Selama hampir 4 hari mengembara, mereka akhirnya tiba di sebuah kawasan lapang yang bersaiz sebuah padang bola. Namun, tiada apa-apa di situ termasuklah sebuah omega seperti yang dikatakan oleh lelaki misteri.
Nick: Er.. Ini ke tempatnya ?
Tim: Iya.. Kot..
Jarum kompas antik berputar tanpa henti.
Fik: Kan aku dah cakap benda ni memang tak berguna !
Alif: Lelaki tu dah kenakan kita ! *genggam penumbuk*
Mira: Sekarang ni macam mana ? Kompas dah rosak..
Fiz: Aku rasa better kita berhenti rehat dulu.. Lagipun, hari dah makin lewat..
Nis: Okay jugak idea kau, Fiz.. Aku pun dah penat sangat ni..
Maka, mereka pun mengambil keputusan untuk berhenti rehat di sebuah gua; gua yang sama seperti dalam mimpi mereka.
Qoy: Macam pernah nampak tempat ni..
Azi: Hm.. Apa-apa je la.. Aku lapar la.. *perutnya berbunyi*
Tim: Kalau betu la tempat ni kita pernah singgah dalam mimpi, maksudnya kat depan sana ada sebuah tasik.. Dan dalam tasik tu ada pokok epal..
Copi: Pokok epal dalam tasik ?
Nick: Epal tu tak beracun ke ?
Tim: Yep, pokok epal dalam tasik.. Berdasarkan mimpi tu, tak.. Tak ada siapa yang mati sebab epal tu..
Fik: Chill la korang.. Ni bukan kisah Snow White..
Azi: Okay cun.. Jom Tim..
Izz: Wait ! Aku nak join korang.. Just for in case.. *menunjukkan pedangnya*
Fisya: Korang pergi la dapatkan epal tu.. Tapi jangan pulang lewat sangat.. Hari dah gelp ni..
Mereka bertiga pergi ke tasik untuk mendapatkan beberapa biji epal sebagai hidangan makan malam. Pemandangan di tasik sangat cantik dengan cahaya bulan yang memantul di permukaan tasik; menampakkan buah epal yang berkilauan dalam warna biru langit.
Azi: Wah, cantiknya ! Aku dah boleh bayangkan kemanisan epal tu..
Mereka mengisi buah epal ke dalam beg masing-masing sebanyak mungkin. Maklumlah, semua kebuluran. Setelah hampir 20 minit, mereka akhirnya selamat kembali ke gua tersebut bersama epal biru sebagai makan malam mereka.
Semasa asyik menikmati makan malam, sesuatu yang tidak dijangka menimpa mereka.
Yaya: SHHH.. Korang ada dengar sesuatu tak ?
Mereka mengamati bunyi tersebut. Bunyi itu kedengaran seperti sesuatu sedang mendengus dan semakin teliti mereka memasang telinga, semakin dekat bunyi tersebut kedengaran. Tiba-tiba, sepasang mata berwarna merah muncul dari dalam gua yang gelap, mengejutkan mereka. Tiada seorang pun yang berani untuk bergerak.
Keem: Aku rasa baik kita...
Ngauman seekor beruang bergema di seluruh gua itu menyebabkan mereka membuka langkah seribu, keluar dari gua tersebut untuk menyelamatkan diri dari beruang hitam gergasi; bersaiz seekor gajah dari dunia sebenar. Nasib baik beruang hitam gergasi itu hanya mengejar mereka hingga ke pintu gua sahaja.
Ameer: Fuhh.. Aku rasa kita lupa untuk ajak tuan rumah makan sekali la..
Nick: Iyalah.. *tercungap-cungap*
Fatin: Aduhai.. Kat mana pulak kita nak tidur malam ni ?
Mira: Um.. Dekat bawah pokok sana ?
