Dayeon masuk pintu utama syarikat itu dan langsung pergi ke arah sebuah kaunter pertanyaan yang berhadapan dengan pintu utama tersebut. Dari jauh lagi dia dapat melihat seorang perempuan tersenyum kearahnya. Dayeon membalas senyuman itu dan teruskan langkah sehingga sampai di kaunter.
"Selamat pagi cik? Ada yang perlu saya tolong?" Sapa pegawai perempuan itu dengan ramah kepada Dayeon. Senyuman yang terukir dibibir nipis perempuan itu menambahkan lagi kecantikan pada wajahnya.
"Selamat pagi" Balas Dayeon. Dia turut membalas senyuman manis perempuan itu. Kemudian dia sambung
"Hmm..saya datang nak interview kerja dekat sini. Saya tengok dekat surat khabar, syarikat ini memerlukan seorang setiausaha sebab itu saya datang"
"Oh..ya memang ada cik. Sekejap ye" kata pegawai perempuan itu lalu dia menekan button interkom. Dayeon hanya memerhati sahaja pegawai perempuan itu.
"Encik, ada orang nak interview kerja dekat sini sebagai setiausaha" kata pegawai perempuan itu melalui interkom dan terdengar suara seorang lelaki menjawap soalan pegawai perempuan itu.
"Baik encik"
"Cik boleh naik ke tingkat 3 dan pergi ke bilik CEO. Encik Oh dah menunggu cik dekat sana" Kata pegawai perempuan itu. Dayeon mengangguk tanda faham sambil tersenyum.
"Terima kasih cik"
"Sama sama"
Dayeon tundukkan tubuh sedikit kepada pegawai perempuan itu sebelum beredar dari situ dan terus menuju ke pintu lif
Button lif ditekan. Dayeon langsung masuk kedalam sebaik sahaja pintu lift terbuka. Dayeon mengenggam tangan sendiri. Tiba tiba dia rasa gementar dan takut. Hatinya tiba tiba sahaja berdebar. Dayeon mengambil nafas dalam dalam lalu hembuskan. Cuba untuk menghilangkan rasa berdebarnya.
Ting.
Pintu lif terbuka apabila sampai ditingkat 3 dimana terletaknya bilik CEO syarikat ini. Perlahan lahan Dayeon keluar . Dia berjalan perlahan lahan sambil matanya meliar mencari bilik CEO .
"Di sana" kata Dayeon perlahan. Langkah kakinya dilajukan menuju kearah bilik tersebut.
Nafas panjang diambil lalu dihela perlahan sebelum tangannya mengetuk pintu bilik itu.
Tuk Tuk Tuk
"Masuk"
Dayeon memulas tombol pintu perlahan lahan dan masuk kedalam. Dia merapatkan kembali pintu balik itu.
"Silakan duduk" arah Sehun. Dayeon hanya anggukkan kepala dan terus mengambil tempat duduk berhadapan dengan lelaki itu. Dayeon berdehem untuk menghilangkan rasa berdebar di dada yang semakin menjadi jadi ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia rasa berdebar sangat.
"Nama awak siapa ?" Soal Sehun mendatar. Dia perhatikan wanita yang berada dia hadapannya dalam dalam.
"Ini ke perempuan yang Chanyeol maksudkan itu?" Getus hati Sehun."Nama saya Kim Dayeon"
Mata Sehun membulat. Mulutnya menganga. Tekaannya betul. Perempuan ini yang Chanyeol katakan.
Dayeon mengerutkan dahi melihat lelaki di hadapannya ini. Dia pelik. Kenapa dengan namanya. Rasanya namanya tidak ada yang pelik tapi kenapa lelaki ini seperti mendengar namanya seolah olah dia penjenayah yang keji.
"Encik.." panggil Dayeon. Tapi panggilannya tidak disahut. Sehun masih melihatnya seperti tadi.
"Encik ?" Dayeon melambai lambai tangannya dihadapan wajah kacak Sehun. Sehun tersedar dari lamunannya.

YOU ARE READING
[ON GOING] From A Revenge To Love (Chanyeol EXO)
Fanfiction"Saya bersumpah , saya akan balas dendam atas apa yang awak dah buat dekat saya" - Kim Dayeon "Aku takkan lepaskan kau . Mulai dari sekarang , kau jadi perempuan simpanan aku" - Park Chanyeol Tercapai kah hasrat Dayeon untuk membalas dendam kepada C...