SEVENTEEN

312 55 3
                                    

Seminggu dah berlalu,Mak Yoongi dan Yoonji dah balik. Jadi aku tidak diperlukan lagi,bayaran jaga anak-anak dia masyuk la juga.

Aku memakai hoodie berwarna gray dan seluar jogging warna hitam. Aku hanya menggosok rambut aku dengan tangan aku supaya tak serabai.

Harini hari cuti,aku bosan duduk rumah. Aku dengan Taehyung gaduh dan Seulgi pula sibuk study untuk peperiksaan akhir tahun jadi aku tiada kawan untuk lepak.

Yoongi?

Memang tak la,sejak kejadian tu berlaku. Aku dengan Yoongi memang tak bertegur langsung sampai la hari mak dia balik.

Yes,memang awkward.

Aku membuat keputusan untuk berjogging petang ni. Sekali sekala buat benda berfaedah huks.

Aku menyarung kasut nike dan mengikat tali kasut selepas itu aku kunci pintu dan memulakan sesi jogging.

Aku berjogging selama 30 minit la jugak. Penat tu macam namati jadi aku berhenti jogging dan berjalan ke kedai runcit untuk beli yogurt dan air.

Ding!

Bunyi loceng menunjukkan ada orang memasuki kedai runcit tersebut. Pekerja di situ menegur aku dengan sopan jadi aku pun balas teguran diorang.

Aku mengeliat sambil berjalan sebab penat berlari. Sampai saja di tempat minuman sejuk,aku terus mengambil yogurt kegemaran aku dan sebotol air mineral.

"Teringin ramen cheese la" Aku cakap sorang-sorang dan berjalan ke section ramen.

Aku mengambil satu packet ramen cheese dan berjalan ke kaunter. Aku beratur di belakang seorang budak lelaki sebaya aku dan seorang perempuan di sebelah nya.

Oh dan seorang budak kecik perempuan yang sedang menghisap lolipop.

Muka macam famili-

"Jiminie oppa!" Budak perempuan tu menjerit dan memeluk kaki aku.

"Hi Yoonji" Kata aku lalu menggosok rambut nya dengan lambut. "Yoonji rindu oppa" Kata Yoonji dengan muka sedih.

"Oppa pun rindu la"

"Yoonji cakap dengan sa- jimin?"

Oh Yoongi rupanya,perempuan sebelah dia pun memandang aku dengan muka pelik.

"Hi" aku tegur dengan suara pelan.

"Yoongi siapa ni?" Tanya perempuan tu. Suara nya lembut,muka nya lembut dan ayu.

Pendek kata dia memang lawa.

Tiba-tiba aku rasa jeles.

"Urm,ni Jimin dia yang mengasuh Yoonji waktu mama tiada kat rumah" Jelas Yoongi dan dia hanya mengangguk.

"Oh hi saya Jisoo,girlfriend Yoongi" Kata Jisoo dengan lembut,dia menghulurkan tangan dia supaya aku boleh berjabat tangan dengan dia tetapi reaksi aku hanya,

"Hah?"

 ʏᴏɢᴜʀᴛ  × [DISCONTINUED]Where stories live. Discover now