Mira menunjukkan ke arah sebuah pokok yang rendang di mana diameter kanopinya berukuran lebih kurang 10 meter; cukuplah sebagai tempat berteduh daripada hujan.
Alif: Bagus jugak tu.. Okay, lelaki sebelah sini dan perempuan sebelah sana..
* * * * *
Sehelai daun gugur di atas muka Nis, mengejutkannya daripada tidur. Dia memandang sekeliling sambil menggosok matanya. Sahabatnya yang lain masih lena dibuai mimpi. Kemudian, dia perasan akan sesuatu.
Nis: TIM HILANG !! *suaranya mengejutkan yang lain daripada tidur*
Semua: APA ??!
Fatin: Apa kita nak buat ni ? Macam mana nak cari dia ??
Shapa: Qoy, apa kata kau cari dia.. Jejak dia ada kat mana sekarang..
Qoy menarik nafas panjang, memejamkan matanya cuba untuk membaca minda Tim; melihat apa yang dilihat oleh Tim. Dia seolah-olah berada di dalam badan Tim.
Dedaun melambai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.. Cahaya bulan menembusi celahan dedaun menerangi kawasan sekeliling.. Dia bangun lalu mengemaskan begnya.. Kompas antik digenggam erat.. Dia memandang sekeliling.. Rakan-rakannya yang lain telah lena dalam mimpi masing-masing.. Dia memandang ke arah kawasan lapang di hadapannya.. Terdapat cahaya putih di tengah-tengah tanah lapang tersebut.. Dia berjalan ke arah cahaya itu.. Susuk tubuh berjubah hitam semakin jelas kelihatan apabila dia menghampiri cahaya tersebut.. Langkahnya diteruskan.. Dia semakin mendekati seorang lelaki yang dijumpainya sebelum ini; lelaki misteri berjubah hitam yang memegang sebihi bola kristal.. Langkahnya terhenti.. Jaraknya dengan lelaki misteri tersebut hanyalah satu langkah ke hadapan.. Bola kristal bersinar terang.. Dia mendongak, memandang tepat ke arah wajah yang terselindung di sebalik hoodie.. Pandngannya tiba-tiba gelap..
Qoy hilang kata-kata. Dia terlalu terkejut dengan apa yang baharu dilihatnya.
Fiz: Qoy, kau okay tak ?
Qoy: Tim.. Dia..
Azi: Dia apa ?
Qoy: Dia.. Dia pergi jumpa dengan lelaki misteri tu semalam..
Alif: Tak guna betul budak tu..
Mira: Dia pergi seorang diri lagi ? Seriously ?!
Qoy: Nampaknya macam tu la.. And aku rasa lelaki misteri tu buat sesuatu kat dia..
Semua: WHHAAAAAATT ??!
Qoy: Maksud aku, selepas dia pandang lelaki tu, semua jadi gelap.. Seolah-olah dia pengsan..
Keem: Kat mana dia pergi jumpa lelaki tu ?
Qoy: Kat sana.. *menunding jari ke arah kawasan lapang berhampiran tempat mereka sekarang*
Keem pergi mendapatkan pedangnya lalu mengamaskan barang-barang ke dalam begnya.
Ameer: Kau nak pergi mana ?
Keem: Cari Tim la.. Aku yakin dia ada tinggalkan jejak kat sana.. Aku nak selamatkan dia dari lelaki tak guna tu..
Izz: Aku ikut sekali..
Fiz: Seriously guys ?? Dia pun kawan kitorang jugak.. Kita cari sama-sama la..
Fatin: Jom.. Kita pergi selamatkan Tim !
Semua: JOM !!
YOU ARE READING
Buddy Fight II
Teen FictionPerkara yang dialami dalam mimpi benar-benar berlaku dalam dunia sebenar. Namun, terdapat beberapa perkara ganjil yang turut berlaku. Mampukah pelajar 3 Hipster menghadapi cabaran yang mendatang ketika mengikuti sebuah lawatan sempena tamat ujian PT...