NINE

371 68 2
                                    

Aku baru je lepas hantar Yoonji ke tadika,waktu kiteorang keluar rumah Yoongi masih lagi tidur.

Aku juga letakkan nota di atas meja makan yang bertulis,

Syok tidur? Makanan aku dah siapkan  sebab aku tahu kau akan datang lambat.

Your favourite person,Jimin

Aku tersenyum sorang-sorang waktu tulis surat tu. Kalau orang tengok aku mesti diorang aku ingat aku tak siuman atau gila.

Aku memang gila,aku gila kan Yoongi. Wah ayat aku boleh digunakan sebagai skrip untuk watak utama di drama tv 3.

Tengok dah merapu. Okay back to the story.

Aku dah sampai lama dah kat sekolah,tapi sebab aku nak jumpa Taehyung aku duduk kat luar kejap.

Aku sedang mendengar lagu stay by blackpink. Ber-feeling la jugak aku kat luar ni. Sekarang musim luruh,kat sekolah kiteorang ada pokok sakura.

Tanah di penuhi bunga sakura yang dah luruh. Nampak aesthetic gitu.

Sedang sibuk aku perhatikan pokok tu,mata aku dapat tangkap kelibat Taehyung keluar dari kereta mewah.

Aku tahu yang Taehyung ni kaya,tetapi dia jarang datang dengan driver dia. Tapi tak silap aku,Taehyung tak pernah ada kereta macam tu.

Aku menutup kepala aku dengan hoodie. Acah-acah undercover,FBI boleh ambik aku kerja.

Eh mengarut.

Lepas Taehyung keluar aku nampak lagi seorang yang muka dia macam familiar.

"Jungkook?" Bisik hati aku.

Kenapa Taehyung dengan Jungkook naik kereta sama-sama? Asal Taehyung tak jalan kaki dengan aku macam dulu.

Taehyung terpandang muka aku,dia terus mengalihkan pandangannya. Dia memegang tangan Jungkook dan mereka berdua jalan memasuki sekolah.

Aku boleh tengok semua students berbisik antara satu sama lain. Ye lah,diorang dua dah 2 hari tak datang sekolah.

Jungkook tu bukan perkara biasa,ni Taehyung. Dia dah la top student.

Aku sekarang ni rasa marah dan geram. Sanggup dia buat aku macam ni? Sampai hati dia tinggal kan aku untuk orang yang dia suka dan baru kenal.

Tanpa aku sedar,pipi aku dibasahi oleh air mata aku. Aku cepat-cepat lap pipi aku.Aku mengambil beg aku dan berjalan memasuki sekolah.

Aku kena tahu kebenaran.

****

Sekarang kelas matematik,sebelah aku kosong. Taehyung tak masuk kelas lagi,selalu aku dengan dia yang datang awal.

Aku meletakkan kepala aku di atas meja dan mengeluh. Ape masalah budak ni? Aku ada buat salah ke?

Tiba-tiba aku dengar pintu terbuka,aku mengangkat kepala aku dan nampak Taehyung dengan Jungkook tengah bergelak ketawa.

Ouch.

Dulu aku dengan dia selalu bergurau benda bodoh sama-sama. Tapi sekarang..

Taehyung nampak aku tengok dia,aku pun senyum tapi dia hanya pandang aku dengan muka yang kosong.

Senyuman aku terus hilang.

Dia tak duduk sebelah aku tapi sebelah Jungkook. Aku dengan Taehyung suka duduk depan sebab kiteorang berdua susah nak faham matematik,jadi duduk depan senang nak fokus.

Tapi dia dah berubah...

Aku seriously nak nangis sepanjang masa cikgu kiteorang ajar. Aku dapat rasa yang Taehyung pandang aku.

Aku nak fokus pun susah.

Tanpa aku sedar,masa matematik dah habis dan sekarang waktu rehat. Aku mengemas barang-barang aku dan keluar dari kelas.

Aku berdiri di pintu masuk kantin,Taehyung tak lepak dengan aku. Tapi dia lepak dengan geng Jungkook.

Aku tak tahu mana aku dapat keberanian ni,tapi perasaan yang ada dalam diri aku sekarang ni adalah geram,marah dan sedih.

"Taehyung"

Semua budak-budak yang duduk di meja tu semua pandang aku. Aku boleh dengar budak-budak yang duduk meja lain berbisik.

"Kenape? Ape salah aku?" Kata aku,korang dapat rasa kesedihan aku melalui suara aku.

"Ape salah kau? Kau ingat aku nak sangat ke kawan dengan budak miskin macam kau? Dah la mak kerja cleaner"

Pedih.

Hati aku betul-betul tergores. Cuba bayangkan kalau kawan baik kau yang kau kenal dah lama,yang kau dah anggap macam darah daging sendiri kata macam tu kat kau.

"Taehyung kau bergurau kan?" Setakat ni air mata aku dah macam air terjun. Pipi aku basah teruk.

Mesti semua tengok aku macam aku ni lemah.

"Bergurau? Bangun la Jimin! Sedar diri sikit yang kau tu hodoh. Mak kau dengan kau-"

Pang!

Muka Taehyung ditampar,bukan aku yang tampar tapi,

Yoongi,Min Yoongi yang tampar.

________

Wah tragic kan chapter ni? Korang rasa tv 3 boleh panggil author untuk buat drama diorang tak?

 ʏᴏɢᴜʀᴛ  × [DISCONTINUED]Where stories live. Discover now