Chanyeol tiba dirumah pukul 12:40 tengah hari. Seperti mana yang dia bilang, dia akan pulang pada waktu tengah hari. Chanyeol mematikan enjin kereta setelah memakirkannya di halaman Villa. Dia keluar dari perut kereta lalu pergi ke pintu rumah. Kasut dibuka dan dia masuk. Senyuman terbit dibibirnya. Tak sabar ingin berjumpa dengan Dayeon. Baru sekejap dia tinggal , rasa rindu sudah membuak buak. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia rasa begitu. Perasaan yang tidak pernah dia rasakan walaupun sebelum ini ramai perempuan yang pernah bersamanya. Tapi bila bersama dengan Dayeon, dia rasa lain. Daya tarikan gadis itu tidak sama seperti perempuan lain. Entah la.. dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya itu.
Chanyeol menaiki anak tangga untuk ke atas. Pintu bilik didekati dan tangannya memulas tombol pintu.
"Hye Dayeon .." Sapa Chanyeol ceria. Tapi senyumannya mati tatkala melihat bilik itu .... kosong . Mana Dayeon pergi ?
Chanyeol langsung meluruh masuk ke dalam biliknya. Wajahnya berkerut kerut. Matanya meliar mencari Dayeon. Dia pergi ke balkoni bilik ... tiada. Lalu dia pergi ke bilik air , pintu bilik air itu ditolak kasar ... Dayeon tiada juga. Chanyeol berdecit kasar.
"Mana kau pergi , Dayeon ? Kau tak tinggalkan aku kan ? " ucap Chanyeol perlahan.
Puas dia cari di seluruh kawasan bilik , Dayeon tetap tiada. Chanyeol tidak keruan. Kemudian dia keluar dari bilik dan pantas kakinya menuruni anak anak tangga itu. Dia pergi ke arah dapur.
"Dayeon .." panggil Chanyeol.
Tiada.
Chanyeol mendengus kasar. Nafasnya turun naik. Dia keluar dari rumah dan terus menuju ke pondok securiti.
"Taeyang , Jackson ! " panggil Chanyeol. Wajahnya serius , cukup serius . Tiada sedikit senyuman pun di wajah itu.
Dua orang pengawalnya yang sedang asyik bercerita itu langsung berdiri tegak apabila memdengar suara Chanyeol.
"Iya bos " jawab mereka serentak.
" Korang ada nampak tak , seorang perempuan keluar dari Villa ni ? "
Taeyang dan Jackson masing masing mengerutkan dahi. Mereka berpandang sekilas sebelum pandangan mereka kembali kepada Chanyeol.
"Tiada bos. Tiada perempuan yang keluar dari sini. Kalau ada pun , kami mesti nampak" jawab Jackson. Jujur
"Betul ni ? Kamu berdua yakin ?" Soal Chanyeol. Dia inginkan kepastian
Taeyang dan Jackson mengangguk tanda mereka tidak berbohong. Chanyeol mengeluh. Rambut diselak ke belakang dengan kasar.
"Baiklah . Sambung kerja kamu berdua" arah Chanyeol. Kemudian dia masuk semula ke dalam rumah.
"Kau di mana , Dayeon ? "
Masuk sahaja Chanyeol ke dalam rumah . Dia terus melangkah naik semula ke tingkat atas . Dia naik hingga ke tingkat 3. Matanya memerhati di seluruh kawasan itu sehingga matanya terancap pada susuk tubuh yang dia cari cari sebentar tadi. Melihat seja Dayeon berdiri di balkoni tingkat 3 ini dari belakang sambil memandang pemandangan luar , Chanyeol langsung melepaskan nafas lega. Dia memejamkan mata seketika untuk menenangkan dirinya. Ingatnya Dayeon sudah pergi dari sini. Ternyata tak. Dan hal itu sangat melegakan Chanyeol.
Perlahan lahan dia mendekati Dayeon dari belakang. Bibirnya automatik mengukir senyuman. Senyuman kelegaan . Erk ? Ada ke senyuman macam tu ? Entah la.
Chanyeol memeluk Dayeon dari belakang. Tangannya melingkar dipinggang gadis itu. Dagu di letakkan atas bahu Dayeon. Dayeon yang tidak sedar dengan kehadiran Chanyeol kerana termenung tadi tiba tiba terkejut dengan pelukan mengejut daripada Chanyeol itu.
"Kau di sini rupanya. Puas aku cari kau tadi , rupanya kau di sini " bisik Chanyeol pada telinga Dayeon. Entah macam mana , pelukan Chanyeol tiba tiba sahaja erat menyebabkan Dayeon rasa tidak selesa dengan tindakan Chanyeol.
"Kenapa cari saya ? "
"Saja . Aku rindu dekat kau "
Doyeon pegang tangan Chanyeol yang ada dekat pinggangnya lalu meleraikan pelukan Chanyeol. Dia memusingkan tubuh menghadap Chanyeol. Mata mereka bertembung . Dayeon merenung mata Chanyeol dalam dalam sebelum dia bersuara untuk menyatakan hasratnya . Dia harap Chanyeol dapat penuhi hasratnya itu.
