SEVEN

335 58 1
                                    

"Jimin,sampai pun kamu" Mak Yoongi menyambut aku di pintu rumah. Aku hanya tersenyum,mak Yoongi memberi ruang untuk aku masuk.

Aku nampak Yoonji,adik Yoongi sedang bermain Ipad. Budak zaman sekarang,aku dulu main tanah je tau.

"Mak cik pergi overseas sampai hari jumaat" harini isnin,lame jugak la diorang pergi.

"Kamu kene ambik Yoonji setiap hari lepas habis sekolah" Aku mengangguk kepada setiap information yang mak yoongi bagi,dari makanan jenis apa untuk dibagi sampai lah jadual tidur.

"Okay lah,mak cik kena pergi airport dah ni" Aku menunduk kan kepala aku dan lemparkan senyuman kepada mak Yoongi.

Aku mendukung Yoonji supaya dia boleh tengok mak dia berangkat ke airport. Aku memegang tangan Yoonji,dan melambaikan tangannya ke Mak Yoongi.

Selepas kereta tersebut hilang dari pemandangan aku. Aku menutup pintu dan meletakkan Yoonji di atas sofa.

"Asal oppa pendek sangat?" Tanya Yoonji sambil menukar siaran televisyen. Pergh! Soalan dia pedas,lagi pedas dari ramen nuclear yang Taehyung dan aku makan minggu lepas.

Tak sangka adik Yoongi pun perangai sama dengan dia.

"Entah la" aku jawab dengan simple. Tu jawapan yang jujur okay,aku sendiri pun tak tahu kenapa aku pendek. Karang menipu,berdosa.

"Mesti tak banyak minum susu goodday kan?" Tanya dia lagi. Eh budak ni,sampai jenama dia bagi tahu.

"Oppa minum susu bancuh teh tarik tu je,oppa orang susah" Jawab aku dengan selamba. Aku berjalan ke dapur untuk mengambil susu dan biskut untuk makan petang.

Mak dia kata,dia dah makan tengah hari. Senang sikit kerja aku.

Aku meletakkan beberapa keping biskut chocolate chip di atas pinggan dan menuang susu goodday ke dalam cawan.

Aku membawa makanan tersebut dengan berhati-hati. Tiba di ruang tamu,aku letakkan pinggan tu di atas meja.

"Yoonji,makan" Kata aku lalu duduk di sebelah dia. Tengah tengok spongebob squarepants rupanya.

"Terima kasih oppa" Yoonji kata lalu menggigit biskut tersebut. Aku membawa keluar phone aku sebab bosan.

Tengah sibuk aku scroll instagram tiba-tiba ade orang cuba nak bukak pintu.

"Siapuf tuf" Yoonji kata sambil mengunyah biskut. Aku dah mula berpeluh,dah la sekarang hampir petang.

"Yoonji duduk sini jangan pergi mana-mana okay" Dia hanya mengangguk. Aku berjalan ke pintu dan membuka nya dengan perlahan-lahan.

"Yoongi hyung?"

 ʏᴏɢᴜʀᴛ  × [DISCONTINUED]Where stories live. Discover now