🍃 7 🍃

48 7 1
                                    

Lepas sahaja mendapat panggilan dari Sehun , Chanyeol terus bersiap untuk ke pejabat . Niatnya ingin duduk rumah sahaja hari ini tapi apabila Sehun tiba tiba menelefonnya memberitahu bahawa ada beberapa dokumen yang memerlukan tandatangannya, dia terpaksa juga untuk pergi ke pejabat . Chanyeol mengenakan kameja berwarna kelabu putih. Kemudian dia bergerak ke meja solek untuk mengemaskan penampilannya. Gel diambil dan diletakkan sedikit pada rambut. Dia melihat penampilan dirinya melalui pantulan cermin. Kacak. Memang tidak disangkal lagi . Chanyeol memang memiliki wajah yang sangat kacak. Wajah kacaknya itu yang membuatkan semua perempuan seperti berada di awang awangan apabila bersama dengan lelaki ini.

Setelah dia puas hati dengan penampilannya, dia langsung mencapai telefon serta kunci kereta di atas meja solek dan terus keluar dari bilik.

Dia menuruni anak tangga dengan pantas sehingga matanya terancap pada susuk tubuh seorang gadis duduk di sofa ruang tamu sedang menonton tv. Bibirnya tersenyum nipis. Lalu dia bergerak mendekati gadis itu.

"Dayeon .."panggil Chanyeol. Tapi tiada sahutan daripada Dayeon. Gadis itu hanya mendiamkan diri dan memfokuskan pandangan pada tv, membiarkan panggilan Chanyeol tidak terjawab.

"Kau dengar tak ni ? "

"Hmm"

"Aku nak pergi kerja sekejap. Tengah hari nanti aku balik"

"Pergi je la. Bukannya urusan saya pun. Tak perlu bagitahu saya " balas Dayeon dengan suara dinginnya. Matanya tetap tertumpu pada Tv. Tidak dipandang wajah Chanyeol.

Chanyeol mendengus kecil. Berat sebenarnya hati untuk meninggalkan Dayeon sendirian dalam Villa ini. Dia bimbang kalau kalau Dayeon akan melarikan diri. Walaupun pegawal sentiasa ada di hadapan , tapi dia tetap juga rasa gelisah.

"Ingat , kau jangan nak cuba cuba larikan diri dari sini. Pengawal aku banyak dekat luar , kau takkan boleh ke mana mana tanpa izin aku . Faham ? " Chanyeol memberi amaran. Dayeon mengenggam tangan. Telinganya terasa panas mendengar kata kata Chanyeol.

Chanyeol menunduk sedikit lalu memegang pipi Dayeon perlahan. Dia mendekatkan wajahnya dengan Dayeon dan ingin mencium bibir gadis itu. Belum sempat bibirnya mendarat pada bibir Dayeon , Dayeon pantas memalingkan wajahnya ke tepi. Chanyeol tersenyum sinis. Dia sengaja ingin mengusik gadis itu.

Chanyeol menegakkan tubuhnya. Sempat dia mencuit dagu Dayeon sebelum dia berlalu pergi keluar dari rumah.

Terdengar sahaja bunyi pintu tertutup. Dayeon menghembuskan nafas berat. Dia meraup wajah berkali kali. Dia sebenarnya masih terfikirkan tentang pengakuan Chanyeol tadi. Dia bimbang kalau benih lelaki itu bercambah dalam rahimnya . Bagaimana dia mahu melepaskan diri dari lelaki itu jika dia terikat sekiranya benda itu terjadi ? Mampukah dia hidup bersama dengan lelaki itu ? Dia tidak dapat berhenti memikirkan hal itu sehingga kepalanya terasa berdenyut denyut. Pening memikirkannya . Kenapa hidupnya seperti ini ? Kenapa harus dia yang menjadi mangsa lelaki kejam itu ? Kenapa tidak perempuan lain ?

Dayeon bangkit dari sofa dan bergerak perlahan lahan mendekati tangga. Dia menaiki anak tangga naik ke tingkat atas dengan kaki yang lemah untuk pergi ke bilik. Terasa kepalanya sangat pening . Sampai dibilik , dia menghempas tubuh di atas tilam. Perlahan lahan dia baring dan tidak lama begitu dia terus terlena.

