Bab 18 (Edited)

246 8 3
                                    


Setengah jam sudah berlalu sejak urusan mendaftar Aqil masuk ke sekolah baru. Mereka sekarang dalam perjalanan pulang ke rumah dalam keadaan senyap. Masing masing malas bersuara hingga Alex memecahkan kesunyian dengan mengutarakan pendapatnya tanpa meminta pendapat Aqil terlebih dahulu.

"Alang-alang kita dah keluar sama, temankan aku makan siang. Perut lapar" Alex mengajak. Matanya tidak lepas memandang jalan raya. Perutnya diusap usap dengan tangannya yang tidak memegang stereng kereta.

Tidak berkelip mata Aqil merenung lelaki itu. Dia rasa serba salah hendak menolak ajakan lelaki itu memandangkan perutnya juga lapar akibat tidak menjamah makanan pagi tadi.

"Perut aku pun lapar ni. Err...boleh la kut" Aqil bersuara tersekat sekat. Pipinya sedikit merona. Peristiwa yang terjadi tadi masih tidak luput di ingatannya. Dia masih gugup hendak berduan dengan laki itu terutamanya mereka tadi seolah hendak berciuman pula.

Ahh!Lekas hindar dari minda aku!,
Lantas Aqil menggeleng kepalanya. Pipinya terasa menghangat memikirkan tentang itu.

"Hn good" Alex tersenyum sendiri. Sesekali matanya melirik pada anak angkat yang duduk di sebelahnya. Entah hantu apa yang telah merasuknya tadi. Hampir saja dia hendak berciuman dengan anak angkatnya sendiri.

Damn!What happen to me?!, Alex teriak dalam hati. Hendak saja Alex menghantuk kepalanya pada stereng kereta tapi dikurung niatnya itu. Karang tak pasal pasal keretanya kemalangan pula. Haish! Minta di simpangkan!

"Kita nak makan kat mana?"Aqil menyoalnya. Alex angkat bahu. Dia sendiri pun tak tahu di mana sebenarnya tempat dia nak mencekik. Perutnya sudah lapar minta diisi tapi pikirannya buntu pada saat itu.

"Aku tidak mahu tempat yang ada air cond. Aku lebih prefer makan di gerai tepi jalan. Kamu ok tak makan kat gerai biasa?"soal Alex. Sebelah matanya melirik Aqil yang mulutnya mula memuncung sedepa. Tak suka la tu.

Aqil terdiam. Kedekut betul kalau nak makan kedai biasa. Bukan ke dia tu orang kaya? Takkan la dia tak biasa makan di tempat berhawa dingin. Nampak sangat menipunya. Ini species laki yang kuat kelentong. Haji bakhil kedekut tahi hidung masin!, kutuk hati Yuuki.

"Err, aku tak selesa makan di tempat yang takde air cond. Panaslah"ujar Aqil selamba. Kolar bajunya dikibasnya seolah dalam kepanasan. Padahal mana mana pun dia boleh makan asalkan bukan di dalam tandas. Saja dia nak merasa masakan orang kaya di restauran five star. Ambik kau!Kering kontang dompet Alex nanti belanja dia makan.

"Hmm.Baiklah" Alex mengalah. Nada suaranya terdengar terdesak. Aqil melihat laki itu dengan tidak percaya. Kedekut sangatkah dia sampai terdesak sangat wajah dia tu? Ah, Biak pilah. Bukan setiap hari pun. Satu kali ni je makan kat restauran mahal sikit.

Kereta yang dinaki mereka membelok ke simpang kiri. Alex memperlahankan keretanya apabila kereta mereka hampir sampai di sebuah bangunan tinggi. Ia sebuah restauran di hotel empat puluh tingkat. Aqil mendongak ke atas. Mulutnya separuh terbuka. Dia seriously nak makan kat hotel five star ni?Kalau betul baguslah tapi bagaimana  kalau dia kelentong? Mampus duit aku melayang nanti...

"Ok, aku ikut awaklah. Kalau kamu mahu makan kat gerai, apa salahnya? aku temankan" Aqil mendalih. Sedaya upaya dia menjauhkan pandangannya daripada membalas renungan laki itu.

Alex pelik. Pelik dengan Aqil yang dengan mudah mengubah pendapatnya. Kenapa pulak dengan bocah ni?Cepatnya ubah pikiran. Tersampuk hantu ke apa? Dia pikir aku ni kedekut sangat ke sampai sanggup ubah lokasi makan semata mata takut makan bayar sendiri?

Siapa sangka apa yang ditekanya seratus peratus betul.

"Okey...okey. Memandangkan aku agak gentle hari ni, aku akan bawa kamu makan kat tempat berair-cond ni. Lagipun bukan ke dah terlambat nak ubah pikiran?Kita dah sampai pun. Jom keluar" Alex menarik keluar lengan Aqil. Aqil agak terkejut dengan kelakuan Alex. Adakah seorang laki akan mengaku dirinya gentle? Urrghh... gross! Aku sendiri pun tak akan mengaku aku ni gentle. Dalam hati boleh la.

Jatuh Cinta Tanpa Sengaja (Edited)Where stories live. Discover now