"Hah?"
Girlfriend? Aku memang tak boleh nak brain situasi ni sekarang. Aku tak bercakap dengan Yoongi untuk beberapa hari now dia dah ada girlfriend?
"Maksud aku,hi" Aku berdehem lalu menjabat tangan dengan Jisoo. Aku menayang senyuman tak ikhlas.
"Oppa oppa bila nak data-" ayat Yoonji dipotong oleh abangnya.
"Jom balik" Tangan kanan Yoonji dipegang oleh Yoongi manakala tangan kiri dipegang oleh Jisoo.
Patut nya aku yang pegang tangan Yoonji bukannya dia.
"Bye Jimin" Kata Jisoo,dia melambai sambil melemparkan senyuman manis dia kat aku. Jisoo menyuruh Yoonji melambai kat aku.
"Bye" Aku lambai balik kat diorang berdua.
Yoongi masih tak pandang aku.
Kelibat diorang bertiga hilang dari pandangan aku. Aku membayar barang-barang aku lepas itu aku mesej Seulgi,
me
Emergency EMERGENCYseulgi
Kau asal?seulgi
Kau okay ke???me
Aku datang rumah kau bolehseulgi
Bolehme
Thanks byeseulgi
ByeAku menyimpan phone aku dalam poket. Kenapa aku rasa sedih sangat,aku bukan milik Yoongi.
Aku bukan milik Yoongi.
Perkataan tu diulang di dalam kepala aku banyak kali sampai aku rasa nak nangis.
Sedar diri,Yoongi tak nak kau.
****
"Jimin jangan lah nangis" Kata Seulgi sambil menggosok belakang aku dengan lembut. Selepas aku cerita dekat dia semua benda aku terus menangis.
Aku penat dengan semua orang nak tinggalkan aku sebab diorang dah jumpa orang yang lebih baik dari aku.
"Ak-aku penat,aku penat sangat. First-first Taehyung lepas tu Yoongi. Mana tahu lepas ni kau" Aku meroyan sambil menangis teresak-esak.
Seulgi mengelap air mata aku dengan ibu jari dia. Dia memegang kepala aku dekat tangannya supaya aku pandang muka dia.
"Buruk sial muka kau"
"SEULGI! aku tengah sedih ni!"
"Aku main-main je la" Seulgi ketawa kecil. Aku tahu la muka aku teruk waktu nangis,tak payah la ingatkan.
"Dengar sini,aku ada kau. Kau ada aku. Apa-apa pun terjadi aku takkan tinggalkan kau. Kau dah macam adik beradik aku walaupun kita baru kenal"
Aku terus peluk Seulgi kuat-kuat lepas dia cakap macam tu.
"Aku sayang kau"
"Aku pun"
Selepas sesi meroyan aku dah tamat,aku mesej mak aku kata aku duduk rumah Seulgi. Lagi pun mak aku kerja over time harini.
Seulgi plan malam ni kiteorang nak tengok movie sambil makan makanan yang tak berkhasiat.
Rumah seulgi besar gila sebab dia anak orang kaya. Seulgi ada rumah sendiri sebab keluarga dia duduk jauh.
Kiteorang tengah layan pitch perfect 3.
Tengah syok tengok movie,Seulgi tekan pause.
"Seulgi,why?" Aku tanya dia,muka dia macam muka orang jahat yang dapat idea untuk plan jahat dia.
"Aku ada plan untuk sedarkan Yoongi"
Oh betul la aku teka.