🍃 6 🍃

59 4 0
                                    

Dayeon menuruni anak tangga pelahan lahan untuk pergi ke dapur.  Perutnya terasa lapar kerana dari semalam dia tidak makan. Chanyeol pula masih terlena. Tiada hati hendak mengejutkan lelaki itu. Memandang wajah lelaki itu pun dia sudah menyampah , apatah lagi hendak menegur. Jadi dia biarkan sahaja Chanyeol tidur dibilik.

Sampai didapur , dia membuka peti sejuk untuk melihat bahan yang boleh dimasak. Matanya meliar memerhatikan isi peti sejuk itu. Kosong. Satu pun tiada bahan yang boleh di masak. Dayeon mengeluh berat. Perut dari tadi asyik berbunyi menahan lapar. Hanya tuhan sahaja yang betapa laparnya dia. Dayeon menghempas pintu peti sejuk itu sedikit kasar sebelum matanya terarah ke meja bar. Ada roti dan jem strawbery. Bibirnya tersenyum.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi meja bar itu dan tangannya terus mengambil roti dan jem yang ada di atas meja. Dia membuka penutup jem itu . Tangannya lincah menyapu jem berperisa strawbery itu pada roti. Tiba tiba telinganya terdengar deretan tapak kaki sedang menuruni anak tangga. Itu Chanyeol. Ya , dia yakin . Siapa lagi di rumah ini kalau bukan mereka berdua sahaja. Dayeon hanya mengabaikan sahaja bunyi deretan tapak kaki itu dan sambung kerjanya. Semakin lama , deretan itu semakin dekat. Rasa takut mula menguasai diri Dayeon. Tapi dia cuba abaikan sahaja perasaan itu.

"Hai sayang.." kata Chanyeol. Tangannya dengan selamba melilit pinggang kecil Dayeon dari belakang. Dagu diletakkan atas bahu Dayeon. Dayeon hanya mendiamkan diri dan teruskan kerjanya tanpa menghiraukan Chanyeol. Dayeon tersentak. Dia merasakan Chanyeol mencium lembut telinganya. Dia memejamkan mata apabila terasa ciuman Chanyeol turun ke lehernya. Hatinya mula berdebar. Rasa takut semakin membuak buak.

"Wangi.." Chanyeol berkata sambil bibirnya tidak lepas dari leher Dayeon. Lama kelamaan , Dayeon merasakan perbuatan Chanyeol semakin kasar. Sebelum terjadi apa apa , dia pantas bangkit dari kerusi dan pergi ke singki . Automatik pelukan Chanyeol terlerai. Chanyeol tersenyum sinis. Dia tahu gadis itu tidak selesa dengan perbuatannya. Tapi dia suka . Dia suka memperlakukan gadis itu begitu. Entah la..seperti ada sesuatu perasaan yang muncul dihatinya sejak pertama kali melihat gadis itu. Dia akan pastikan gadis itu jadi miliknya jua . Itu azam nya.

Chanyeol mengambil tempat di meja bar itu dan duduk. Matanya tidak berhenti memandang Dayeon yang sedang membancuh tea itu dari belakang sambil tersenyum. Dayeon datang dengan membawa air tea yang dibancuhnya tadi ke meja. Dia duduk berhadapan dengan Chanyeol. Cawan yang terletak di atas meja diambil lalu air tea tadi dituang kedalam cawan . Dia berikan kepada Chanyeol.

Dua dua mendiamkan diri . Dayeon diam , Chanyeol diam. Tapi Dayeon sedar yang dirinya diperhatikan. Lalu dia mengangkat wajah memandang Chanyeol. Mata mereka bertembung

"Ke..kenapa awak pandang saya macam tu ? " Dayeon memberanikan diri bersuara.

"Kau cantik "

Dayeon terkedu . Dia melarikan anak matanya dari terus memandang Chanyeol. Dia bangun dari kerusi dan ingin beredar setelah habis makan. Tapi langkah kakinya terhenti apabila suara Chanyeol bergema.

"Kau nak ke mana ? " Soal Chanyeol . Suaranya mendatar.

"Saya nak balik ." Ucap Dayeon tanpa memandang Chanyeol . Dia hanya berdiri kaku di situ.

Chanyeol bangun dan menghampiri dia. Bahu gadis itu dipegang dan dipusingkan tubuh itu menghadapnya. Dagu gadis itu diangkat supaya memandangnya.

"Kau nak balik ke mana ? Nak balik ke tempat tu ke ? Kau suka ke layan lelaki lelaki dekat sana ? Hmm ?" Kata Chanyeol berbisik. Dayeon mengecilkan mata memandang Chanyeol. Ditenung dalam dalam wajah lelaki itu sebelum dia bersuara.