🍁🍁🍁🍁

Chanyeol masuk kedalam bilik kerjanya dan melabuhkan punggung di atas kerusi. Nafas dihela panjang. Terasa penat memandu dari Villa ke tempat kerjanya. Agak jauh juga dia memandu , sekitar 40 minit juga masa yang diambil untuk dia sampai.

Chanyeol membelek belek beberapa dokumen yang ada atas mejanya satu persatu. Matanya fokus meneliti setiap dokumen itu. Memastikan semuanya baik dan tidak merugikan syarikat hartanahnya itu. Tengah asyik dia meneliti dokumen dokumen itu , tiba tiba pintu biliknya diketuk. Chanyeol mengalihkan matanya kearah pintu sebelum kembali fokus pada kerjanya.

"Masuk" arah Chanyeol.

Pintu terbuka.

"Yeol , kau dah tandatangan ke ?" Soal Sehun. Dia mendekati Chanyeol dan duduk berhadapan dengan lelaki itu . Kaki disilangkan.

"Sabar sikit boleh tak ? Aku tengah check la ni"

"Kau ni . Lambat betul la , dah tahu kita ada projek baru , yang kau lambat datang ni kenapa ? Aku nak gerak ke set dah ni , klien dah tunggu kat sana "

"Aku lambat bangun , sebab tu lambat " bohong Chanyeol. Sehun ketawa kecil.

Chanyeol mengerutkan dahi melihat rakannya itu. Dah kenapa ketawa sendiri ? Gila ke apa .

"Kau kenapa ketawa ? " Soal Chanyeol garang. Dia menegakkan tubuh memandang Sehun.

"Kau dapat mangsa baru kan ? Sebab tu kau lambat bangun " tebak Sehun. Chanyeol tersentak. Dia berdehem. Macam mana Sehun boleh tahu ? Ini mesti Jay yang beritahu dia. Baru dia berniat hendak merahsiakan tentang Dayeon dari lelaki ini . Tapi tak sempat. Sehun dah tahu dulu.

Chanyeol diam dan sambung kerjanya yang tergendala sebentar. Dia sengaja tidak menjawab soalan Sehun. Dia tidak mahu Dayeon dikongsi dengan Sehun. Kalau perempuan lain tak pa , tapi Dayeon ... entah la . Berat hatinya hendak menceritakan tentang gadis itu kepada Sehun. Dia tahu perangai Sehun. Kaki perempuan , sama seperti dia.

"Dia cantik tak , hmm ? Boleh la kalau aku nak cu.."

Tidak sempat Sehun menghabiskan ayatnya , tiba tiba Chanyeol bersuara

"No ! Dia milik aku . Hak milik aku" tegas Chanyeol . Dia memandang Sehun dengan pandangan yang tajam.

"Wo wo wo , hak milik kekal ? Sejak bila kau jadikan perempuan dari kelab malam tu sebagai hak milik kekal kau ? " Sehun ketawa di hujung ayatnya. Dia rasa lucu dengan Chanyeol. Tidak pernah sekali pun perempuan yang perna bersama Chanyeol jadi hak milik lelaki itu . Pelik juga.

"Kalau kau nak , kau cari perempuan lain . Berlambak dekat kelab malam tu , kau tinggal pilih je . But not her , she's mine "

"Alah , kedekut la kau ni " Sehun mencebik .

Mereka diam dalam beberapa minit sebelum Chanyeol kembali bersuara.

"Nah , aku dah tandatangan semua" Chanyeol menghulurkan kepada Sehun beberapa fail yang siap dia tandatangan . Sehun menyambut.

"Okay , aku gerak dulu la . Nanti lambat pula . Kang diorang marah , naya kita" ucap Sehun. Chanyeol anggukkan kepala . Sehun bangkit dari kerusi dan terus keluar dari bilik Chanyeol. Chanyeol hanya memerhati sahaja Sehun sehingga hilang dari pandangan mata.

Keluar sahaja Sehun , Chanyeol langsung menyandarkan tubuhnya ke belakang . Fikirannya tiba tiba teringat Dayeon . Wajah gadis itu seolah olah berterbangan depan matannya . Tanpa sedar , Chanyeol mengukirkan senyuman.

"Dayeon "

🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Bersambung

🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Maaf la kalau part ni agak bosan. Baca je la ya , hahahaha . Btw , thank you to cikbaebee sebab promotekan fanfic ni . Thank you so much. So guys , selamat membaca dan jangan lupa vote okay ? See you in the next part . Bye bye

[ON GOING] From A Revenge To Love (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now