Dayeon mengeliat kecil. Terasa kepalanya pening sekali , badannya juga lemah. Seluruh sendinya sakit. Dayeon mencelikkan mata perlahan lahan. Dia merasa pinggangnya dipeluk. Erat. Dia menoleh ke kanan dan serentak dengan itu air matanya jatuh mengalir. Deras. Wajah lelaki itu nampak tenang , seakan tiada apa yang berlaku malam semalam. Hembusan nafas lelaki itu menampar lembut pipinya. Matanya jatuh pada pakaiannya dan pakaian lelaki itu yang bertaburan di atas lantai. Dia memejamkan mata menahan sendu yang teramat. Kepalanya terfikir fikir bagaimana hidupnya lepas ini . Masih terbayang bayang bagaimana malam itu terjadi. Malam dimana kesucian nya diragut tanpa kerelaan dirinya.
Dayeon ingin bangun tapi tidak boleh disebabkan pelukan Chanyeol yang ketat pada pinggangnya. Selimut yang terselak sikit ditarik hingga ke paras leher. Menutupi dadanya yang sedikit terdedah. Dayeon ingin cepat cepat bangun dari situ kerana tangisannya semakin lama , semakin kuat. Bimbang lelaki itu tersedar gara gara esakannya itu. Dengan kekuatan yang ada, dia cuba untuk meleraikan tangan Chanyeol yang melilit di pinggangnya namun gagal. Terasa Chanyeol semakin mengeratkan pelukannya. Chanyeol tersedar.
"Kau dah bangun ? Hmm ?" kata Chanyeol dengan suara serak basah baru bangun tidur. Dayeon diam tidak berkata. Dia pejamkan mata apabila terasa bibir Chanyeol menyentuh bahunya yang terdedah itu. Air matanya deras mengalir. Esakannya semakin terdengar.
"Kenapa menangis ni ? Kau tak suka ke permainan kita semalam ? Terlalu..... ganas atau .... terlalu ... kasar ? Hmm ?" Tangisan Dayeon pecah. Sungguh , kata kata Chanyeol sangat menyakitkan hatinya . Terasa dirinya sekarang begitu kotor. Tapi dia cuba untuk tahan perasannya. Dia tidak mahu melawan . Takut jika Chanyeol tiba tiba melenting dan mengasarinya lagi . Jadi dia memilih untuk diam sahaja . Dalam hatinya berkata , kenapa di dunia ini ada lelaki sekejam Chanyeol. Langsung tiada perasaan kesian terhadap manusia. Sesuka hati melayan manusia seperti haiwan.
Chanyeol meluruskan tangannya dan di letakkan di bawah kepala Dayeon. Dia menarik tubuh Dayeon dekat dengannya. Tangan Chanyeol semakin erat pada pinggang Dayeon. Dia tidak membenarkan Dayeon pergi. Dia masih ingin berdua duaan dengan Dayeon di atas katil. Kerja di pejabat sudah tidak dihiraukan. Jam sudah menunjukkan angka 10 tapi dia tidak kisah . Datang lambat ke pejabat pun tidak ada yang kisah . Syarikat sendiri kan. Suka hati je nak datang bila bila masa .
"Dah , jangan nangis. Aku tak nak dengar kau menangis lagi . Benda dah jadi kan , kau menangis darah sekalipun dah tak ada guna dah" Chanyeol ketawa kecil. Seolah perkara itu lucu. Tapi tak bagi Dayeon. Ini adalah penghinaan baginya. Chanyeol langsung tidak menghargainya sebagai seorang perempuan.
Dayeon memusingkan tubuhnya membelakangkan Chanyeol. Tidak sanggup rasanya hendak memandang wajah Chanyeol. Hatinya terasa pedih setiap kali melihat Chanyeol. Lagi lagi teringat kejadian itu. Kenapa perkara ini harus terjadi kepadanya. Dia langsung tidak menyangka hidup nya akan jadi sebegini.
