menggunakan peluang yang ada untuk memahirkan diri dengan kuasa masing-masing. Terdapat juga beberapa cabaran yang menghalang perjalanan mereka. Namun, cabaran tersebut tidaklah seteruk pertarungan dengan labah-labah gergasi.
YOU ARE READING
Buddy Fight II
Teen FictionPerkara yang dialami dalam mimpi benar-benar berlaku dalam dunia sebenar. Namun, terdapat beberapa perkara ganjil yang turut berlaku. Mampukah pelajar 3 Hipster menghadapi cabaran yang mendatang ketika mengikuti sebuah lawatan sempena tamat ujian PT...