Pengembaraan Bermula

5 1 0
                                    

Matanya masih tertutup. Aku dah mati ke ? Tim membuka matanya perlahan-lahan. Labah-labah gergasi yang cuba menerkamnya telah tertolak ke belakang oleh sebuah dinding tanah. Rakan-rakannya yang lain seakan-akan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Peluang yang ada digunakan oleh Keem dan Izz untuk menewaskan labah-labah tersebut.

SHHRRIINNGGGGKKK ! Keem dan Izz berjaya memotong kaki labah-labah itu menyebabkan makhluk gergasi tersebut naik angin. Entah dari mana, Fik tiba-tiba muncul di atas kepala labah-labah tersebut lalu menghayunkan sebatang kayu tepat pada mata kiri labah-labah itu. Makhluk itu kesakitan. Fik menghilangkan diri dan memunculkan dirinya bersama yang lain.

Tim menghentakkan kakinya lalu mengangkat tangannya ke atas perlahan-lahan, membentuk tanah yang mencengkam 6 lagi kaki labah-labah tersebut menyebabkan makhluk gergasi itu tidak dapat bergerak. Tanpa membuang masa, Izz segera menikam makhluk itu di bahagian kepala manakala Keem pula segera memotong kepala makhluk itu dengan satu hayunan sahaja. Bendalir haemolimfa memercik pada Izz dan Keem. Debaran mereka berakhir setelah labah-labah gergasi itu tidak lagi bergerak.

Ema: Sihir apa yang kau guna tadi Tim ?

Tim: Entah.. Aku just tolak tangan aku dan PUFF !! Makhluk tu tertolak ke belakang. Lagipun,cara ini la yang aku guna dalam mimpi tu..

Semua: Mimpi apa ??

Qoy: Okay guys, listen.. Sebenarnya, aku, Tim ada alami satu mimpi yang pelik.. Dan sekarang, apa yang berlaku sekarang, semuanya sama macam dalam mimpi tu..

Fik: Yep.. Cuma berbeza sedikit sebab sepatutnya kita semua terpisah kepada 2 kumpulan setelah disedut masuk ke dunia ni.. Tapi tak, yang terpisah hanyalah aku, Tim dan Qoy..

Tim: Eh.. Dia ingat la.. *berbisik kepada Qoy*

Qoy: Iya, betul tu.. Dan sekarang hanya kitorang bertiga je yang ingat mimpi tu dan kuasa yang kitorang ada..

Alif: Kebetulan je tu.. Mana ada manusia biasa boleh ada power macam tu..

Fik: Yang tu pun aku tak tahu nak terangkan macam mana..

Azi: Maksud korang, kita semua ada kuasa masing-masing ?

Qoy: Yep..

Copi: So, apa kuasa kitorang ??

Qoy menjelaskan kuasa yang setiap dari mereka miliki. Namu begitu, mereka kelihatan seperti enggan percaya dengan apa yang dijelaskan oleh Tim, Fik dan Qoy.

Yaya: Okay la.. So, um.. Malam ni nak berteduh kat mana ?

Fik: Korang tunggu kejap ye.. Biar aku pergi cari tempat yang sesuai..

Fik menggunakan kuasanya sebagai teleporter dengan memunculkan dirinya di atas sebatang pokok. Dia memandang sekeliling mencari sebuah tempat yang boleh dijadikan tempat untuk berteduh memandangkan hari sudah semakin gelap. Setelah menjumpai sebuah tempat yang dirasakan sesuai, dia sekali lagi men'teleport'kan dirinya dan muncul dalam kalangan sahabatnya di bawah.

Fik: Ada satu tempat yang aku rasa sesuai.. Jaraknya lebih kurang satu kilometer dari sini..

Nick: Tempat apa tu ?

Fik: Aku tak berapa pasti.. Tapi nampak seperti sebuah gua..

Mereka pun memulakan perjalanan ke gua tersebut.

* * * * *

Gerakan terakhir yang dilakukan oleh Izz dan Keem untuk menewaskan seekor labah-labah gergasi ditayangkan seperti sebuah skrin televisyen oleh sebiji bola kristal berwarna biru. Tayangan tersebut diperhatikan oleh seorang lelaki. Boleh tahan jugak budak-budak tu.. Walaupun hanya 3 orang sahaja dari mereka yang ingat akan mimpi dan kuasa masing-masing.. hmm..

Buddy Fight IIWhere stories live. Discover now