Bab 8 (Edited)

288 12 1
                                    

Jarum jam di pengelangan tangannya menunjukkan telah pukul 9:20 malam. Alex telah bersiap untuk menghadiri pertemuan dengan bekas rakan bisnes juga musuh ketatnya dalam dunia gelap, Kazuhiro Natsume yang akan bermula tepat pukul 9:30 malam.

Dia kini berdiri depan Hotel Hilton Park Lane lalu dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu dengan bergaya.

Sementara menunggu bodyguard yang diperkerja check keadaan dalam lift untuk memastikan tiada bahan berbahaya dipasang dalam lift itu Alex berdiri depan lift sambil menghisap rokok.

Selesai menyelesaikan tugas mereka bodyguardnya mempersilakan Alex masuk ke dalam lift. Dia masuk dalam lift dengan malas kemudian bersandar tepi dinding besi dalam lift.

Salah seorang daripada bodyguard Alex menolongnya menekan punat nombor 40 yang merupakan lantai paling atas menuju ke restauran terkemuka yang menjadi tempat pertemuan yang akan berlangsung sebentar lagi nanti.

Lantai dalam lift mula bergerak naik, Alex memejam mata sementara menunggu lift yang dinaikinya sampai ke tempat pertemuan.

Ting!

Pintu lift terbuka luas, Alex berjalan keluar dari lift menuju ke kaunter dalam restauran.

"Sir, how can I help you?"wanita penyambut tetamu yang bertugas di kaunter dalam retauran itu menanyanya dengan sopan.

"I came here in the name of Alexavier Nikolaevich. Kazuhiro Natsume, my business partner was booking this restaurant tonight and he invited me to have dinner with him"luah Alex. Puntung rokok di tepi bibirnya di cabut dan di letak dalam tray rokok atas meja depan kaunter.

"Your name is indeed on the list of customers in our restaurant. Let me bring you there"beritahu wanita itu selepas selesai membelek fail yang mengandungi nama tetamu di restauran mereka.

Wanita itu bangkit dari kerusi di kaunter dan berjalan keluar dari meja kaunter menuju ke sisi Alex.

"Please come with me, Alexavier sir" pelawa wanita itu seraya mula berjalan menuju ke sudut dalam restauran yang agak terpencil.

Sesudah sampai di sana wanita itu menghentikan langkah kakinya dan berhenti di sebuah bilik yang tidak berkunci namun tertutup rapat.

"Mister Kazuhiro has arrived and waited for you in" kata wanita itu. Alex mengangguk faham.

"Hn, you can leave now" arah Alex.

"Thank you sir"wanita itu membungkuk hormat kemudian berlalu meninggalkan Alex sendirian menuju ke kaunternya untuk kembali bertugas.

Bodyguard yang mengikuti Alex dari belakang membukakan pintu untuk membolehkan bossnya masuk. Alex memasuki dalam ruangan bilik itu dengan senyap, berjalan melepasi beberapa susunan kerusi yang di susun di meja panjang yang menghidangkan dua botol di hujung meja yang mengandungi wine jenama Chivas Regal yang dikeluarkan pada tahun 1953.

Mata Alex meliar melihat sekitar dalam bilik restauran. Terdapat sebuah lampu candelier besar tergantung tinggi di langit siling. Dan meja yang mereka duduki berada tepat dibawah candelier itu. Terdapat juga beberapa perabot daripada kayu jati yang merupakan sebuah peti ais, tempat menyimpan wine wine mahal yang di import dari seluruh negara. Setiap wine yang dikumpul di restauran ini tidak diketahui dari tahun berapa wine itu dan dari mana asal wine itu.

Jatuh Cinta Tanpa Sengaja (Edited)Where stories live. Discover now