Chanyeol meraup wajahnya berkali kali. Rambut dikusutkan. Dia rasa sangat tertekan. Dia bimbang kalau dia tak akan jumpa lagi dengan Dayeon setelah gadis itu pergi petang tadi.
"Arhhh !!!!!" Jerit Chanyeol sekuat hati. Nafasnya naik turun menahan rasa kesal di dada.
"Kenapa kau tinggalkan aku , Dayeon ?! Kenapa ?!!" Sambung Chanyeol.
Lama dia menanti panggilan dari seseorang. Tiba tiba telefon Chanyeol berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Chanyeol mengalihkan matanya memandang telefon itu. Tanpa tunggu lama Chanyeol langsung mencapai telefonnya yang berada atas meja sebelah katil. Melihat sahaja nama pemanggil itu, Chanyeol pantas mengangkat panggilan itu. Itu panggilan yang dari tadi dia tunggu.
"Hello, Mark ? Macam mana ?" Soal Chanyeol dengan tegas. Tubuh yang tadinya tampak lemah terus ditegakkan. Dia menunggu jawapan Mark dengan penuh rasa ingin tahu.
"Saya berjaya ikut dia bos. Nanti saya hantar alamat rumah dia dekat bos" Jawab Mark dalam panggilan. Mendengar sahaja jawapan Mark itu, Chanyeol langsung mengukirkan senyuman. Senyuman yang sangat lebar.
"Okay. Sekarang dia dekat mana ? "
"Dia ada dalam rumah. Dari tadi petang sampai sekarang dia tidak keluar keluar lagi. "
"Hmm. Bagus. Kau perhatikan dia terus. Kalau dia keluar ke mana mana, pastikan kau ikut dia dan jangan sampai dia tahu keberadaan kau. Faham ?" Arah Chanyeol.
"Baik bos."
Klek. Chanyeol tamatkan panggilan setelah memberi arahan kepada Mark. Dia memang membiarkan Dayeon pergi tapi dia tetap tidak mahu gadis itu jauh dari dia. Jadi dia sengaja mengarahkan Mark bodyguardnya untuk mengikuti Dayeon tanpa gadis itu tahu. Dengan cara itu, dia tidak akan kehilangan jejak Dayeon.
Chanyeol membuka pesanan yang baru sahaja di hantar oleh Mark ditelefonnya.
"Kau takkan boleh lari dari aku, Dayeon. Takkan ! Kau milik aku. Kalau aku tak boleh dapatkan kau, tiada seorang pun yang boleh dapatkan kau" kata Chanyeol. Bibirnya tersenyum sinis.
Lalu di letakkan telefonnya dia atas meja dan bergerak ke almari. Tuala mandi yang tersangkut di tepi almari itu dicapai dan dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
🍁🍁🍁🍁🍁
Dayeon mengeliat kecil. Perlahan lahan dia membuka matanya. Terasa begitu lama dia terlena. Mata yang masih mengantuk dia pejamkan kemudian dia celikkan lagi. Dia mencapai telefonnya yang terletak di sebelah katil dan tengok jam. Pukul 8 pagi. Dayeon melepaskan nafas kecil. Hari ini dia harus keluar untuk cari kerja. Dia harus mencari kerja untuk sara hidupnya dan juga...untuk bayar balik duit Chanyeol.
Dayeon bangkit dari katil untuk pergi ke bilik air. Dia mengambil tuala dalam almari dan terus masuk ke dalam bilik air.
Selepas beberapa minit kemudian, dia keluar dari bilik air dengan hanya berkemban. Lalu dia berjalan mendekati almari untuk mencari pakaian. Dia melihat penampilan dirinya melalui pantulan cermin. Rambut disisir rapi dan dibiarkan sahaja terhurai tanpa diikat. Pelembab bibir dioleskan sikit pada bibirnya. Setelah puas dengan penampilan diri, dia terus mencapai beg tangannya di atas meja dan terus keluar dari bilik.
Dayeon menuruni anak tangga dan terus keluar dari rumah. Dia menarik nafas panjang kemudian dihela. Dia berharap sangat hari dia dapat mencari kerja.
