Dayeon memulas tombol pintu bilik Chanyeol dan masuk ke dalam . Masuk sahaja dia dalam bilik itu , matanya langsung bertembung dengan mata Chanyeol yang duduk di atas katil. Kelihatan mata Chanyeol merah dan sedikit berair. Tanpa mempedulikan Chanyeol , Dayeon bergerak ke sofa untuk mengambil begnya. Dia tetap dengan hasratnya untuk pergi dari sini. Tentang duit 4 juta won itu dia akan fikirkan kemudian bagaimana cara untuk dia dapat duit sebanyak itu supaya dia dapat bayar balik duit Chanyeol itu. Yang penting sekarang, dia harus cepat cepat pergi dari sini. Pergi dari hidup Chanyeol. Hal itu yang dia utamakan.
Baru sahaja tangannya hendak mencapai beg itu , tiba tiba dia dikejutkan dengan pelukan mengejut Chanyeol dari belakang sehingga tubuhnya terdorong sedikit kehadapan.
"Chanyeol , apa ni ?! " Dayeon meronta ingin melepaskan pelukan Chanyeol pada tubuhnya. Tapi Chanyeol malah semakin mengeratkan pelukannya pada pinggang Dayeon.
"Tolong jangan tinggalkan aku , Dayeon" bisik Chanyeol perlahan pada telinga Dayeon.
"Chanyeol please. Biarkan saya pergi. Tentang duit awak tu , awak jangan risau. Saya akan pulangkan semula duit awak "
"Aku tak kisah pasal duit tu. Aku tak nak kau tinggalkan aku , Dayeon. Aku sayangkan kau " akui Chanyeol. Dia sudah yakin dengan perasaannya . Perasaan yang tidak pernah dia rasakan selama ini. Dia sayangkan Dayeon. Bukan setakat sayang, malah cinta. Dia tidak mahu kehilangan Dayeon. Tanpa disedari , air mata Chanyeol mengalir perlahan . Tidak pernah sekalipun dalam hidupnya air matanya jatuh untuk seorang perempuan. Baru kali ini dia rasakan. Dan ini semua disebabkan Dayeon.
"Tolong jangan pergi .."
Mata Dayeon terkebil kebil. Dia terkejut mendengar luahan Chanyeol. Mendengar Chanyeol mengucapkan perkataan sayang membuatkan hati Dayeon sedikit terusik. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia merasakan perasaan sebegitu. Tapi ego Dayeon tinggi , cepat cepat dia buang jauh jauh perasaan itu. Dia benci Chanyeol. Ya , dia sangat membenci Chanyeol.
Chanyeol memusingkan tubuh Dayeon perlahan lahan menghadap dia. Dagu Dayeon diangkat. Chanyeol menikam anak mata Dayeon dalam dalam.
"Mybe this is for the last time. Please , i want you"
"Tapi Chanyeol , saya...."
"Please...." Chanyeol memegang pipi Dayeon.
Dayeon menganggukkan kepalanya perlahan lahan tanda dia mengizinkan permintaan Chanyeol itu. Entah kenapa dia tidak boleh menolak permintaan Chanyeol. Ini yang terakhir. Dia mengharapkan begitu. Selepas ini , dia akan pergi sepenuhnya dari hidup Chanyeol. Dia tidak mahu ada kena mengena lagi dengan lelaki ini lepas ni.
Chanyeol mendekatkan wajahnya dengan wajah Dayeon. Perlahan lahan bibir Chanyeol mendarat di bibir nipis Dayeon. Dayeon memejamkan mata apabila terasa bibir Chanyeol menyentuh bibirnya dengan lembut. Tanpa menunggu lama , Dayeon mula membalas ciuman Chanyeol. Tangannya naik memegang lengan Chanyeol. Sebelah tangan Chanyeol menarik tubuh Dayeon supaya lebih rapat dengan tubuhnya.
Chanyeol membawa tubuh Dayeon pergi ke katil perlahan lahan tanpa melepaskan ciumannya pada bibir Dayeon. Dayeon hanya mengikut sahaja rentak Chanyeol. Chanyeol kemudian merebahkan tubuh Dayeon perlahan lahan di atas katil. Chanyeol menindih tubuh Dayeon. Kedua tangannya diletakkan di tepi Dayeon untuk menampung tubuhnya supaya tidak terlalu menindih gadis itu. Chanyeol mendalamkan lagi ciumannya menyebabkan Dayeon berhenti dari membalas ciuman Chanyeol itu. Dia tidak biasa berciuman dengan cara begitu jadi dia biarkan sahaja Chanyeol melakukan sendiri.
Lama kelamaan , Dayeon semakin terbuai dengan sentuhan Chanyeol. Hatinya tiba tiba sahaja berdebar. Kemudian tangan Dayeon naik memeluk leher Chanyeol. Chanyeol tersenyum dalam ciuman dengan tindakan Dayeon itu. Itu bermakna Dayeon mula merelakan perbuatannya.
YOU ARE READING
[ON GOING] From A Revenge To Love (Chanyeol EXO)
Fanfiction"Saya bersumpah , saya akan balas dendam atas apa yang awak dah buat dekat saya" - Kim Dayeon "Aku takkan lepaskan kau . Mulai dari sekarang , kau jadi perempuan simpanan aku" - Park Chanyeol Tercapai kah hasrat Dayeon untuk membalas dendam kepada C...