Gambar diatas ialah Muhammad Aqil Aryan.
_______________________________________
Alex menyalakan pemetik api yang dia sentiasa bawa ke mana mana. Puntung rokok yang di sumbat di tepi bibirnya dinyalakan dengan api biru yang marak.Saatnya untuk merasa nikmat akhirnya telah tiba. Alex menghisap rokok dengan rasa puas.
Buat pada masa ini biarlah dia memuaskan hati dengan menghisap rokok daripada rungsing memikirkan masalah yang di hadapi buat masa sekarang.
Sejam telah berlalu semenjak urusannya dengan inspector Edward selesai. Kini, inspector polis itu telah kembali ke ibu pejabatnya untuk memulakan kerjanya di sana.
Ren dibiar tinggal dalam wad 301 untuk sementara waktu. Tetapi, yang pasti dia akan membawanya pulang ke mansionnya di Canary Wharf esok pagi nanti. Baginya tidak selamat untuk Ren di tempatkan di hospital sementara musuhnya masih berkeliaran di luar sana.
Alex mengeluh untuk kesekian kalinya sekaligus menghembus keluar asap rokok dari mulut. Asap yang berkepul kepul di sekitar tubuhnya di kibas dengan tangan.
Ketika matanya meliar melihat sekitar hospital Alex terpandang seorang anak kecil berpusing satu taman seperti sedang sesat. Matanya sembab kerana menangis.
"Hei, are you alright?" tanya Alex seraya mendekatinya dan terus melutut di hadapan anak kecil itu.
Pertanyaanya tidak di jawab oleh anak kecil itu malah anak kecil itu kekal berdiam dan menangis seolah tidak memahami apa yang dikatakan Alex.
Mungkin anak orang Jepun, muka pun macam orang Jepun getus hatinya.
"Daijōbudesu ka?"tanya Alex lagi namun kali ini dia cakap dalam bahasa Jepun pula dengan fasih.
Namun pertanyaannya masih belum dibalas. Anak kecil itu memandangnya dengan bingung.
"Apa kamu baik baik saja??"
"Isk...Isk...Aryan tak ok"kini anak kecil itu baru membalas soalan Alex yang dibicarakan dalam bahasa indonesia. "Abang hilang...asap tu buat mata Aryan sakit"sambungnya lagi.
Oh?!
"Oh, sorry tentang tu" Alex terus mencabut puntung rokok dari mulutnya lantas di buang ke tanah lalu dipijak dengan kasut.
"Ok?"
Anak kecil itu mengangguk kepalanya seperti burung belatuk. Ah, comeynya. Alex gemas melihat anak kecil itu. Teringat pula ketika Ren masih kecil dulu.
"Mata Aryan dah ok" jawab Aryan sambil mengesat matanya yang berair.
"Siapa nama kamu uncle?"tanya anak kecil itu dengan wajah polosnya.
Alex langsung tidak terasa hati apabila anak kecil itu memanggilnya uncle. Dah memang dia ni pakcik nak buat macam mana lagi dah. Nak tipu umur pon tak boleh sebab dah tertera pada kad pengenalan yang dia berusia 38 tahun memang layak di gelar 'pakcik' oleh golongan yang lebih muda darinya.
"Nama uncle Alexavier Nikolaevich. Kamu pula siapa?"balas Alex seraya menguntum sebuah senyuman. Sememangnya dia dari kecik sampai dewasa amat menyukai anak kecil terlebih lagi yang bewajah comel dan polos gitu. Sungguh mengugat iman di dada.
"Nama Aryan, Muhammad Aqil Aryan. Nama papa Hm...apa ye?Oh!Muk...riz Iskandar" jawab anak kecil itu dengan riang dan senyuman lebar terbentuk di wajah polosnya.
Damn! Cutenya! Alex!Tahan tangan kau daripada gerak dan cubit muka dia! Tidak tahan rasanya melihat anak kecil secomel Aryan. Terasa macam nak bawak balik rumah je. Lepas tu buat peluk time tido.
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Tanpa Sengaja (Edited)
Romantik«Alexavier Nikolaevich» Alexavier Nikolaevich. Duda anak satu. Tegas dalam pendiriannya. Kacak. Bergaya. Jejaka idaman bagi seluruh kaum hawa tapi kenapa dia masih belum berpunya? Di mana isterinya? Jawapannya hanya dia sendiri yang tahu. Tapi kena...