"Terpulang saya nak ke mana . Itu bukan urusan awak. Saya nak balik ke sana ke , saya nak ke mana ke , tak ada kena mengena dengan awak pun " jawap Dayeon dingin. Chanyeol tersenyum senget. Dia agak tertarik dengan jawapan Dayeon . Lantas , dia merapatkan lagi tubuhnya dengan gadis itu tapi Dayeon mengundur ke belakang.

"Oh , jadi kau suka la ya di sana ? Daripada kau balik ke sana layan lelaki lelaki dekat sana , baik kau layan je aku dekat sini . Kita sama sama juga yang rasa nikmatnya . Kan ? "

"Saya bukan perempuan yang macam tu ! " Tegas Dayeon. Air matanya mula bertakung. Chanyeol ketawa besar.

"Habis ? Kau perempuan yang macam mana ? Perempuan suci ? Ada ke perempuan suci dari kelab malam hmm ? Setahu aku , perempuan yang dari kelab malam tu semuanya sama . Sama sama pelacur" Sindir Chanyeol. Ditekankan perkataan pelacur itu membuatkan Dayeon terkejut. Air matanya jatuh mengalir. Dia menggenggam tangan menahan perasaan marah yang membuku di dada.

"Awak jangan cuba nak hilangkan kesabaran saya dekat awak . Kalau tak awak akan menyesal"

Chanyeol ketawa lagi.

" Hilangkan kesabaran kau ? Okay , aku akan pecahkan kesabaran kau . Sampai kau kalah. Sampai kau sendiri yang rela untuk serahkan tubuh kau dekat aku. Aku cakap , aku akan buat "

"Dan saya akan pastikan benda itu takkan terjadi lagi. Cukup la sekali , awak ragut kesucian saya tanpa rela saya "

"Tanpa rela kau ? Habis semalam .. aku baru mula sikit , kau dah ...."

"Awak !! " Dayeon menjerit kuat. Kata kata Chanyeol tadi sangat menusuk di jiwanya . Terasa pedih yang teramat. Tuhan sahaja la yang tahu betapa pedihnya hati ini mendengar kata kata yang keluar dari mulut lelaki kejam ini.

Dayeon merenung anak mata Chanyeol dalam dalam . Lelaki yang telah meragut kesuciannya. Bagaimana kejadian malam itu berlaku masih segar dalam ingatannya . Takkan sesekali dia lupakan perbuatan terkutuk lelaki itu . Perbuatan yang akan membawa pelbagai perkara yang tidak diinginkan berlaku. Seperti ... anak ?

Anak ? Otaknya mula berfikir fikir . Bicara tentang anak , adakah lelaki ini semasa melakukan benda itu ada memakai .... Ah , dia harus tanya lelaki itu . Dia harus memastikannya

"Awak .." panggil Dayeon . Panggilan itu sering meniti di bibirnya. Dia tidak tahu siapa nama lelaki itu , jadi lebih selamat panggil dengan panggilan itu.

Chanyeol mengangkat muka memandang Dayeon yang juga turut memandangnya dengan pandangan yang tajam .

"Aku ada nama . Nama aku Park Chanyeol. Panggil Chanyeol je. Ada apa ?"

"Say..saya nak tanya. Se..semalam masa awak buat tu , awak ada pakai protection tak ? " Bergetar suara Dayeon menanyakan hal itu . Terpaksa juga dia tebalkan muka untuk bertanya. Tadi dia tidak peduli . Dia harus ketahui , sama ada lelaki itu guna ataupun tidak. Kalau lelaki itu guna , dia selamat tapi kalau tak ....

Dayeon menunggu jawapan Chanyeol dengan penuh debaran . Melihat Chanyeol tersenyum sambil mengeleng membuatkan Dayeon rasa hendak pitam.

"Tak . Aku tak guna . Sebab aku nak benih aku bercambah dalam rahim kau . Biar kau tak boleh nak lari ke mana mana dari aku . Sebab kau mengandungkan anak dari benih aku" Selamba Chanyeol menuturkan ayat itu . Tangan naik memegang perut Dayeon sambil tersenyum.

"Aa..apa ? " Pengakuan Chanyeol membuatkan Dayeon membulatkan mata . Dia kehilangan kata kata . Terasa dirinya hendak rebah . Sungguh , pedih hatinya mendengar itu . Air matanya jatuh lagi. Chanyeol tak guna ? Itu bermakna , bila bila masa dia boleh mengandung . Anak lelaki ini ? Tak , dia tak nak !

Perlahan lahan tangan Chanyeol naik memegang leher Dayeon dan mencium bibir Dayeon sekilas . Dayeon hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu berkata apa lagi. Lantas Chanyeol pergi ke naik ke tingkat atas meninggalkan Dayeon yang berdiri kaku di dapur. Dayeon hanya memerhati sahaja bayangan Chanyeol menghilang dengan matanya yang berair.

'Tak , ini tak mungkin.... '

🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Bersambung...

🍁🍁🍁🍁🍁🍁

[ON GOING] From A Revenge To Love (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now