Bab 13 (Edited)

231 11 1
                                    

Hari telah larut malam. Aqil yang merasa dahaga keluar dari biliknya. Dia berhasrat untuk ke dapur untuk melegakan dahaganya itu. Setapak demi setapak Aqil menyelusuri koridor. Sesekali dia mengusap tapak tangannya yang kesejukan. Ekor matanya pula tidak habis habis meliar ke kiri kanan.

Dalam hati dia menggerutu dengan hati yang tidak enak. Tidak bosankah bapak singa tu tinggal di rumah sebesar ini sedangkan ianya kosong semata mata. Yang ada pun cuma orang gaji dia saja. Keluarga dia pun jarang tinggal di sini. Rumah sebesar ini tidak berhantukah? Eww...lebih baik jangan, dahlah aku takut hantu...

"Yaaaahhhh!!"

Bunyi satu jeritan mematikan langkah kakinya. Mulutnya tercengang. Ludahnya di telan perlahan. Gugup.

Bunyi apa tu?Ada orang tengah tengok movie ke?,  Cepat cepat Aqil memasang telinga. Mahu mengenal pasti dari mana datangnya bunyi tersebut. Perlahan dan perlahan, dia meneruni tangga yang melingkar. Jantungnya sudah berdegup kencang, ketakutan.

"Yaahhh!!"

Walaupun takut namun ada rasa ingin tahu. Di sebabkan itu Aqil menggagahkan dirinya menuju ke arah suara itu datang.

Aqil menjongket kakinya dan menghampiri ke sebuah pintu yang di tutup rapat dan tidak berkunci. Pemuda itu mendekati pintu tersebut dan membuka pintu itu dengan perlahan. Dibiarkan pintu itu dibuka separuh. Anak matanya diletakkan di celah daun pintu. Posisi yang sangat sempurna untuk mengintai orang.

Meh skodeng apa yang bapak singa tu sedang lakukan, Aqil berusaha untuk tidak membuat bising sementara dirinya mengintai.

Di tengah ruang bilik yang luas dan besar, Alex sedang berdiri membelakangi Aqil. Tubuh tegap dan bahu lebarnya dibiarkan tidak berbaju. Dia hanya mengenakan sepasang hakama hitam yang dibiarkan  lepas daripada membaluti tubuh tegapnya.

Aqil hampir saja terliur melihat Alex pada tika itu. Selalunya  Alex hanya mengenakan suit tapi kali ni dia memakai pakaian tradisional Jepun. Ketampannya bertambah dua kali lipat. Aqil membuka sedikit pintu yang separuh terbuka itu agar boleh lihat dengan lebih jelas. 

Tubuh Alex diamati dengan mulut separuh ternganga. Alex, he so perfect. Tubuhnya yang tegap dan sasa, otot lengannya terbentuk sempurna. Itu belum dikira lagi otot perutnya yang tampak mengiurkan. Ish!Yuuki, kau bukan pervert!Ingat tu kau bukan pervert!

Tidak mahulah Aqil melihat tubuh Alex lama lama nanti berdarah karang hidungnya. Siapa pulak yang susah nanti.

Aqil membuang pandangannya ke arah tangan Alex. Di tangan lelaki itu, terdapat sebilah pedang panjang. Dan dihadapannya terdapat beberapa buah patung daripada jerami yang dikhaskan untuk melatih latihan pedang.

Seketika kemudian, Alex menghunus pedang ditangannya tinggi di hadapan patung jerami itu. lelaki itu menggerakkan badannya sembari menghayun pedangnya, melibas ke atas bawah, kiri kanan. Tidak cukup dengan itu Alex berpusing badannya, melompat tinggi di udara. Pedang di tangannya di libas tepat pada patung jerami itu hingga terbelah dua. Sebahagian patung yang lain jatuh ke lantai terbelah dua

Aqil melihat semua aksi yang dilakukan Alex tadi dengan mulut separuh terganga. Dia yang tidak tahu menahu dengan seni mempertahankan diri merasakan pergerakan yang dilakukan Alex tadi tiada cacat celanya. Bahkan dia terlihat seperti sedang menari dengan pedang itu. It perfect. And he look so damn handsome with that!OMG! Apa yang aku mengarut ni?!, Aqil menggeleng kepalanya. Cuba menghapuskan fikiran kotornya itu.
Setelah beberapa ketika beraksi, Alex akhirnya berhenti. Dia tampak termengah mengah. Keringat membasahi wajah dan tubuh tegapnya.

Mukanya berpaling sedikit ke belakang dan ternampak Aqil mengintainya. Dia menaikkan sebelah keningnya.

"Berapa lama kamu nak tercegat kat situ"

Jatuh Cinta Tanpa Sengaja (Edited)Where stories live. Discover now