"Diam. Aku nak tidur" Bisik Chanyeol ke telinga Dayeon. Dia memejamkan mata. Dia masih mengantuk sebenarnya. Dia tersedar tadi pun gara gara esakan Dayeon yang kuat. Dayeon mengemam bibir. Cuba untuk menahan tangisnya. Tapi esakannya semakin kedengaran. Chanyeol menarik nafas panjang dan hembuskan dengan kasar.
"Kau boleh diam tak ?! Hah ?! Aku nak tidur ! " Gertak Chanyeol. Geram
Dayeon diam. Dia takut dengar suara Chanyeol. Dayeon menekup mulutnya supaya esakannya tidak kedengaran.
"Bagus . Dah tidur " Suara Chanyeol kembali perlahan. Chanyeol eratkan pelukannya. Dia mencium lembut belakang leher Dayeon. Air mata Dayeon menitis menerima ciuman dari Chanyeol itu. Chanyeol memperlakukan dia seperti seorang isteri. Sesuka hati nak peluk dan cium.
Dayeon perlahan lahan mengalihkan tangan Chanyeol.
"Kau nak apa lagi ? Boleh tak bagi aku tidur . Aku penat tau tak "
"Saya nak mandi. " Suara Dayeon dingin. Tidak ada hati nak berlembut lembut dengan lelaki ini. Dia bangun tapi Chanyeol menahan menyebabkan tubuhnya kembali terbaring.
"Kau nak mandi ? " soal Chanyeol. Rambut Dayeon yang menutupi dahi diselak ke belakang. Wajahnya diusap perlahan. Dia hanya membiarkan perbuatan Chanyeol.
Dayeon mengangguk.
"Boleh. Tapi... ada satu syarat "
"A..apa dia? " Dayeon memberanikan diri bertanya. Wajahnya yang terlalu dekat dengan wajah Chanyeol mendebarkan berjantungnya . Nafas Chanyeol menampar lembut pipinya.
"Aku nak kau..." Chanyeol mendekatkan bibirnya ke telinga Dayeon.
"Layan aku malam ni.." Chanyeol melepaskan kecupan ke telinga Dayeon lepas mengucapkan ayat itu.
Dayeon memejamkan matanya rapat. Tidak sanggup mendengar kata kata Chanyeol. 'Layan-aku-malam-ni' , ayat itu terniang niang di telinganya. Dia perlu melayani lelaki itu lagi ? Tak , tidak . Dia tidak sanggup lagi. Cukup la malam semalam benda itu terjadi , dia tidak mahu benda itu berulang lagi. Dia terauma
Tanpa membalas kata kata Chanyeol , Dayeon bangun dan mencapai tuala yang tersangkut di almari untuk menutupi tubuhnya yang terdedah tanpa seurat benang itu. Dayeon langsung bergerak ke bilik air dan masuk untuk membersihkan diri. Chanyeol tersenyum senget . Dia hanya memerhati pergerakan Dayeon.
'Kau milik aku. Kau takkan boleh lari kemana mana , Dayeon. Kau hak aku' Getus Chanyeol dalam hati.
Masuk sahaja Dayeon dalam bilik air. Dia terus terduduk dan menangis sepenuh hati . Dia mengosok gosok seluruh tubuhnya dengan kasar. Dia rasa dirinya benar benar kotor dan jijik.
"Saya benci awak ! Saya benci awak ! "
"Awak akan terima balasan atas apa yang awak dah buat dekat saya. Saya akan pastikan awak terima ! "
🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Bersambung....
🍁🍁🍁🍁🍁🍁

YOU ARE READING
[ON GOING] From A Revenge To Love (Chanyeol EXO)
Fanfiction"Saya bersumpah , saya akan balas dendam atas apa yang awak dah buat dekat saya" - Kim Dayeon "Aku takkan lepaskan kau . Mulai dari sekarang , kau jadi perempuan simpanan aku" - Park Chanyeol Tercapai kah hasrat Dayeon untuk membalas dendam kepada C...