"Hei itu pun mereka!" Ninie berteriak sambil tangannya ditunjukkan ke arah Aqil dan Minami yang berjalan seiringan keluar dari perkarangan pagar sekolah. Mereka terlihat rancak berbual sampai tidak sedar Natasha dan kroni nya yang lain memperhatikan mereka dari jauh."Shhhh!"Natasha, Alissa dan Niena meletakkan jari telunjuk mereka di mulut sambil menjeling pada Ninie. Niena menarik lengan Ninie supaya turut berselindung di sebalik dinding.
Bimbang sekiranya Aqil dan Minami ternampak mereka, sekaligus menggagalkan rancangan mereka. Boleh hancur segala-galanya!Boleh musnah semua!Natasha menjengil matanya, sebesar bola ping pong gara-gara ingin memperhatikan gerak geri Aqil dan Minami. Tidak lupa juga mereka harus memastikan sekolah benar-benar kosong sebelum memulakan kegiatan jahat mereka. Mereka berempat mengeluh lega tatkala kelibat Aqil dan Minami perlahan-lahan lenyap disebalik dinding pagar sekolah. Mereka tidak mahu kegiatan mereka ditangkap basah sebelum bertindak. Tidak sesekali!
"Kamu dah sediakan pin?"soal Natasha.
"Ada" Alissa menyahut. Dalam pergelangan tangannya ialah beberapa pin yang dikutip dari papan kenyataan sekolah.
"Lukisan yang budak nerd tu lukis?"Niena bersuara.
"Ni ha"Ninie tersengeh. Dia mengeluarkan lembaran kertas dari beg sandangnya. Dipamerkan lembaran kertas tersebut pada teman-temannya.
"Oi, tak perlu la tunjukkan pada kami lagi!"marah Natasha sembari memejam matanya, cuba menghalang penglihatannya daripada terlihat gambar Yaoi hardcore yang dilukis Minami. Namun dia gagal mengawal permikiran dari melayang-layang di mindanya. Darah merah terus merembes keluar dari hidungnya. Lantas, dia mendongak kepalanya ke atas, memicit batang hidungnya.
Tch!Rosak kesucian mata aku!getus hatinya.
"Yelah, yelah"Ninie kembali menyimpan kertas tersebut ke dalam begnya.
"Jadi, apa tunggu lagi. Aku dah tak sabar nak mempermalukan mereka berdua"Natasha tersenyum jahat.
"Sekiranya begitu, apa tunggu lagi. Lagi cepat lebih bagus" ujar Alissa.
"Ladies, mari kita pergi"apabila Natasha memakai kaca hitamnya kembali, kroni-kroninya yang lain turut melakukan hal yang sama.
Mereka keluar dari berselindung di sebalik dinding, masuk ke dalam bangunan sekolah menuju ke attention board berdepan dengan dewan sekolah.Ok, misi bermula!
.....
"Eh!Apa yang awak semua buat di sini?!"Natasha dan kroninya menoleh ke belakang. Oh tidak!Masakan belum apa-apa mereka sudah ditangkap?Kurang asam punya pengawal!
....
"Eh, Cik Ninie, Cik Niena. Awal pulang?Kata pulang lewat hari ni?Bagaimana shopping nya, seronok?"bibik Tia menegur si pasangan kembar sebaik sahaja dia membukakan pintu untuk anak majikannya itu.
"Diamlah bibik! Jangan masuk campur urusan orang lain, boleh?"Ninie menjeling tajam dan terus berlalu ke tingkat atas menuju ke biliknya. Niena menolak tubuh bibik Tia sebaik melepasi wanita puluhan tahun itu. Habis jatuh tersungkur bibik Tia ditolaknya. Ninie berlari anak mengikuti kembarnya dari belakang. Bibik Tia tercengang. Namun hanya buat seketika. Dia lekas bangkit dan meneruskan kembali kerjanya, menyiapkan makan malam keluarga itu. Perangai Ninie dan Niena yang panas baran itu bukan lagi perkara yang perlu dihairankan walau dia baru saja bekerja selama setahun dibanglo mewah itu.
Sebaik sahaja tiba dalam biliknya Ninie terus menghempas badannya di atas katil empuk bersaiz King nya.
"Ish!Buat kacau sahaja pengawal tadi!Habis rosak rancangan!"Ninie mengapai bantal di sebelahnya dan menekup mukanya.Kakinya dihempas-hempas, tidak berpuas hati.
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Tanpa Sengaja (Edited)
Romance«Alexavier Nikolaevich» Alexavier Nikolaevich. Duda anak satu. Tegas dalam pendiriannya. Kacak. Bergaya. Jejaka idaman bagi seluruh kaum hawa tapi kenapa dia masih belum berpunya? Di mana isterinya? Jawapannya hanya dia sendiri yang tahu. Tapi kena...