Sambil dia menunggu taxi datang, Dayeon termenung memikirkan bagaimana cara dia untuk dapatkan duit 4 juta won dalam masa 2 bulan. Masa 2 bulan bukan masa yang lama, kerja siang malam juga tidak akan cukup untuk membayar balik duit Chanyeol itu. Dayeon memejamkan matanya. Rapat.
"Arhh ! " Dayeon terjerit kecil. Dia mengeluh berat.
Jika dia tidak membayar kembali duit Chanyeol dalam masa 2 bulan, dia takkan boleh lepas dari Chanyeol. Memikirkan hal itu, kepala Dayeon tergeleng geleng. Tak, dia tak mahu hidup dengan lelaki itu lagi. Dia tidak mahu
Tin tin.
Bunyi hon taxi menyedarkan Dayeon dari lamunannya. Pantas dia menuju mendekati taxi itu. Tapi sebelum dia masuk ke dalam taxi itu, matanya tertumpu pada sebuah kereta yang dia sedari dari tadi seakan memerhati kearah rumahnya. Dayeon mengerutkan dahi memandang kereta itu. Dia berasa ada sesuatu yang pelik tapi dia cuba untuk berfikiran positif. Mungkin cuma perasaannya sahaja. Lalu, tanpa menunggu lama Dayeon terus memboloskan diri ke dalam taxi tempat duduk penumpang di belakang.
"Pakcik, tolong hantar saya ke bandar" kata Dayeon sopan dengan senyuman dibibirnya.
"Baik cik" jawap pemandu itu.
Kemudian kereta itu masuk ke jalan besar dan terus menuju ke bandar. Sampai di bandar, Dayeon langsung keluar setelah membayar tambang kepada pemandu taxi itu.
"Nak cari kemana ni ?" kata Dayeon perlahan.
Dia kemudian menuju ke sebuah kedai. Dia masuk kedalam, lalu matanya meliar mencari sesuatu sehinggala pandangannya tertumpu pada bahagian surat khabar. Dia pergi mendekat rak tersebut lalu mengambil satu surat khabar. Niatnya hendak mencari kerja melalui surat khabar itu. Itu memudahkan dia mencari kerja.
Selepas membayar surat khabar itu, dia pergi ke meja dan melabuhkan punggung diatas kerusi. Surat khabar itu dibelek perlahan lahan . Tapi tiba tiba di merasakan dirinya seperti diperhatikan. Dia melihat ke kiri dan kanan kemudian ke belakang, tapi tiada siapa siapa. Dayeon mengerutkan dahi. Hatinya tidak tenang. Dayeon menarik nafas dalam dalam cuba untuk menenangkan dirinya. Dia kembali memfokuskan pandangannya pada surat khabar itu. Dayeon terus menegakkan tubuhnya apabila matanya ternampak jawatan kosong dalam surat khabar itu.
"Jawatan kosong. Kami memerlukan seorang setiausaha. Jika anda berminat, sila datang ke pejabat kami Chan's Jaya Holding untuk interview." mulut Dayeon terkumat kamit membaca text jawatan kosong itu. Bibirnya tersenyum. Dia berniat untuk datang interview itu dan mencuba nasib di sana. Dia nampak sangat teruja. Dayeon bangun dari kerusi lalu berjalan keluar dari kedai itu. Dengan senyuman yang masih terukir dibibirnya, dia berjalan menuju mengikut alamat yang ada dalam surat khabar itu. Mujur dalam surat khabar itu telah dibagitahu alamatnya jadi senang dia hendak mencari tempat itu.
🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Bersambung...
🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Macam bosan je part ni kan ? Sorry kalau bosan and thank you for read my story. Don't forget to vote okay . :)
YOU ARE READING
[ON GOING] From A Revenge To Love (Chanyeol EXO)
Fanfic"Saya bersumpah , saya akan balas dendam atas apa yang awak dah buat dekat saya" - Kim Dayeon "Aku takkan lepaskan kau . Mulai dari sekarang , kau jadi perempuan simpanan aku" - Park Chanyeol Tercapai kah hasrat Dayeon untuk membalas dendam kepada C...