Merancang Strategi

9 1 1
                                    

Sepanjang perjalanan menuju ke gua, mereka melihat pelbagai flora dan fauna yang belum pernah dijumpai di dunia sebenar. Tetapi, mujurlah mereka tidak bertembung dengan mana-mana binatang buas yang cuba menjadikan mereka sebagai menu utama lagi.

Setelah hampir 40 minit berjalan, mereka akhirnya tiba di pintu gua.

Mira: Weh, seramlah gua ni..

Fatin: Haah la.. Korang pasti ke tak ada apa-apa yang pelik kat dalam gua ni ?

Alif: Entah.. Apa kata salah sorang dari kita pergi tinjau dulu kat dalam tu ? Nis ke ? *semua memandang Nis*

Nis: What ?? Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak kawal kuasa aku ni..

Qoy: You can do it, Nis.. You just need to stay focus..

Nis: Hm.. Okay then.. I'll try.. Tapi kita masuk sama-sama la.. Biar aku jalan dulu..

Mereka bersetuju untuk meninjau gua itu bersama-sama. Tidak seperti Tim, Nis berjaya menyalakan api menggunakan tangannya pada percubaan pertama.

Nick: Wah, tak panas ke ?

Nis: *angkat bahu* Tak rasa apa-apa pun..

Gua tersebut memang kelihatan agak menyeramkan. Namun, tiada apa-apa yang boleh mengancam mereka di dalamnya. Suasana di dalam gua kelihatan agak selamat untuk dijadikan sebagai tempat berteduh buat sementara waktu. Mereka bernasib baik kerana memperolehi bekalan air di dalam gua tersebut; air menitis dari stalactites, terkumpul dalam sebuah kawasan seperti kolam kecil.

Setelah berjaya menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran gua tersebut, mereka menikmati makan malam; snek ringan yang dibawa untuk aktiviti jungle trekking.

Azi: Aku lapar lagi la.. Eh, Ema apa kata kalau kau keluarkan beberapa pokok bunga ? Aku nak makan..

Fiz: Makan bunga ??!

Ema: Okay *bersedia untuk menunjukkan kebolehannya*

Shapa: Weh, mana boleh ! Kau kan hasilkan bunga beracun..

Ema: Ouh.. Haah la.. Lupa pulak aku.. Hehe..

Izz: Macam ni la.. Biar aku dengan Keem pergi cari sesuatu untuk kau makan..

Azi: YEAY !

Selepas itu, Mereka berkumpul untuk membincangkan cara untuk keluar dari dunia itu.

Fik: So, berdasarkan mimpi tu, kita akan berlawan sesama sendiri di sebuah gelanggang.. But at last, semua tetiba je disedut keluar dari dunia ni oleh sebiji bola kristal..

Yaya: Apa maksud kau, 'lawan sesama sendiri' ?

Qoy: Ada seorang lelaki yang kawal kita semua dengan bola kristal tu.. Kawal kita untuk saling membunuh antara satu sama lain..

Semua: Ouh..

Fisya: Hmm.. So, macam mana kita nak cari gelanggang tu dan elakkan diri kita dari dikawal lelaki tu ?

Fik: Tak tahu la.. Sebab sebelum ni ada petunjuk yang akan bawa kita ke gelanggang tu.. Lelaki tu datang jumpa kita dan umpan kita ke gelanggang tu..

Nis: Kalau macam tu, kita bunuh je la lelaki tu bila dia datang nanti..

Fatin: Then, macam mana nak aktifkan bola kristal tu kalau dia dah mati ? Kau tahu ke cara nak gunakan bola kristal tu ?

Fiz: Haih.. Susah la macam ni.. Sudah la.. Aku dah malas nak fikir sekarang.. Aku nak masuk tidur dulu.. Bye.. *bangun dan berlalu pergi*

Disebabkan Fiz telah berputus asa, yang lain juga tidak bersemangat untuk memerah otak mencari jalan keluar dari dunia itu.

Buddy Fight IIWhere stories live. Discover now