"Chanyeol.." panggil Dayeon . Nada suaranya perlahan saja. Cuba untuk memujuk Chanyeol.
"Kenapa sayang ? "
Dayeon menarik nafas panjang. Beranikan diri untuk bersuara.
"Tolong...lepaskan saya ? Biarkan saya pergi dari sini . Please ? " Rayu Dayeon. Dia memegang tangan Chanyeol perlahan. Meminta agar Chanyeol mahu lepaskan dia pergi.
Senyuman Chanyeol yang tadinya lebar tiba tiba sahaja mati apabila mendengar permintaan Dayeon itu. Dia mengerutkan dahi memandang gadis itu. Tangannya yang dipegang Dayeon direntap kasar.
"Apa yang kau cakap ni ? " Suara Chanyeol berubah dingin . Tidak seperti tadi , lembut sahaja suaranya. Mata Dayeon dipandang tajam.
"Aku takkan lepaskan kau . Tak akan . " Sambung Chanyeol. Kepalanya digeleng perlahan.
"Chanyeol please...lepaskan saya. Saya bukannya untuk awak . Saya ada kehidupan saya sendiri. Tolong la , saya merayu dekat awak."
"No Dayeon. Kau tak boleh pergi dari sini. Aku takkan biarkan kau pergi dari sini. Kau milik aku , kau milik aku selamanya" Tangan Chanyeol naik ingin memegang pipi Dayeon. Tapi Dayeon mengundurkan diri kebelakang.
"Chanyeol , saya tahu awak bukan orang yang jahat. Awak baik . Tapi saya bukan ditakdirkan untuk awak. Diluar sana , masih banyak perempuan lain yang nak dengan awak . Tapi bukan saya , please Chanyeol. Let me go.." Rayu Dayeon lagi.
"Tak Dayeon. Aku tak nak perempuan lain. Aku cuma nakkan kau. Kau faham tak ?!" Chanyeol mula meninggikan suaranya. Dia memegang baru Dayeon.
Dayeon mengeluh. Dia melepaskan nafas berat. Susahnya lelaki ini dipujuk. Kalau begini , susah baginya untuk melepaskan diri dari lelaki ini. Tapi dia tidak akan mengalah , dia tetap akan pujuk lelaki itu untuk lepaskan dia pergi.
"Apa awak nak saya buat supaya awak boleh lepaskan saya pergi ? Saya akan lalukan apa sahaja , asalkan awak biarkan saya pergi dari sini.."
Perlahan lahan Chanyeol menurunkan tangannya dari dahu Dayeon.
"Baiklah , aku akan lepaskan kau. Tapi ada syarat. " Chanyeol mula memberikan syarat kepada gadis itu. Dia tidak akan melepaskan Dayeon senang senang. Jadi dia mengambil tindakan untuk memberi syarat kepada Dayeon.
"Sya..syarat ? " Bergetar suara Dayeon. Syarat ? Syarat apa ? Perasaan Dayeon tidak tenang. Tiba tiba hatinya berdebar apabila Chanyeol mengajukan syarat.
"Ya , syarat. Kalau tak boleh penuhi syarat aku ni , kau akan jadi milik aku ."
"Aa...apa dia sya..syaratnya ?"
"Kau harus bayar balik duit yang aku guna untuk keluarkan kau dari kelab malam itu . 4 juta won ! Aku nak kau bayar balik. Aku bagi kau masa dalam 2 bulan untuk kau lunaskan duit tu . Kalau masa 2 bulan tu tamat , dan kau tidak dapat lunaskan ... kau akan jadi milik aku selamanya . Faham ?!"
Dayeon terkejut dengan syarat yang Chanyeol berikan. Matanya membulat. Dia harus lunaskan duit 4 juta won dalam masa 2 bulan ? 4 juta won itu bukan nilai yang sedikit. Dari mana dia nak dapatkan duit sebanyak tu dalam 2 bulan. Kerja bertahun tahun pun takkan dapat lunaskan duit tu.
Selepas menuturkan syarat itu , Chanyeol langsung beredar meninggalkan Dayeon di balkoni sendirian dan masuk ke bilik. Otaknya serabut. Kepalanya berfikir fikir , adakah dia akan kehilangan Dayeon untuk selamanya ?
🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Bersambung ....
🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Rasa macam mengarut seja cerita ni kan ? Hmmm..

YOU ARE READING
[ON GOING] From A Revenge To Love (Chanyeol EXO)
Fanfiction"Saya bersumpah , saya akan balas dendam atas apa yang awak dah buat dekat saya" - Kim Dayeon "Aku takkan lepaskan kau . Mulai dari sekarang , kau jadi perempuan simpanan aku" - Park Chanyeol Tercapai kah hasrat Dayeon untuk membalas dendam kepada C...