Pertemuan..

8 0 0
                                    

Zara berjalan tenang menuju ke tempat perhimpunan dengan penuh gaya. Hmm, berlagak diva kerana berstatus kaya! Aisya si sahabat setia di sisi. "Zara, kedengaran ada pelajar baru!" Kata Aisya dengan penuh teruja.

"Pelajar baru? Huh.. tiada siapa boleh melawan Zara Batrisyia!" Angkuh Zara. "Ish, awak ini. Awak apa tahu? Mana tahu anak diraja?" Aisya memberi paku buah keras.

"Sya! Awak tahu bukan ini Sri Cahaya. Sekolah swasta! Sekolah yang masih dikira biasa. Lainlah jika Sekolah MQ." Zara masih dengan sikap sombongnya. "Sudahlah. Mahu dilayan awak hanya dapat sakit hati." Kata Aisya.

Tiba-tiba, Zara terjatuh. Mengeluarkan suara yang Diva. Jatuh pun macam jeli lembiknya. Aisya segera membantu Zara yang terjatuh. "Sya! Siapa yang menolak saya?" Tiba-tiba ada satu suara asing. "Saya. Maaf saya tidak sengaja. Pengawas suruh saya duduk di hadapan awak." Kata pelajar itu.

"Awak siapa? Pelajar baru?" Soal Aisya. "Ya. Saya Nur Qaisara. Awak pula?" Tangan dihulur oleh Aisya segera disambut. "Saya Aisya Irdina. Panggil sahaja saya Sya." Zara mula tidak sedap hati. Dia kenal dengan Qaisara. Anak Tan Sri Mansor. Lebih pangkat darinya kerana Zara hanyalah anak kepada Dato' Syah. Zara segera memalingkan muka.

"Erm, awak! Saya minta maaf ya!" Qaisara meminta ampun. "Zara! Awak maafkan sahajalah Qaisara!" Pinta Aisya. "Huh! Dengan mudah? Habis kotor baju saya!" Zara sombong! "Emh! Jangan terasa hati sangat dengan sikap Zara ni Qaisara! Memang begini sikap semula jadinya." Aisya tersenyum. "Saya harap dia maafkan. Sya, nanti awak boleh tunjukkan jalan seluruh sekolah? Cikgu Ira ada mesyuarat." Qaisara memberitahu.

"Sudah tentu!" Aisya tersenyum. "Sya! Tidak usahlah! Baik temankan saya menghantar buku latihan kepada Cikgu Rafil." Zara mengambil kesempatan. Tidak mahu Zara berapat dengan Qaisara!

"Ish awak ini! Kasihankan juga Qaisara ini!" Jawab Aisya. "Ish! Ikut sahajalah!" Paksa Zara. "Ish! Tak nak!" Aisya terus bermasam muka. "Zara awak ini sudah kenapa? Mengapa sikap awak berubah? Sya! Saya tidak paksa! Tapi saya minta tolong! Tolong ubah sikap Zara!" Qaisara terus berlalu. Seorang pengawas segera datang. "Zara Batrisyia?" Zara terus menjeling tajam.

"Cikgu Ramli memanggil kamu ke bilik disiplin." Pengawas itu terus berlalu. "Ah?" Tersentak Zara! Apa yang akan berlaku?

Dendam SahabatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang