Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menyelamatkan sahabat, mereka berjalan menuju ke kawasan lapang; tempat terakhir yang dijejaki Tim. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sebarang petunjuk atau nota yang mungkin ditinggalkan oleh Tim sebelum dia hilang. Tanah lapang yang bersaiz sebuah padang bola, mereka menghabiskan masa selama 20 minit untuk mencari sebarang petunjuk. Namun, usaha mereka sia-sia. Tiada apa yang dijumpai.
Nick: Aduhai.. Macam mana ni?
Fik: Tak mungkin dia lesap macam tu je kot.. Mesti ada sesuatu yang dia tercicir..
Tiba-tiba, berlaku satu gegaran di kawasan lapang tersebut. Dinding-dinding terbentuk dari tanah, mengepung mereka dari setiap penjuru. Akhirnya, sebuah colosseum terbentuk. Mereka semua terkejut dengan apa yang sedang berlaku.
Azi: FULAMAAKK !
Nis: Dalam buku sejarah.. Colosseum ialah tempat bertarung, kan ?
Fiz: Haah..
Ameer: Means, nanti..
Mira: Habislah kita ! Nanti memang sah kita kena lawan sesama sendiri.. Aku tak nak mati weh !
Nick: Jom lari ! *menunding jari ke arah sebuah gerbang kecil*
Namun, sebaik sahaja mereka hendak membuka langkah untuk melarikan diri, gerbang kecil tersebut tiba-tiba tertutup oleh pagar besi. Kemudian, suara sorakan penonton kedengaran. Mereka memandang sekeliling lalu mendapati para penonton yang terdiri daripada makhluk aneh; selain manusia, sedang bersorak bagi pertarungan yang bakal berlaku tidak lama lagi.
Lelaki misteri: Baiklah penonton sekalian.. *bunyi sorakan sedikit reda* Hari ini kita akan saksikan sebuah perlawanan antara manusia dari sebuah dunia yang dikenali sebagai Bumi. *sorakan bertambah kuat*
Mereka tercari-cari dari mana suara lelaki misteri itu datang.
Nick: Eh.. Tengok sana !
Semua: *gasp* TIM !!!
Tim sedang berdiri di sebelah singgahsana raja, di mana rajanya ialah lelaki misteri tersebut. Wajahnya kelihatan pucat dan dia hanya memberikan pandangan kosong terhadap rakan-rakannya yang lain.
Fatin: TIM !! APA YANG KAU BUAT KAT SEBELAH ORANG GILA TU ??!
Tiada sebarang respon. Tim hanya berdiri kaku; tidak ubah seperti zombie.
Lelaki misteri: Sia-sia je la kau jerit budak.. Kawan kau ni hanya dengar arahan aku je la.. MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !
Setelah ketawa selama hampir 8 saat, lelaki misteri itu kemudiannya menarik hoodie yang melindungi wajahnya selama ini. Dan sekali lagi, mereka semua amat terkejut dengan apa yang dilihat.
Semua: *gasp* MR X ??!!!
Mr X: Ya saya.. Hai semua.. *senyuman dilemparkan buat pertama kalinya.. Kemudian, wajahnya kembali serius*
Ameer: Kenapa Mr X ? Kenapa ??! Sanggup Mr X buat kitorang macam ni ??
Para penonton mula bersorak "LAWAN" berulang kali menyebabkan mereka terpinga-pinga; tidak pasti apa yang patut dilakukan.
Alif: Apa yang kita nak buat sekarang ? Aku tak nak berlawan dengan korang.. Aku tak sanggup nak bunuh korang !
Mr X bangun dari singgahsananya lalu menghentakkan tongkat sihirnya beberapa kali dengan kuat bagi mengalihkan perhatian yang lain supaya memberikan tumpuan akan apa yang hendak dikatakan olehnya.
Mr X: Anak-anak semua, lawan la sekarang.. Atau aku akan buat korang bertarung macam dalam mimpi tu..
Para penonton terus bersorak kerana mahu menyaksikan pertumpahan darah.
Fiz: TAK !! KITORANG TAKKAN SERANG SESAMA SENDIRI !!!
Ketegasan suara Fiz menarik perhatian Mr X. Renungan tajam ditujukan kepada Fiz.
Mr X: Baiklah...
Mr X menghunuskan serta menghayunkan tongkatnya ke arah Keem dan Nis. Dengan serta merta, mereka terus menyerang sahabat mereka yang lain. Pertempuran bermula dan para penonton bersorak gembira.
Fisya: Weh Nis, Keem ! Apa yang korang buat ni ??! Berhentilah weh !!
Keem: Aku tak tahu.. Cuma.. Tak boleh.. Nak kawal.. Gerakan aku ! Nick, hati-hati !!!
Nick hampir kehilangan kepalanya apabila Keem tiba-tiba menghayunkan pedangnya ke arah Nick. Mujurlah dia sempat mengelak.
Fiz dan Ema cuba membantu Nis daripada terus menyerang yang lain. Ema menghasilkan akar tumbuhan yang menjalar untuk melilit kaki Nis manakala Fiz berusaha untuk melenyapkan bebola api yang menyala pada tangan Nis menggunakan kuasa aisnya.
Namun, usaha mereka tidak semudah yang dijangka. Semakin mereka mencuba untuk menghalang Keem dan Nis daripada terus menyerang, kuasa mereka berdua bertambah kuat !
YOU ARE READING
Buddy Fight II
Fiksi RemajaPerkara yang dialami dalam mimpi benar-benar berlaku dalam dunia sebenar. Namun, terdapat beberapa perkara ganjil yang turut berlaku. Mampukah pelajar 3 Hipster menghadapi cabaran yang mendatang ketika mengikuti sebuah lawatan sempena tamat ujian PT...