Keadaan bertambah bahaya apabila serangan yang dilontarkan oleh Keem dan Nis semakin menggila. Mujurlah buat masa sekarang, tiada sesiapa yang terbunuh akibat serangan itu. Namun, ramai dalam kalangan mereka yang telah tercedera akibat serangan yang diberikan.
Copi: Woi ! Sudah-sudah la tu serang kitorang !
Nis: TAK BOLEH NAK BERHENTI !
Dalam keadaan yang huru hara itu, salah seorang daripada mereka perasan akan sesuatu.
Yaya: Korang, ada rantai pada leher Tim..
Mira: Eh.. Sejak bila pulak dia pakai rantai ?
Fiz: Wait.. Aku tak rasa yang tu rantai biasa.. Cuba korang tengok betul-betul.. Ada kompas pada rantai tu..
Azi: Ouh.. Sekarang baru aku faham kenapa kompas antik tu tak nak berpisah daripada Tim.. Semua ni kerja Mr X.. Dia yang kawal Tim dengan kompas tu..
Nick: So, satu-satunya cara nak sedarkan dia adalah dengan tanggalkan rantai tu ?
Fatin: Yep !
Izz, Fiz dan Yaya berusaha untuk membantu Keem dan Nis daripada terus menyerang yang lain manakala Shapa telah menggunakan kuasanya membentuk benteng daripada tanah untuk menghalang sebarang serangan daripada Keem dan Nis. Dengan ini, mereka mempunyai sedikit waktu untuk merancang strategi bagi menanggalkan rantai daripada Tim sekali gus memusnahkan komps antik tersebut.
Bagi percubaan pertama, Fik meng'teleport'kan dirinya untuk menghampiri Tim dan mendapatkan rantai tersebut. Namun, sebaik sahaja dia muncul di sebelah Tim, Mr X terus menyerangnya dengan renjatan elektrik dari tongkat sakti. Serangan daripada Mr X menyebabkan dia melecur teruk dan tidak lagi mampu menggunakan kuasanya seefektif seperti sebelum ini. Mujurlah dia berjaya meng'teleport'kan dirinya sekali lagi untuk kembali bersama rakan-rakannya yang lain.
Dalam percubaan kedua pula, Copi meng'klon'kan dirinya sebanyak mungkin untuk mengelirukan Keem dan Nis serta menarik perhatian Mr X terhadap pertarungan yang sedang berlangsung. Pada masa yang sama, Nick menghantar Pheonixnya untuk mendapatkan rantai daripada Tim. Namun, sebaik sahaja pheonix itu menyentuh rantai tersebut, dirinya terus musnah dan lenyap begitu sahaja menyebabkan Nick tidak sedarkan diri.
Percubaan ketiga pula, Azi mengeluarkan seruling maut miliknya sementara yang lain sudah bersedia dengan menyumbat telinga mereka dengan sesuatu bagi mengelakkan diri mereka daripada kehilangan kuasa masing-masing. Sebaik sahaja Azi meniup serulingnya, Keem, Nis, Mr x dan Tim rebah ke tanah apabila kuasa mereka diserap oleh melodi daripada seruling tersebut. Tanpa membuang masa, Mira menyelinap ke singgahsana menggunakan kuasa halimunannya. Percubaan ketiga mereka berjaya apabila Mira berhasil merentap rantai itu dan menghempasnya ke dinding untuk memusnahkan kompas itu.
Tim tersedar daripada sihir yang dikenakan ke atas dirinya. Sebuah memori tiba-tiba menjelma di mindanya.
* * * * *
Dia berada di sebuah tempat persembunyian, jauh daripada sahabat-sahabatnya yang lain. Badannya kaku. Kedua-dua tangan dan kakinya langsung tidak dapat digerakkan. Persekitaran di tempat itu agak malap kerana hanya diterangi oleh beberapa batang lilin. Kemudian, dia terdengar bunyi tapak kaki, menandakan seseorang datang menghampirinya; lelaki misteri berjubah hitam.
Lelaki misteri: Aku rasa kau dah boleh agak kenapa kau kat sini..
Tim cuba membuka mulutnya untuk berkata-kata. Namun gagal. Seluruh badannya seakan-akan lumpuh. Hanya penglihatan dan pendengarannya sahaja yang masih berfungsi.
YOU ARE READING
Buddy Fight II
Teen FictionPerkara yang dialami dalam mimpi benar-benar berlaku dalam dunia sebenar. Namun, terdapat beberapa perkara ganjil yang turut berlaku. Mampukah pelajar 3 Hipster menghadapi cabaran yang mendatang ketika mengikuti sebuah lawatan sempena tamat ujian PT...