Tab! Tab! Tab!
Alex mendongak pandang lain. Matanya tertuju pada Aqil yang berjalan turun dari lantai aras dua. Dia berjalan santai sambil berpegangan tangan dengan adiknya.
Terangkat kening Alex apabila pandang Aqil atas bawah. Tak cukup dengan itu, sekali lagi atas bawah Aqil dipandangnya. Tanpa sedar mulutnya terganga.
Haish...macam mana species macam ni pun aku ambil sebagai anak angkat?Semuanya serba hijau. Dari atas ke bawah. Kepala hijau(Topi), badan hijau tua(Baju), kaki pun hijau tapi hijau kekuningan(Seluar). Aish...pokok pisang bergerak ke apa? , Alex menggaru belakang tengkuknya.
Pelik dia tengok budak sorang ni. Sebelum ni dia tak perasan tapi bila hari hari tengok Alex baru perasan Aqil gemar mengenakan baju yang sedondon baju yang dipakainya. Kalau baju kuning maka kuninglah seluruh badannya. Jadilah buah pisang bergerak.
Lantas Alex menggeleng kepalanya.
"Kamu nak keluar ke mana?"tanya Alex dengan dahinya berkerut seribu.
"Wei, kamu lupa ke hari ni aku perlu register untuk ke sekolah baru. Lagi satu minggu sekolah akan bermula. Kamu tak bersiap ke?"Aqil mencebik. Tangannya disilang di dadanya.
"Oh"itu saja kalimat yang keluar dari mulut Alex. Alex menegakkan badannya. Dia bingkas bangun dari terusan duduk di sofa empuknya.
"Hn, kamu berdua tunggu sini.Aku salin baju"arah Alex sembari menapak tangga melingkar menuju ke biliknya.
Aqil mengambil tangan kecil adiknya dan membawanya duduk di sofa yang Alex duduk tadi.
"Pagi"sapa Aqil pada dua sahabat yang leka menonton movie di tv plasma 50 inci. Ren melirik ke tepi, memandang Aqil di sebelahnya.
"Pagi"balasnya dengan suaranya terdengar sedikit kekok. Jack pula hanya tersengeh. "Hei, Aqil meh la tengok movie sama kami. Eh? Kamu nak pergi mana?" Jack pandang Aqil dari atas ke bawah. Sama seperti Alex tadi. "Eh Aqil, hijau pula hari ni"
"Um ya. Ok tak?"Aqil dengan wajah ceria bingkas bangun dan dipusing dirinya depan kedua laki di ruang tamu itu.
"Haha...ok" Jack menggaru pipinya. Dia ketawa kecil. Hendak komen cara permakaian Aqil takut dia terasa pula. Jadi dia mengiyakan saja. Ren hanya diam diri. Khusyuk betul tonton movie Doraemon 3D, Stand by Me di Astro First. Kadang-kadang laki itu akan menghembus hingusnya pada tisu apabila babak sedih muncul di layar tv.
"Mari gerak"ujar Alex seraya bergerak turun menuju ke pintu masuk. Dia bersiap untuk berangkat ke sekolah baru Aqil. Suara Alex membuyarkan lamunan Aqil.
"Um jom. Aryan" Aqil berlari anak mengekori Alex. Adiknya? Aqil berpaling ke belakang apabila tidak mendengar bunyi kasut adiknya mengekorinya dari belakang. "Artan?Kamu tak mahu ikut ke?"Aqil bingung melihat adiknya. Tadi beriya mahu ikut tapi sekarang satu langkah pun tak mahu gerak dari sofa.
"Aryan nak tengok movie ni. Abang pergi jelah dengan uncle Alex" matanya tidak lepas pandang tv 50 inci tersebut.
Aqil mengeluh."Baiklah. Abang pergi dulu" Aqil bergerak keluar dari rumah banglo itu. Langkah kakinya berhenti apabila sebuah kereta mewah warna biru gelap jenama LEXUS keluaran pada tahun 1989 berhenti depannya. Cermin tingkap di turunkan.
"Masuk" arah Alex tanpa mengalih perhatiannya dari cermin depannya. Aqil hanya menurut perintahnya. Malas nak membantah. Kalau menjawab karang kena bidas pula. Lagipun dia dalam mood baik mustahil dia hendak lepaskan peluang keemasan bila Alex menawar diri jadi drebar untuknya.
Sebaik saja masuk dalam kereta Aqil terpana melihat Alex. Mulutnya ternganga luas melihat laki itu yang tampak segak bergaya dengan hanya mengenakan jaket hitam dengan dua garis putih menghiasi bahunya. Baju bahagian dalamnya bewarna merah darah dengan lambang(Pandai2 kalian pikir sendiri lambang apa), seluar jean yang dipakainya ialah jenama Levi warna biru tua dengan butir butir batu berlian kecil menghiasi sisi tepi kocek seluar.
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Tanpa Sengaja (Edited)
Romance«Alexavier Nikolaevich» Alexavier Nikolaevich. Duda anak satu. Tegas dalam pendiriannya. Kacak. Bergaya. Jejaka idaman bagi seluruh kaum hawa tapi kenapa dia masih belum berpunya? Di mana isterinya? Jawapannya hanya dia sendiri yang tahu. Tapi kena...